Nota Editor: Nota ini diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran Mahligai Idaman, iaitu syarikat pemaju perumahan di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Semoga nota ini membantu anda membuat keputusan yang lebih baik semasa membina rumah.

Terdapat sebilangan dari kita mewarisi tanah ibu bapa yang kebanyakannya status tanah masih berstatus pertanian.

Kebiasaannya, saiz tanah ini melebihi 1 ekar. Jadi, apakah boleh kita bina rumah diatas tanah berstatus pertanian?

Jawapannya: Ya dan tidak.

YA

Tidak
Mahligai Idaman
  1. Sesetengah majlis daerah masih memberikan kelulusan pelan rumah yang akan dibina di atas tanah status pertanian.

    Mungkin disebabkan faktor tanah pertanian dan faktor zoning di sesebuah kawasan menyebabkan mereka masih membenarkan kelulusan pelan atas tanah pertanian.

  2. Pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan membenarkan pinjaman diberikan kepada pemohon yang ingin membina di atas tanah pertanian. Tetapi masih tertakluk kepada syarat nombor 1, iaitu pelan rumah perlu diluluskan oleh majlis daerah.

    Jika majlis daerah mewajibkan tukar dahulu status tanah ke bangunan, mahu tidak mahu pemohon perlu tukar juga walaupun pinjaman kerajaan tidak mewajibkannya. Kuncinya, yang meluluskan pelan rumah adalah majlis daerah.

TIDAK

Tidak
Mahligai Idaman
  1. Kebanyakan majlis daerah sudah mewajibkan pemilik tanah untuk menukarkan status tanah pertanian ke status bangunan bagi syarat kelulusan pelan rumah.
    Ini bermaksud, permohonan kelulusan pelan hanya diberikan apabila tanah sudah ditukar status atau sedang dalam proses ditukar status.

    Perlu diingat, pemohon tidak dapat menghantar permohonan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan selagi pelan rumah tidak diluluskan oleh majlis daerah.

  2. Majoriti pinjaman bank mewajibkan tanah ditukar status kepada status bangunan walaupun sesetengah majlis daerah meluluskan pelan bagi status pertanian. Ini bermaksud, walaupun pelan itu sudah lulus di peringkat majlis daerah, bank akan menggunakan polisinya untuk menolak pinjaman bagi tanah berstatus pertanian.

    Ini disebabkan pihak bank juga mahu melindungi kepentingan mereka yakni jika terdapat kegagalan bayaran pinjaman, banglo yang akan dilelong itu lebih tinggi nilainya jika ia berada dalam tanah berstatus bangunan.

Beli rumah secara tunai

Tunai
Mahligai Idaman

Bagaimana pula jika kita buat rumah secara tunai?

Jawapannya, jika kita buat ikut prosedur majlis daerah, kebanyakan tanah perlu berada dalam status bangunan sebelum pelan rumah diluluskan.

Tetapi, jika kita tidak mengikut prosedur majlis daerah, itu cerita lain.

Status pertanian atau bangunan

Pertanian
Mahligai Idaman

Apa nasihat Mahligai Idaman?

Pada kami tukarlah status tanah anda walaupun majlis daerah di tempat anda tidak mewajibkan begitu bagi permohonan pelan rumah.

Kos tukar status adalah berbeza mengikut setiap daerah dan kosnya tidaklah mahal. Anda boleh rujuk kos di pejabat tanah masing-masing.

Biasanya premium tukar status sekitar RM 1.00-1.40 setiap meter persegi (sekali lagi, sila rujuk pejabat tanah di kawasan anda kerana kadar ini tidak sama dan boleh berubah).

Kalau tanah anda 1 ekar jadi saiznya dalam meter persegi adalah 4047. Kos tukar status, katalah contoh premium tukar status RM 1.40 per sq meter; 4047 sq meter x RM 1.40 = RM 5,665.

Apakah nilai RM 5,665 ini mahal bagi tanah seekar?

Baik, mari kami ceritakan sebuah kisah benar yang berlaku bulan lepas.

Berbaloikah tukar status?

Bangunan
Mahligai Idaman

Seorang kakitangan awam telah pun mempunyai rumah dan tanah di Buloh Poh, Ketereh. Beliau telah pun membina rumahnya di atas tanahnya sendiri pada tahun 2003 dengan pinjaman kerajaan. Dan tanahnya masih berstatus pertanian dengan keluasan lebih 1 ekar.

Pada waktu itu, Majlis Daerah Ketereh memberi kelulusan pelan rumah di atas tanah pertanian. Jadi, beliau pun tidak tukar status sebab tidak nampak kepentingan tukar status.

Tahun 2015, kerajaan pusat memutuskan untuk mengambil tanahnya bagi tujuan pembinaan lebuhraya. Dan kerajaan membayar pampasan rumah dan tanah 1 ekarnya dengan harga RM 600,000.

Walhal, jika tanahnya berstatus bangunan, nilaian rumah dan tanahnya adalah RM 1 juta. Beliau tepuk dahi apabila datang bertemu kami ketika beliau mencari rumah baru bagi menggantikan rumah lama yang akan diambil pihak kerajaan.

Dan beliau mengatakan kekesalannya tidak tukar status tanahnya dahulu. Kos tukar status tanahnya mungkin sekitar RM4-5k sahaja, tetapi beliau kerugian hampir RM400 ribu akibat perbezaan nilaian tanah berstatus pertanian yang murah.

Jadi, anda tahu mengapa kami galakkan untuk menukar status tanah anda.

Moga artikel ini bermanfaat untuk semua.

BACA: Ruang Halaman Dalam Rumah Teres Inspirasi Eropah Jadi Penyeri Kediaman

BACA: Rumah Kedai Lama Di Pulau Pinang Diubahsuai Menjadi Hotel Butik Yang Mewah Dan Esklusif

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram