Cepat sentap bila kena kritik? Tenang sahaja, itu menunjukkan deria perasaan anda masih lagi berfungsi dengan baik. Sudah menjadi lumrah manusia tidak suka kritikan. Alasannya mudah, kritikan boleh membuatkan orang lain melihat anda teruk, atau bersalah.

Tindak balas sesebuah kritikan berkait rapat dengan emosi, jadi tidak hairanlah mengapa  sesetengah individu cepat sangat sentap apabila dikritik. Kritikan boleh jadi positif atau negatif, ia bergantung pada keadaan dan cara penyampaian si pengkritik. Sebab itu wujudnya ayat ‘kritikan membina’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu jom kita ketahui apakah tindakan yang harus diambil ketika dikiritik supaya kritikan itu dapat memberi manfaat kepada anda.

1. Jangan Membela Diri

Seperti yang dinyatakan di atas, emosi biasanya mengawal diri anda ketika dikritik oleh orang lain. Meskipun sesebuah kritikan tersebut langsung tidak wajar pada pendapat anda, namun jangan sesekali cuba berusaha bermati-matian membela diri.

Menampilkan sikap emosi seperti ini hanya membuatkan anda kelihatan keras kepala dan susah diajak bekerjasama.

2. Dengar Baik-Baik Dan Fikir

Bertenang dulu, dengar dan fikir baik-baik sebelum membantahnya. Apabila si pengkritik sedang berbicara, jangan menalan mentah-mentah semuanya. Ubah perspektik kritikan menjadi pendapat atau pandangan. Ambil yang baik-baik sahaja.

3. Terima Kekurangan.

Sudah nama pun manusia, mana ada yang sempurna. Ada jenis manusia yang suka mengkritik tanpa hiraukan perasaan orang lain, kritikan jenis ini kritikan pedas namanya. Maka, sebelum anda dikritik, lebih elok untuk belajar menerima kekurangan diri sendiri.

Menyedari kekurangan diri membuatkan anda bersikap terbuka apabila menerima kritikan. Tak guna kalau nak berdebat, lebih baik perbaiki kekurangan diri. Kadang-kala kritikan itu ada benarnya, cuma susah nak diterima.

4. Berfikiran Positif

Kunci utama untuk bahagia adalah berfikiran positif dalam segala hal termasuk apabila menerima kritikan. Walaupun sukar dilakukan, sentiasa latih diri untuk sentiasa berfikiran positif.

5. Mengesahkan

Jika anda memang tidak boleh menerima kritikan dari seseorang begitu sahaja, perkara yang boleh anda lakukan andalah mendapatkan pengesahan. Tanya dan bincang baik-baik dengan si pengkritik, itu pun jika anda cukup yakin bahawa kesalahan yang anda lakukan bukanlah besar sehingga boleh memburukkan keadaan.

Mudahkan? Tak perlu bertikam lidah, stress, marah, ataupun sentap jika dikritik. 5 tip ini sangat gampang boleh anda praktikkan ketika dikritik.

Nota editor: Gampang diambil dari bahasa Indonesia yang bermaksud mudah atau senang.