Orang bujang patut baca ini. Rancang hidup sejak jatuh cinta. Bukan selepas berkahwin!

Statistik perceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi 2011 menunjukkan 3 kes perceraian pasangan beragama Islam berlaku di negara ini dalam tempoh satu jam. Ia adalah satu tahap yang membimbangkan.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nor Aziah mencadangkan masyarakat melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian.

Menurut kajian barat, ada cara atasi risiko cerai atau kaliskan perkahwinan daripada perceraian. Lebih mengejutkan kita perlu menilai dan mempertimbangkan faktor-faktor ini sebelum berkahwin lagi.

Mahu tahu sebab disebaliknya, baca ini:

1) Wajah penampilan dan sumber pendapatan
marriage-stability-attitude
Sejujurnya, apakah sebab yang mendorong anda menerima si dia sebagai pasangan hidup? Soalan ini penting kerana ia menjadi asas pembinaan perkahwinan tersebut.

Jika lelaki memilih wanita kerana wajah dan penampilan cantik, mungkin boleh jadi seperti kisah Kak Mah yang sedang viral sewaktu post ini ditulis. Cari wanita lain kerana isteri tak pandai jaga zahir dan batin seperti di awal perkahwinan katanya.

Jika wanita memilih lelaki kerana wang dan statusnya, mungkin boleh jadi bercerai-berai apabila suami hilang kerjaya, jatuh mufilis atau hilang keupayaan gara-gara tidak sanggup bersusah-payah bersama kerana wang yang jadi sebab ikatan perkahwinan sudah tiada.

Menurut kajian barat ini, seseorang akan lebih tinggi potensi cerai jika mementingkan penampilan dan pendapatan pasangan berbanding mereka yang tidak kisah akan kedua-dua perkara tersebut. Ini juga menunjukkan sebenar-benar cinta dan terima seadaanya lebih kukuh perkahwinan berbanding perkahwinan yang menjurus kepada faktor luaran dan materialistik.

2) Tempoh masa sebagai pasangan kekasih
marriage-stability-dating
Titik rujukan kajian menunjukkan tinggi risiko perceraian jika tempoh masa sebagai pasangan kekasih kurang dari 1 tahun. Ia disahkan apabila ramai yang bercerai adalah di kalangan mereka yang berkasih selama 1 hingga 2 tahun sahaja.

3) Berbulan madu di awan biru. Heh?
marriage-stability-honeymoon
Pasangan yang berkahwin dan berbulan madu selepas itu kurang risiko cerai berbanding pasangan yang tidak pernah berbulan madu. Mungkin tiada kemanisan kenangan di situ? Lalu mudah hilang pertimbangan dalam memutuskan perhubungan yang termeterai atas nama perkahwinan.

Jadikan bulan madu sebagai salah satu agenda perkahwinan. Ia mencipta memori manis di antara dua hati yang menyatu. Dan refresh dengan bulan madu setelah sekian lama berkahwin.

4) Pendapatan isi rumah
marriage-stability-household-income
Ramai kata cinta tak boleh beri makan dan kebahagiaan. Nampaknya betul apabila kajian menunjukkan semakin rendah pendapatan isi rumah, semakin tinggi risiko perceraian. Ops!

Jangan pilih pasangan kerana wang tetapi adalah penting untuk menilai sebelum berkahwin sama ada lelaki itu mampu atau tidak memberikan kehidupan yang lebih baik buat isterinya berbanding ketika wanita itu bujang. Jika ya, boleh teruskan.

5) Terlibat dengan aktiviti keagamaan
marriage-stability-religious
Siapa kata agama tidak penting dalam pemilihan jodoh? Kajian barat ini menunjukkan jelas bahawa orang yang selalu hadiri dan ikuti aktiviti keagamaan akan lebih rendah risiko cerai berbanding mereka yang jarang-jarang terlibat. Golongan belia hari ini ada pendidikan agama tetapi tidak menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jadi tidak pelik ada yang sudah lupa macam mana nak sembahyang.

Asas dalam memilih pasangan hidup (lelaki dan perempuan) telah diperjelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara, harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahteralah hidupmu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pastikan kebahagiaan yang diidamkan itu untuk dunia dan akhirat. Maka, carilah ciri-ciri pasangan menurut Islam. Tak rugi pun, malah menguntungkan kehidupan berumah tangga dan anak-anak yang bakal lahir dan dibesarkan dalam kelimahan nikmat Islam.

6) Bilangan jemputan hadirin ke majlis perkahwinan
marriage-stability-wedding-attendance
Rasa ini tidak ada masalah sangat dalam masyarakat kita melainkan kahwin lari atau kahwin senyap-senyap di mana kehadiran jemputan sangat terhad bilangannya. Dalam kajian ini, pasangan yang menjemput lebih ramai hadirin ke majlis perkahwinan akan makin rendah risiko perceraian berbanding pasangan yang tidak melibatkan keluarga dan rakan-rakan. Doa para hadirin hadiah terbaik buat pasangan pengantin.

Maklumkan perkahwinan kepada keluarga dan rakan-rakan. Hadiah doa mereka bernilai buat perkahwinan. Maka, seboleh-bolehnya elakkan berkahwin di sempadan atau kahwin lari kerana seolah-olah seperti perkahwinan itu tidak dimulakan dengan rasa hormat dan tiada rasa malu pada keluarga dan rakan-rakan.

7) Jumlah perbelanjaan majlis perkahwinan
marriage-stability-wedding-expenses
Haaa… Data ini macam bertentangan dengan situasi tadi. Ikut logik makin ramai jemputan akan menyebabkan makin bertambah belanja majlis perkahwinan. Tetapi faktor ini tidak boleh di pandang enteng. Sebab cara mengendalikan majlis itu boleh mengurangkan kos majlis perkahwinan walaupun jemputan ramai. Kos bersamaan dengan penglibatan wang dan jika tak berwang, pastinya pasangan pengantin berhutang untuk menjayakan majlis sehari itu. Bebanan hutang itulah yang bakal menjadi faktor perbalahan dan lebih parah mendorong ke arah perceraian.

Jangan nanti hutang belum habis bayar di bank, perkahwinan dah terputus di tengah jalan. Rugi-rugi.

KESIMPULANNYA, sebelum berkahwin dengan pasangan, pastikan

1) Kahwin bukan kerana penampilan dan pendapatan/kekayaan pasangan. OK?

2) Makin lama kenal, makin boleh terima pasangan seadanya. Lebih memahami gitu.

3) Rancang bulan madu yang akan membangkitkan memori apabila diingatkan kembali. So sweet!

4) Kahwin untuk kehidupan yang lebih baik, bukan sebaliknya. Maka, jadilah realistik ketika menilai pasangan sebelum berkahwin

5) Persiapkan diri dengan agama dan carilah pasangan yang beragama dan mengamalkan agama dalam kehidupannya. Istiqamah yuk!

6) Mulakan perkahwinan dengan cara yang memuliakan perkahwinan itu. Baru awesome!

7)  Jangan jadi hamba hutang seumur hidup hanya kerana raja sehari. Tertekan nanti.

Kunci kebahagiaan dan ketenangan adalah sentiasa mengingati Allah dan membantu agamaNya. Kembali kepada perkara asas iaitu didikan agama dan perbaiki mutu keluarga yang sedia ada dan yang akan dibina, insyaALLAH makmur sejahtera.

Sumber: Berita Harian, LifeHack

LIKE Facebook The Vocket

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group