Saya nak berkongsi tentang Jogjakarta. Pengalaman yang sangat best dan sangat ngeri untuk mak-mak kami. Berikut 13 fakta menarik tentang Jogjakarta.

1. Bandar yang bersih, sampah dibuang rapi. Tak ada yang berlonggokan. Longkang bersih terjaga. Mungkin pekerja pembersihan buat kerja dengan hati bukan kerana gaji semata-mata.

jonathan-wong-kar-gee
HYPE
Ini 5 Atlet Tempatan Yang Telah Berjaya Di Persada Sukan Antarabangsa
Baca lagi →

2. Jogja adalah negara majoritinya muslim. Soal makanan halal dan masjid tak ada masalah. Semuanya beres! Tanpa waswas!

3. Makanan yang superb dan harga berpatutan. Kalau nak makan lobster sedap boleh dapat di Pantai Timang.

Lobster besar tapak tangan 9 ekor masak sambal dan goreng, ikan bawal bakar besar 3 tapak tangan saya, sotong celup tepung, tempe goreng, ulaman, sambal dan nasi untuk 7 orang cuma Rp 900K bersamaan dengan RM280. Nikmat woihhh!

4. Rakyat Jogja bekerja dan anak-anak berskolah 6 hari seminggu. Cuma Ahad saja hari libur (cuti).

5. Banyak tempat-tempat berasaskan alam dijadikan tempat wisata /pelancongan. Di Pantai Timang, jambatan untuk spot bergambar diperbuat daripada buluh, pokok dan diikat dengan tali jemur kain saja! Waduh tapi kukuh!

Kebanyakkan spot bergambar diperbuat dari bahan alam. Tak perlu nampak moden, gambar yang terhasil sangat gempak! Idea mereka memang pintar. Setiap tempat dijadikan tempat pelancongan yang menarik hanya dengan guna bahan alam tapi tetap boleh jana pendapatan! Keren!

Baca: 12 Tip Travel Ke Lokasi Menarik Di Jogjakarta, Indonesia

itinerari-ke-jogjakarta-2

Kalibiru

itinerari-ke-jogjakarta-8

Pantai Timang. Ala-ala Tunnel Beach, NZ. Seram!

itinerari-ke-jogjakarta-3

Muzium mini di Gunung Merapi

itinerari-ke-jogjakarta-4

Tulang lembu yang dijumpai dalam timbunan lava dan batu batu selepas letusan gunung Merapi.

itinerari-ke-jogjakarta-6

Kaca mencair.

itinerari-ke-jogjakarta-5

Berlatarbelakangkan gunung Merapi yang masih aktif. Boleh nampak kan asap keluar.

itinerari-ke-jogjakarta-7

Gunung Merapi lagi dan lagi.

6. Waktu subuh di sini seawal jam 4 pagi, matahati terbit jam 5.30 pagi. Memang dah terang benderang masa tu.

7. Bakpia adalah makanan dari Jogja. Rasa seperti tepung yang ada inti kacang hijau, green tea, cappucino, susu, keju dan kumbu hitam. Sedap! Sekotak dalam RP30k bersamaan RM10 untuk 15 biji. Balik Malaysia namanya jadi Biaq pi!

8. Gunung berapi yang masih aktif adalah Gunung Merapi yang mana kali terakhir ia memuntahkan lava adalah pada 5/11/2010 pukul 12.10 tengah malam. Lava menjalar sehingga ke 20km jauhnya! Ramai yang terkorban, dan kampung ditimbus dengan lava Merapi. Dasyat! Sampai sekarang masih lagi ada asap putih keluar dari mulut gunung Merapi yang bisa meletus bila-bila masa.

9. Naik pelampung menyusuri arus sungai Gua Pindul tersangatlah menarik. Sesuai untuk seisi keluarga tak kisah besar kecil tua muda. Pakej masuk RP 180K satu kepala untuk pakej pelampung, makan tengahari, kasut getah, bayaran untuk jeep pengangkut, dan jugak pakej sunburn!

10. Ada kisah disebalik Gua Pindul. Saya lupa. Tapi yang saya ingat adalah mitos mengenai batu-batu dalam gua. Ada satu batu mutiara, bentuknya macam Prambanan Temple terbalik.

Dikatakan kalau perempuan yang lalu bawah batu mutiara, akan cantik elok paras rupa dan awet muda. Saya pun apa lagi, berhenti terus bawah batu tu, ternyata bila keluar gua, mitos itu berhasil! Banyak cantik muka kau! Haha.

11. Di kawasan Gua Pindul ada disediakan kamar mandi, kamar kecil dan kamar berfikir (membuang). Ada kedai jual sabun, celana dalam, celana luar, selipar dan macam-macam lah! Jadi kalau yang datang sini, tak sediakan baju mandi, ngak apa-apa, kat sini semua beres!

12. Ada banyak candi di Jogja. Yang sempat kami singgah adalah di Prambanan Temple. Tiket masuk RP 325k seorang dan digalakkan pergi waktu tengahari terik, sebab gambar confirm cun! Ambil gambar sampai kenyang! Batu-batu candi yang ada di sana adalah dari batu gunung Merapi. Dikatakan kuat, utuh dan kukuh. Tak perlu simen antara batu, cuma di susun-susun aja!

13. Di sini saya belum jumpa pengamen atau pengemis. Di kawasan lain, saya tak pasti. Siap ada signboard, jangan bagi wang recehan kepada pengemis ni. Memang dia nak basmi pengamen.

Bagi mereka, pengamen ni boleh bagi impak buruk kepada pelancong luar takut ngak aman, ngak selesa gitu. Ini pak supir yang cakap.

Secara jujurnya Jogja ni sangat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti, yang suka makan macam saya dan yang memang suka selfie macam saya jugak. Sebab semua tempat yang dibawa semuanya menarik dan lawa! Confirm memory phone penuh dengan gambar! Tak menyesal oi. Sebelum ni saya rasa Jogja ni macam biasa-biasa je tapi saya silap. Jogja sangat best dan penuh dengan aktiviti.

Jangan risau , jangan buntu. Di sini banyak Pak Supir yang berpengalaman. Tanya apa saja, nak pergi mana, nak aktiviti apa, bilang saja dong! Sediakan wang aja.

Oh ya jangan lupa badan kena fit sebab seawal pukul 4 pagi dah kena keluar dari hotel untuk ke tempat-tempat menarik! Panjat bukit, turun bukit, flying fox, naik jeep off road bergoncangan, naik pelampung, titi gantung memang memerlukan extra energy! Tapi syok! Pengalaman yang tak akan dapat di mana-mana. Dah lah murah pula tu. Flying fox di sini cuma RM 5 sahaja sekali jalan.

itinerari-ke-jogjakarta-9

Gua Pindul. Susur anak sungai naek pelampung. Panas lit lit woih!

itinerari-ke-jogjakarta-10

Jembatan di Pengger Pinus.

itinerari-ke-jogjakarta-11

Pengger Pinus.

itinerari-ke-jogjakarta-12

Hutan Pinus

itinerari-ke-jogjakarta-14

Candi Prambanan

itinerari-ke-jogjakarta-13

Kebun Buah Mangunan

itinerari-ke-jogjakarta-15

Sewa baju tradisional di sini cuma Rp 50k sahaja siap foto.

itinerari-ke-jogjakarta-16

itinerari-ke-jogjakarta-17

Candi Prambanan. Hujan mau turun.

itinerari-ke-jogjakarta-18

Baca lagi: 25 Lokasi Menarik Yang Sempat Kami Terjah Sewaktu Travel 5 Hari Di Yogyakarta

Artikel di atas disumbangkan oleh Ellisna Dewi Irwan. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka