Urusan kerja kita setiap hari tidak hanya bergantung pada laptop saja. Bahkan, ia boleh diuruskan dari smartphone, smartwatch dan pelbagai lagi device berteknologi tinggi yang mampu mewujudkan ekosistem terbaik bagi mudahkan urusan seharian.

Kalau anda nak mudahkan kerja dan rasai keseronokan sebenar menggunakan device berteknologi tinggi, jom cuba rangkaian produk Smartlife dari HUAWEI yang menyenangkan urusan harian. Ekosistem yang dibina HUAWEI merangkumi Matebook 13, Mate 30 Pro, Freebuds 3 dan Watch GT 2 memberi idea untuk anda bekerja secara ‘pintar’.

Siri HUAWEI Mate 30, smartphone paling pintar

MKT_Mate30Pro_Lifestyleimage_Product_-Silver-Horizontal_EN_HQ_RGB_0813-671×336 (3)

Siri HUAWEI Mate 30 yang dilengkapi cip Kirin 990 bukan saja cekap malah dilengkapi pelbagai ciri hebat. Misalnya, anda boleh laraskan volume dengan hanya double tap bahagian tepi skrin. Senangnya nak dengar lagu lepas ni! Selain itu, teknologi pengecaman wajah 2.0 yang telah dikemaskini mempercepatkan lagi proses anda unlock smartphone.

https://www.youtube.com/watch?v=Twn4bOBhxPo&feature=emb_title

Malah, sistem isyarat AI juga telah ditambah pada sistem operasi EMUI 10 bagi membolehkan anda scroll phone tanpa perlu menyentuhnya. Dalam erti kata lain ia sangat mudah kalau anda nak main phone masa tengah makan guna tangan. Anda juga tak perlu risau masalah smartphone panas, sebab Mate 30 Pro dilengkapi teknologi penyejukan filem graphene.

Selesaikan tugas lebih pantas dengan Matebook 13

146641-laptops-review-review-huawei-matebook-13-review-image1-5ovi7qxtez-671×448 (1)

Bekerja dengan komputer sememangnya memerlukan storan dan sistem pemprosesan yang cekap untuk menampung urusan kita setiap hari. Justeru, Matebook 13 yang ringan dan dilengkapi sistem pemprosesan generasi terkini amat sesuai untuk menyelesaikan beberapa kerja dalam satu masa.

Buat anda yang memerlukan tahap prestasi tingggi untuk sesebuah laptopMatebook 13 mampu mengendalikan grafik berintegrasi untuk memproses gambar dan mengedit video 4 kali lebih pantas berbanding laptop biasa. Justeru, ini menjadikannya lebih lancar dan dipercayai di kalangan pengguna.

Tranfer dan connect hanya dengan satu sentuhan

Huawei-MateBook-2K-Touchscreen-671×388

Bayangkan anda kena pindahkan ratusan gambar dan video dari smartphone ke laptopdalam masa yang singkat. Tak gila kalau guna laptop yang lembab? Dengan Matebook 13dan Mate 30 Pro, anda boleh transfer pelbagai data dengan pantas, terima kasih kepada teknologi NFC.

Untuk pengetahuan, Siri Mate 30 juga merupakan smartphone HUAWEI pertama yang menawarkan kolaborasi multi-screenmirroring dari smartphone ke laptop hanya dengan sau sentuhan. Ini membolehkan anda mengawal phone dan laptop dalam satu masa dengan tetikus serta papan kekunci.

Berkomunikasi lebih pantas dan jelas dengan Freebuds 3

190906_Greyling_HUAWEI_IFA_2019_Print_04_111841__I_17824-671×447 (2)

Kalau kerja anda memerlukan korang untuk sentiasa call orang, jadi anda memang perlukan headset Bluetooth yang bagus. Ciri active cancellation noise dan echo pada Freebuds 3 membolehkan anda menjawab panggilan dengan pantas, tanpa gangguan dan dengar suara pemanggil dengan jelas macam diorang ada kat sebelah anda!

72852998_2593048984074762_1622245891144417280_o1-671×377 (1)

Bukan saja ia boleh adapt speaker korang terhadap suasana sekeliling, malah Freebuds 3 mampu mengimbangkan audio untuk kedua-dua belah telinga dengan adanya teknologi transmisi dual-channel synchronous. Malah, earbuds pada Freebuds 3 sangat pantas mengecam percakapan bagi mengakses Smart Assistant dan fungsi hands-free.

Jawab panggilan dari jam pintar WATCH GT 2

9H9A3172_20190803_235421-671×447

Tak cukup dengan itu, HUAWEI turut memperkenalkan WATCH GT 2 yang mempunyai ketahanan bateri cukup lama, reka bentuk eksklusif lagi elegan dan sangat membantu ketika anda menyelesaikan urusan seharian.

Ini kerana, ia disertakan disertakan speaker dan microphone yang kalis air untuk memudahkan anda menjawab panggilan ketika sibuk ke sana sini. Katakanlah anda tergesa-gesa nak ke meeting dan ada panggilan masuk, anda boleh jawab panggilan tu dari WATCH GT 2 je tau! Mudahnya!

Huawei-Smart-Life-BM-1920x1080px-1-671×377

  • Siri Mate 30 (RRP: Dari RM2,700)
  • Matebook 13 (RRP: Dari RM3,599)
  • Watch GT 2 (RRP: Dari RM799)
  • HUAWEI X GENTLE MONSTER (RM1,599)
  • Freebuds 3 (RM679)
  • WiFi Q2 Pro (RM499)

Klik di SINI kalau nak beli okay!

Tunggu apa lagi? Jom ke HUAWEI berdekatan dan dapatkan kesemua produk HUAWEI untuk memudahkan urusan kerja harian anda! Layari laman Facebook HUAWEI untuk maklumat lanjut.

Ketahui mengapa anak muda sangat gilakan jam pintar HUAWEI WATCH GT 2 ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!

Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!