Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Berakhir sudah trip motorhome keluarga kecil kami ke Western Australia (WA). Sesungguhnya ianya pengalaman bercuti bersama anak anak yang amat seronok dan tidak akan dilupakan!

Dari Perth kami naik ke North WA up to Cervantes dan turun ke Fremantle dan seterusnya ke South region of WA up to Albany. Total road trip 6 hari 5 malam kami hampir 2000km!

Ramai kawan kawan yang private messages kami bertanya tentang pengalaman trip motorhome kami ini. Segan juga nak bercerita tentang pengalaman kami yang cuma secebis ini.

Tapi dengan niat ingin ‘sharing’, kami ceritakan disini perkara-perkara penting yang perlu anda semua tahu tentang trip motorhome, budget, itinerary dan beberapa nasihat dari kami.

10 Tip Penting Tentang Trip Motorhome

trip 2

1. Motorhome

Pilih motorhome/campervan yg sesuai dgn bilangan ahli trip. Ketahui perbezaan antara motorhome dan campervan. Motorhome lebih besar. Ia macam lori, ada toilet, shower dan dapur sekali. Campervan pula macam van dan ada dapur sahaja. Tak ada toilet. Kalau menyewa campervan, kena guna public toilet atau toilet di camp site.

Ada beberapa jenama motorhome di Australia. Antaranya ialah Maui, Britz, Apollo, dan Kea. Kami memilih Britz 6 Berth Frontier kerana ciri-cirinya yang boleh memuatkan sehingga 6 org penumpang, seat can convert jadi 3 katil dan tiada sekatan antara ruang pemandu dan ruang belakang. Jadi senang untuk pantau dan berkomunikasi dengan anak anak di belakang.

Tambahan pula seat anak anak di bahagian tengah, bukan di bahagian belakang sekali. Bonus point utk Britz Frontier ni. Tapi sesampainya di Aussie, kami diberi Maui River menggantikan apa yang kami bayar. Setahu kami, Maui jenis River ini kos sewa sehari 230AUD/day. Rezeki anak-anak apabila dapat yang lagi best tanpa tambahan bayaran!

Bagi yang anak ramai, paling penting kena tahu total child restraint permitted untuk kenderaan tu. Walaupon boleh occupied up to 6 people, ada motorhome/campervan yang benarkan total child 2 orang saja boleh naik disebabkan oleh anchor point untuk pasang car seat ada 2 sahaja.

Di Aussie, children under the age of 8 must wear an approved, properly fastened and adjusted child restraint. Jadi, kena check juga perkara ini sebelum book.

Kos sewa kenderaan ini bergantung kepada jenis kenderaan yang anda pilih. Makin besar dan lengkap makin tinggi kos. Kalau bawa anak-anak kena add on child seat/booster seat. Untuk motorhome kami, kos sewa 154AUD/day dan tambah 1 booster seat 36AUD, 2 child seat 72AUD dan charge guna kad kredit dan lain-lain. Boleh add on meja dan kerusi piknik tapi kami tak ambil sebab nak kurangkan kos. Piknik pakai kain alas sahaja.

2. Tempat letak kenderaan

Untuk bermalam, motorhome tak boleh parking sewenang-wenangnya di mana sahaja. Perlu bermalam di mana-mana camp site. Camp site di Aussie banyak. Ada yang persendirian dan ada yang diuruskan oleh company besar.

Camp site yang famous di sana adalah Big4. Keselamatan dan fasiliti di Big4 memang lengkap. 5 bintang! Kebanyakannya ada playground, pool, BBQ area, bilik air, laundry, iron room. Boleh booking online. Tapi tak semua tempat ada Big4.

Kalau tempat yang tak ada Big4, kami google dan emel personally camp site tersebut. Kos mengikut jenis parking site yang dipilih dan juga bilangan occupant. Ada beberapa jenis parking iaitu nonpowered site, grass powered site, paved powered site dan drive thru site (untuk caravan yang besar).

Untuk trip kami baru-baru ini, kos parking site ada yg serendah 48AUD dan setinggi 61AUD.

3. Dapur

Semua kelengkapan dapur disediakan. Dari microwave, periuk kecil sehinggalah periuk besar, senduk, kain lap dapur, pencuci pinggan, pinggan mangkuk, gelas, cawan, cerek elektrik. Cuma samak/sertu dengan sabun tahara sebelum guna.

Boleh masak di mana-mana sahaja, asalkan motorhome berhenti, bukan sedang dipandu. Macam kami, untuk lunch biasanya kami akan cari spot menarik dan berhenti untuk masak. Memandangkan bukan semua tempat di luar bandar Perth ada restoran halal, jadi travel dengan motorhome yang ada kemudahan dapur ini, ia sangat memudahkan!

4. Kebersihan diri

Motorhome juga dilengkapi dgn sink, toilet dan shower. Jadi nak ke toilet, tukar pampers anak, dan lain-lain jadi mudah. Tak perlu guna public toilet. Lagipun jamban di disana tiada paip air. Jadi kami dah tak perlu risau pasal tu.

Cuma apa yang anda semua perlu tahu, tangki najis motorhome perlu dikosongkan sekiranya penuh. Tangki najis x besar mana. Untuk kami berlima, suami perlu kosongkan setiap 2 hari. Cara untuk kosongkan najis, kena pergi ke Dump Area di camp site.

Ada yang tanya berbau tak ruang dalam motorhome sebab ada tandas. Tak perlu risau sebab lubang tandas ada penutup. Dan satu lagi, untuk elakkan berbau, kalau boleh aktiviti membuang air besar dilakukan di tandas camp site.

5. Pemanduan

Pemanduan motorhome tidak susah seperti yang dibayangkan. Di Australia, stereng kenderaan di sebelah kanan sama seperti Malaysia. Pada mulanya suami risau juga sebab tak pernah bawa kenderaan sebesar tu. Tapi alhamdulillah everything turned out to be OK.

Jangan terkejut, kenderaan sana banyak besar dan panjang seperti ‘road train’. Tapi jangan risau, pemanduan orang sana sangat beretika dan mematuhi undang undang jalan raya. Tambahan pula, jalan raya di sana caravan friendly. Kebanyakan tempat tourist attraction ada sediakan parking utk caravan.

6. Lesen memandu

Kita tidak perlu memohon lesen international atau lesen khas untuk memandu motorhome. Just pakai lesen memandu kereta kita saja.

7. Soket

Soket (untuk cas telefon, cerek elektrik), aircond/heater dan microwave hanya boleh digunakan selepas cucuk power cord di camp site. Di camp site kena ambil yang jenis powered site. Media (tv/radio), water pump, peti sejuk, lampu boleh digunakan bila-bila masa tanpa plug in power cord.

Siaran TV boleh search apabila dah park di mana-mana. Masa motorhome bergerak kita boleh pasang DVD untuk anak-anak. Jadi, jangan lupa bawa DVD cerita kegemaran anak-anak.

8. Masa

Check in time camp site 2pm dan check out 10am. Pejabat di camp site tutup jam 5pm. Sekiranya dijangka check in lewat (after office hour), just contact mereka by email/call dan beritahu pukul berapa kita dijangka sampai. Mereka akan tinggalkan map, password toilet, password wifi (jika ada) dalam envelope di luar reception. Berurusan dengan mereka sangat mudah. InsyaAllah semua ok.

9. Camp site

Apabila tiba di camp site, ada 3 perkara penting yang perlu dibuat. Pertama, plug in power supply. Plug ada di box atas tiang di kawasan belakang parking site masing-masing. Power supply box biasanya share antara 2 atau 4 parking site.

Kedua, sambungkan waste water (air dari sinki dapur dan shower) ke lubang waste yang disediakan. Setiap parking site ada satu lubang waste masing-masing.

Ketiga, isi air bersih dalam tangki. Biasanya lepas seharian travel, air dalam tangki akan berkurang lepas guna untuk masak, ambil wuduk, buang air kecil dan lain-lain. Jadi, bila tiba di camp site, kita penuhkan balik.

10. Minyak

Harga minyak berbeza di setiap tempat dan juga stesen minyak. Mengikut pemerhatian kami, harga minyak di bandar Perth atau bandar besar seperti Albany lebih murah berbanding di pekan kecil.

Jadi untuk penjimatan, rancanglah untuk mengisi minyak di Perth atau di bandar besar. Full tank motorhome kami lebih kurang 90AUD. Di WA, cara mereka isi dahulu minyak dan bayar kemudian di kaunter dalam. Boleh bayar guna cash atau kad kredit visa.

Bajet Trip Motorhome

trip 1

Bajet ini untuk 2 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak dan seorang bayi.

1. Tiket flight returns (include meals both ways and luggage 40kg both ways): RM3165
2. Stok makanan dari Malaysia: +/- RM50
3. Sewa Motorhome: 1328 AUD
4. Kos untuk return motorhome tanpa perlu refill minyak dan gas LPG full: 79AUD
5. Campsite: 279AUD
6. Fuels: 181AUD
7. Taxi fares: 32 AUD (Airport to Britz Office) + 32 AUD (Britz office to Airport)
Groceries (pampers, minyak, tisu sabun basuh pinggan, telur, roti, biskut dll): 100AUD
8. Laundry: 6AUD
9. Makan di luar: 32AUD (Kailis, Frementle) + 43.70 AUD (Istanbul Turkish Delight, Albany)
10. Entrance fees to attractions places: 12AUD/car ( Pinnacles Dessert) + 21AUD (Cape Leeuwin) + 66AUD (2 Dewasa + 1 kanak2, 3 tahun ke bawah percuma)
11. Sewa Sandboard: 10AUD/hour, Deposit 50AUD returnable
12. Souvenirs: 175AUD

Itinerary 6 Hari (5/5/2016 – 10/5/2016)

Hari 1 – Landing Perth, Pick up motorhome, Shopping groceries, bermalam di Pinnacles Holiday Park.

Hari 2 – Pinnacles Dessert, Sandboarding di Lancelin, Fremantles (shopping sourveniers di Eshed Market, Dinner Fish & Chips di Kailis), bermalam di Woodman Discovery Holiday Park.

Hari 3 – Secret Harbour ( Rockingham), Dolphin Quay (Mandurah), Kombaana Bay dan Ocean Drive (Bunburry), Bussleton Jetty (Bussleton), bermalam di Turners Caravan Park, Augusta

Hari 4 – Cape Leeuwin (Augusta), Albany Wind Farm,The Gap and Natural Bridge (Albany), bermalam di Big4 Middleton Beach Holiday Park.

Hari 5 – Bertolak balik ke Perth, Caversham Wildlife Park di sebelah petang, Shopping di Big W Midland, lepaking Elizabeth Quay di sebelah malam. Bermalam di Discovery Holiday Park-Perth.

Hari 6 – Kings Park. Return motorhome pada pukul 12 tghari. Bertolak ke airport sejurus selepas itu. Departing 4.40pm from Perth Airport. Alhamdulillah selamat sampai Malaysia pukul 10 malam. Jangan lupa pre book meal untuk dinner. Nasib baik kami dah book meal, semua kelaparan masa ini.

Itulah antara perkara-perkara penting yang perlu kawan-kawan semua tahu sekiranya merancang trip motorhome seperti kami.

Nasihat dari kami bagi yang merancang untuk travel dengan motorhome bersama anak-anak:

1. Just do it! Walaupun ada yang kata anak-anak kecil tak appreciate lagi, tak ingat kenangan semua tu. Tapi bagi kami suami isteri, cukuplah kalau kami yang ingat kenangan itu.

2. Enjoy small things while travel, because they are actually the best thing!

3. Plan simple itinerary dan expect delays supaya kita tak stress dan anak-anak pun happy.

4. Do not rush.

It is OK to cancel the itinerary atau tempat yang kita rancang untuk pergi sekiranya ada perkara/masa tak mengizinkan. Allah plan is the best.

First day kami cancel aktiviti intinerari kami disebabkan anak-anak kepenatan dan mengantuk tak cukup tidur. Flight kami 12 malam. Aktiviti yang sepatutnya adalah melawat Pinnacles Dessert dan sandboarding di Lancelin. Kami tunda keesokkannya.

Hari first day kami berhenti tidur di Back Beach, Lancelin dan makan cucur mama goreng di tepi pantai. Hari second last day sepatutnya aktiviti shopping di Murray St dan Hay St.

Tetapi disebabkan aktiviti Caversham Wildlife Park tertunda disebabkan perubahan itinerari, kami sepakat cancel aktiviti shopping dan bawa anak-anak ke Caversham Wildlife Park.

Yang penting anak-anak gembira dapat jumpa kangaroo dan koala. Anak-anak happy, kami pun happy. Yes Allah plan is the best!

5. Berhati-hati memandu di luar Perth terutamanya menjelang petang dan malam.

Banyak kangaroo mulai berkeliaran dan melintas jalan. Sepanjang road trip kami, beberapa kali juga kangaroo melintas jalan di hadapan motorhome kami. Tapi, alhamdulillah tiada apa-apa berlaku. Kami lihat ada juga bangkai kangaroo di tepi jalan raya, mungkin mati akibat dilanggar.

6. Kerjasama

Yang paling penting, kerjasama suami isteri. Thanks to suamiku yang punya daya kepimpinan keluarga dan kerjasama yang tinggi. Travel dengan motorhome ni, kena pasang katil dan kemas katil. Mama masak, papa kemas katil, main dengan anak-anak. Alhamdulillah semua jadi mudah.

Semua pemandangan sepanjang road trip 6 hari di WA masyaAllah sangat cantik. Tapi yang amat terkesan di hati saya adalah pemandangan menuju ke Cape Leeuwin, Augusta dan pemandangan lautan di belakang Cape Leeuwin di mana Southern Ocean bertemu Indian Ocean.

Bagi suami pula, beliau memilih Albany Wind Farm sebagai the best view of the road trip.

Terima kasih Puan Azlin Ahmad, seorang rakyat Malaysia yg menetap di Perth. Berkenalan melalui FB, walaupun tak pernah berjumpa, tapi beliau sangat membantu. Terima kasih atas perkongsian info di TCCP dan sudi melayan pertanyaan saya melalui FB chat.

Semoga perkongsian dari kami sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan membuat perancangan trip percutian motorhome anda.

Try it and you will love it!