Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Saya telah ke Oman selama 3 hari baru-baru ini dan ingin berkongsi beberapa tips asas berikut buat anda yang ingin ke sana:

1. Visa

Visa ke Oman adalah visa on arrival untuk pemegang passport Malaysia. Tapi jika anda tak ada resident visa mana-mana negara GCC, anda dikenakan bayaran Riyal Omani 20 (lebih kurang RM200 )untuk harga visa.

Tetapi jika anda ada visa penduduk mana-mana negara GCC, anda cuma perlu bayar Riyal Omani 5 = AED 50 = RM60.

2. Pengangkutan Awam

Di Oman pengangkutan awam mereka agak susah kecuali teksi. Jadi jika anda nak berkelana di Oman, pilihan yang ada ialah sewa kereta atau naik teksi. Tetapi bagi panangan saya, sewa kereta itu lebih baik sebab senang nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

3. Bahasa

Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi negara Oman. Tetapi jangan risau mereka juga boleh berbahasa Inggeris walaupun tidak lancar.

4. Isu keselamatan

Insha-Allah di sini selamat termasuk jika berkhemah tepi pantai. Tiada siapa nak kacau atau curi barang.

5. Matawang

Mereka guna Riyal Omani tetapi mereka boleh terima UAE Dirham.

6. Tempat menginap

Tempat menginap bergantung pada tujuan anda datang ke sini. Ada banyak pilihan hotel, tetapi bagi anda yang suka ‘adventure’, berkhemah lebih sesuai dan boleh pilih jika nak berkhemah di tepi pantai tepi wadi. Untuk pengetahuan Oman memiliki wadi-wadi yang cantik dan menarik.

Bimah Sinkhole

Cliff diving di Hawiyat Najm

Spa ikan percuma

Bagi anda yang tidak punyai masa yang panjang untuk melawat Oman, saya kongsikan beberapa lokasi menarik untuk anda lawati. Oleh kerana Oman ada banyak wadi dan pantai, Wadi al-Shab, pantai Fins (White Beach), Wadi Tiwi dan Bimmah Sinkhole antara tempat yang terbaik untuk dikunjungi.

Dan jika anda bercadang untuk berkhemah di mana-mana wadi, sebaiknya pergi secara berkumpulan agar dapat berjimat dari segi pengangkutan.

Jika dari Muscat anda perlukan masa dalm 1 jam 30 min untuk sampai ke kawasan Quriyat. Pemandangan ketika perjalanan dari Muscat ke Quriyat sangat menarik, seolah seperti anda melalui Grand Canyon. Memang subahanallah cantik sangat.

Sebelum anda sampai ke Fins Beach, anda akan melewati Quriyat Haiyat Najm (bermaksud falling star atau meteor jatuh). Ada papan tanda menunjuk arah ke sini.

Tapi sila ambil maklum Quriyat Haiyat Najm ada waktu buka dan tutup untuk lawatan. Waktu buka dari pukul 9 pagi sampai 12 tengah malam. Di dalam lokasi ini ada Bimmah Sinkhole yang sangat menarik. Jinak nak rasai satu pengalaman berbeza, bolehlah buat cliff diving di sini.

Berkhemah di Fins Beach

Berlatar belakangkan grand canyon.

Menikmati matahari terbenam

Paddler kejap

Selepas dah puas lepak di Quriyat Haiyat Najm anda boleh bersiap untuk ke pantai Fins. Di sini anda boleh dirikan khemah sebelum hari mulai gelap.

Sepanjang perjalanan ke pantai anda akan jumpa perkampungan penduduk tempatan di bahagian kiri. Manakala di bahagian kanan pula adalah bahagian menuju menuju ke pantai.

Di sini anda boleh pilih ‘port’ untuk dirikan khemah. Sebaiknya tidurlah awal untuk kumpul tenaga. Esok boleh ke Wadi al-Shab dan lakukan cliff diving. Wadi al-Shab merupakan wadi yang paling best dan pernah dipilih oleh Red Bull untuk acara akhir pertandingan cliff diving.

Selepas subuh sempatlah layan matahari terbit di Fins Beach. Kemudian acara hari ini diteruskan dengan perjalanan ke Wadi al-Shab yang mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit dari Fins Beach.

Untuk pengetahuan, sebaik saja tiba di pesisir Wadi al-Shab, anda perlu naik bot untuk ke seberang. Bayarannya O.R 1 pergi balik. Dari tempat bot ke Wadi al-Shab pula anda perlu berjalan kaki selama 45 min.

Setibanya di destinasi, anda akan jumpa kolam pertama. Teruskan perjalanan hingga anda berjumpa kolam kedua. Di sini anda perlu berenang selama 30 minit untuk masuk ke gua dan mencari air terjun. Pilihan lain adalah dengan mendaki gunung batu untuk melihat keunikan ciptaan Allah di sini.

2 jam jalan kaki menuju ke Wadi al Shab. Penat!

Air dah mula ada sikit

Berhati-hati masa mendaki takut terjatuh ke dalam gaung tu.

Ikut saja tahi keldai jika anda tak tahu mana satu trek mendaki.

Kebun kurma Wadi al Shab

Keindahan ciptaan Allah

Kena berenang sampai ke sini untuk masuk ke gua air terjun Wadi al Shab.

Lihat pada gambar dan anda boleh bayangkan bagaimana nak mendaki ke atas. Sila berhati-hati.

Anda perlu berenang dari hujung sampai ke sini untuk masuk ke gua dan air terjun.

Sumber air di lorong ini boleh digunakan sebagai ‘track’ dan airnya boleh diminum.

Mulakan dari kolam ke dua untuk berenang ke gua dan air terjun.

Nampak orang berenang kat bawah tu?

Ini saja barang yang saya bawa masa travel di Oman ni.

Pemandangan mendaki Wadi al-Shab

Perjalanan ke kolam awal Wadi al Shab

Pintu masuk ke Wadi al Shab.

Pokok kurma di tengah antara dua bukit batu Wadi al Shab.

Kolam kedua di Wadi al Shab.

Akkhirnya tida di Wadi al Shab selepas 2 jam berjalan dari kawasan kolam.

Berikut barangan yang saya sarankan anda bawa bersama:

1. Beg kalis air atau plastik untuk isi barangan elektronik seperti smartphone, action cam dan jam semasa berenang ke dalam gua.

2. ‘Amphibian shoes’ sebab ia senang kering.

3. Board shorts atau apa-apa baju mandi yang senang kering.

4. Bagi yang kurang mahir berenang saya syorkan anda beli dan bawa life jacket  jenis boleh ditiup.

Ini saja perkongsian asas untuk anda ke Wadi al Shab. Semoga membantu buat anda yang ingin ke sini. Terima kasih.

Baca lagi: Kami Lawat Kampung Purba Merah Di Iran Dan Ini Apa Yang Dijumpai

Artikel di atas disumbangkan oleh Ibnu Anwar. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka