Nota Editor: Artikel asal ini telah dipetik daripada status Facebook Tuan Muhamad Iqbal Hafifi. Dengan izin beliau, kami akan kongsikan kepada anda tip-tip membeli 3 buah rumah dalam tempoh 16 bulan walaupun hanya makan gaji. Ia realistik dan boleh dibuat kerana tip-tip ini telah dipraktikkan oleh Tuan Muhamad Iqbal sendiri yang baru berusia 25 tahun. Semoga dengan perkongsian ini akan ada lebih ramai orang muda memiliki rumah pertama dan seterusnya. Semoga bermanfaat.

Baca: Bahagian 1 Tip Beli 3 Buah Rumah Dalam Tempoh 16 Bulan Oleh Pemuda Makan Gaji

RUMAH PERTAMA

Assalamualaikum.

Sekadar perkongsian untuk yang bertanya dari post sebelum ini. Macam mana loan boleh lepas?

Saya akan cuba kongsikan satu-satu rumah.

Rasanya untuk rumah pertama ini tiada masalah untuk bank approve loan dari segi DSR.

Loan: RM60,000
Monthly: RM321
DSR : 321/2100 = 15.29%. Kalau ikut DSR, confirm lulus

Cuma menjadi issue:

1. Saya tidak ada credit history, jadi susah bank bagi lulus loan, kalau lepas pun bank bagi kurang dari 90%.

Banker cadangkan saya apply kad kredit pada masa yang sama. Ikut cakap banker, Alhamdulillah loan lulus. Bila dah lulus, saya terminate kad kredit.

2. Rumah apartment master title lebih 10 tahun kebanyakan bank tak bagi loan, tapi masih ada yang sudi bagi pinjaman.

Saya guna bank sotong (CIMB Bank)

3. Kenapa pilih low cost tingkat atas sekali?

Itulah tahap kemampuan semasa saya. Setiap keputusan adalah berdasarkan nombor dan fakta. Kalau banyak duit, beli lah yang mahal sikit. Ini hanyalah permulaan.

4. Rumah low cost tingkat atas sekali ada ke orang nak sewa?

Sebelum beli, saya buat market research. Saya buat dummy iklan untuk tahu rate sewa dan demand sebuah bilik. Rumah tu asal 3 bilik, renovate jadi 4 bilik untuk positive cashflow yang lagi banyak.

Kisah tak berapa best untuk rumah pertama.

1. Di sebabkan kurang ilmu, saya telah sign booking form dimana deposit 10% adalah non-refundable. Jadi kalau loan tak lulus, deposit burn. Nasib saya baik, bank luluskan.

2. Rumah ini adalah 15% below market value. Disebabkan tergesa-gesa bayar deposit, saya terlepas rumah yang 30% below market value di kawasan yang sama.

3. Banker dan agent gaduh sebab insurance.

Agent promote insurance dia tapi banker bagitau loan ini tak wajib ambil insurance. Banker siap ugut tak nak proceed loan sebab kena marah dengan agent.

4. Process rumah low cost memang lambat, saya sign SNP bulan Jun 2014, dapat kunci bulan Mac 2015 (10 bulan). Walaupun setiap minggu call lawyer tapi masih lambat.

Saat paling best pula, bila dapat tahu loan untuk rumah pertama dah lulus, lebih-lebih lagi bila banker SMS dan bagitau pada hari Convocation. Excited punya pasal, sampai lupa nak ambil gambar atas pentas.

Ruang tamu telah diubahsuai menjadi sebuah bilik untuk disewakan bagi meningkatkan cashflow daripada rumah pertama ini.

Jurugambar: Muhamad Iqbal Hafifi
Jurugambar: Muhamad Iqbal Hafifi

Hasil sewa dari rumah pertama:

Bilik single 1: RM200
Bilik single 2: RM200
Bilik single 3: saya duduk
Bilik master: RM300
Total sewa: RM700 – RM321 (bank) – RM160 (unifi) – RM100 (utility dan maintenance)

Net dalam RM100++ sahaja. Tapi cukuplah untuk dapat duduk bilik free dan unifi free. Income dari sewa rumah boleh bantu saya beli rumah kedua dan memudahkan loan akan datang lulus.

Rumah low cost memang tidak sesuai untuk capital appreciation, kenaikan memang lambat (kecuali kawasan hot seperti sebelah station MRT/LRT/KTM).

Macam mana loan lulus untuk rumah kedua pula akan di kongsi next time.

Semoga post ini membantu sedikit sebanyak pada yang bertanya, tak faham lagi boleh PM (private message).

Baca: Rumah Saiz 160 Kaki Persegi Untuk 4 Orang

Updated:

Ada yang persoalkan, ada ke bank bagi pinjam loan untuk yang basic RM2000?

Pandangan peribadi:

Kalau gaji RM2000, nak beli rumah landed dekat Ampang RM500,000 memang bank tak luluskan.
Kalau gaji RM2000, bayar kereta pun sampai RM900, kad kredit lagi, personal loan lagi, sampai DSR pun dah tinggi, bank pun tak luluskan.
Kalau gaji RM2000, belanja macam gaji RM3000, pun bank susah nak luluskan.
Kalau gaji RM2000, tapi kalau memang jenis banyak bagi alasan dan tak nak belajar, tak taulah bank luluskan ke tak.

Updated lagi:

Ada yang tanya legal fee tak masuk dalam kira-kira. Mana dapat duit. Talk is cheap.

Untuk rumah pertama, legal fee saya RM3,000++.

Saving bulan Februari hingga Mei dah guna untuk deposit. Jadi, bulan Jun hingga Ogos, saya buat saving macam biasa. Saya nego dengan lawyer untuk bayar RM1500 dulu sebagai permulaan, balance saya bayar instalment. Boleh ke? Cuba tanya lawyer.
Insurance tak perlu bayar ke? Ribu-ribu tu? Insurance masuk dalam loan.

Updated lagi:

Mana nak dapat harga macam itu dekat kawasan itu. Subsale pula tu? Lelong ada la.

Pandangan peribadi:

Cuba berhenti menonton drama TV3 pukul 7pm selama sejam dan hadap Mudah.my, Iproperty dan Property Guru selama sejam. Ulang dari hari Isnin sampai hari Jumaat. Confirm jumpa.

Sekian.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram