Pada hujung minggu lalu sehingga ke hari ini, orang ramai masih berasa geram dan marah dengan geng konvoi kereta yang menjadi punca kemalangan di antara Nissan Cefiro dengan Honda BR-V di kawasan Ulu Yam.

Selain tular rakaman video kemalangan tersebut, WhatsApp group kaki kereta juga berbual mengenai satu video kemalangan lain yang melibatkan sebuah Honda Civic FD.

Dalam video tersebut sekumpulan pemilik Honda Civic sedang menguji skill dan kemampuan kereta masing-masing, secara tiba-tiba ada sebuah Honda Civic dan Proton Satria memotong kenderaan yang merakam konvoi terbabit dari sebelah kanan.

Setelah memecut beberapa puluh meter di hadapan, Honda Civic yang berada di hadapan Proton Satria hilang kawalan lalu merempuh bahagian selekoh kiri jalan tersebut.

Proton Satria serta beberapa buah lagi Honda Civic yang lain sempat mengelak semasa kereta tersebut terlibat kemalangan. Namun hanya pemandu Proton Satria sahaja yang memberhentikan kenderaan, manakala pemandu Honda Civic lain meneruskan perjalanan mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku pada beberapa saat lepas.

Tindakan pemilik-pemilik Honda itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya agak sedikit terkejut apabila melihat mangsa kemalangan ditinggalkan begitu sahaja oleh pemilik Honda Civic lain.

Sumber Gambar: Facebook Group Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Facebook Group Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Facebook Group Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Instagram Vocket Car Club
Sumber Gambar: Instagram Vocket Car Club
Sumber Gambar: WhatsApp Group
Sumber Gambar: WhatsApp Group

Menurut salah seorang pengguna media sosial, mangsa yang terlibat kemalangan ditinggalkan begitu sahaja kerana dia datang daripada kumpulan lain. Oleh sebab itu kumpulan Honda Civic yang lain meneruskan perjalanan seperti biasa.

Dalam beberapa gambar yang lain, beberapa pemilik kereta lain datang memberikan bantuan kepada mangsa. Kelihatan agak teruk juga keadaan kereta terbabit sehingga bumper depan tercabut akibat kemalangan tersebut.

Dalam kejadian lain pada minggu lalu, sebuah Nissan Cefiro merempuh Honda BR-V setelah cuba mengelak kereta hadapannya brek mengejut. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Geng Konvoi Kereta’ Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Ulu Yam

Netizen Bengang Lihat ‘Geng Honda Civic’ Potong Treler Dan Bahayakan Pengguna Jalan Raya Lain

Sumber