Nota Editor: Terima kasih kepada Tuan Hasbul 'Ariff, seorang usahawan muda, kerana sudi menulis dan berkongsi penulisan ini di The Vocket. Semoga nasihat ini menjadi pedoman di hati anda yang minat berbisnes.

Tip Bisnes Untuk Orang Muda Awal 20-an

hasbul-ariff
Tuan Hasbul 'Ariff
  1. Buang ego aku pelajar cemerlang, aku sudah bijak pandai sebab masuk U, bapak aku sudah kaya.

    Barulah diri kita bersedia menerima lebih banyak ilmu bisnes. Baca buku atau bergaul dengan senior bisnes.

  2. Cuti semester, tawarkan diri untuk bekerja dengan orang bisnes sama ada dibayar atau tidak. Sebaiknya, bekerja di syarikat trading.

  3. Belajar kenal pasaran. Turun padang buat aktiviti pemasaran dan jualan. Walaupun kita malu menjual, tujuan kita untuk belajar kenal pelanggan.

  4. Hadir event-event bisnes walaupun perlu naik bas turun KL.

  5. Jangan terpengaruh nak join mana-mana bisnes sebab ditunjukkan kereta mewah sederet.

  6. Mulakan bisnes dengan modal di bawah RM500. Jangan guna duit PTPTN.

  7. Habis belajar, jika rasa mahu bekerja dahulu, pilih syarikat kecil yang kita boleh belajar banyak perkara. Pilih syarikat yang mampu mengajar kita sebanyak mungkin ilmu bisnes.

  8. Jauhkan diri, pekakkan telinga daripada buaya-buaya yang menawarkan peluang keuntungan mudah. Labur duit, duduk diam dan dapat pulangan bulan-bulan. Walaupun mesej mereka nampak Islamik. Walaupun mereka mengaku adik menteri atau kerabat di-raja sekalipun.

  9. Jika dah bekerja, jangan gatal-gatal buat personal loan sebab nak join bisnes. Pegang tip no 6, modal bawah RM500. Jika rasa berduit sangat pun, jangan bermodal lebih RM2k.

  10. Jika boleh buat pilihan, pilih untuk tidak tinggal bersama ibu-bapa terutamanya LELAKI. Kita belajar untuk berdikari. Kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

  11. Nak jadi jutawan muda? Kahkah!

    Bro, jangan buat bisnes sebab ghairah nak kejar title dan nak nampak hebat di mata orang. Otak akan jadi kurang waras dalam membuat keputusan. Makin banyak rugi nanti.

    Tentukan segmen pelanggan, kenali mereka, tawarkan sesuatu sebagai tukaran nilai, jaga mereka, tambah nilai hidup mereka, jadikan hidup mereka lebih mudah, lebih senang, lebih cepat, lebih sihat dan pelbagai nilai lagi dengan produk kita.

    Eh, cukupkah? Belum…

  12. Belajar kembangkan syarikat, belajar bangunkan ahli pasukan, lantik orang betul untuk jaga kewangan syarikat dannn banyak lagi!

    Lama-lama jadilah jutawan!

Setakat ini je dulu. Lain kali saya sambung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tip nombor berapa anda paling suka? Taip di ruangan komen.

BACA: 10 Tip Survival Dan Ikat Perut Untuk Pelajar Universiti

BACA: Beginilah Gaya Rumah Teres Salah Seorang Billionaire Termuda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber