Hampir setahun terlibat dalam talent & skill development, bertemu pakar penasihat kerjaya, bengkel mengenali diri, menyelami dunia dan emosi orang yang diberhentikan kerja. Yang akhirnya saya memutuskan untuk berhenti kerja bagi memahami perasaan itu sendiri. I felt how desperate it is. But, we need to face the reality. Move on.

Lain-lain isu seperti gaji dan lambakan graduan, peluang pekerjaan yang semakin menipis ditambah dengan ekonomi yang kurang memberangsangkan – sedikit sebanyak memberi kesan. Poin di bawah saya harap boleh menjadi nilai tambah kepada persiapan untuk menghadapi persaingan yang semakin tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Spesifik Resume

Apa tujuan resume? Ini perkara penting yang perlu kita hadam. Tidak lain, resume menjadi alat (baca: marketing tool) untuk kita dipanggil temuduga. Bagaimana kita ‘beraksi’ semasa proses temuduga, itu cerita lain. Lantas pertamanya, bagaimana mahu ‘menjual’ resume agar ianya ‘dibeli’ oleh syarikat/majikan?

Kenal pasti ‘selling point’ untuk di’highlight’kan. Antaranya: First Class/High CGPA, high-impact research, pengalaman kerja, anugerah kecemerlangan kepimpinan, team leader for international activities, entrepreneur skill, dll.

Fikir, gali dan cari apa kemahiran (skills), nilai (value) dan kekuatan (strength) yang anda punyai. Apakah item-item itu padan dan cocok dengan jawatan yang dimohon. Atau bagaimana anda mahu menyakinkan majikan bahawasanya – saya lah orang layak untuk jawatan ini berdasarkan skills, value, dan strength yang saya miliki.

Be specific! ‘Generalization of resume’ tidak akan membantu. The employee will only hire you if you are really suit with that position, depends on your skills, value and your strength!

2 muka surat sudah memadai.
i. (Nama, No.Tel, Email, Alamat)
ii. Career summary / summary statement (lebih kurang macam abstrak; menjelaskan keseluruhan isi resume – siapa anda secara ringkas – overall experiences)
iii. Achievement / Work Experience
iv. Education & Language
v. Extra curricular activities

Saya sendiri lebih 100 kali edit resume untuk menjadikan ianya spesifik dan cocok (baca: suit) dengan jawatan yang dipohon. Keep improving your resume time by time!

2. Lazimi portal kerjaya atas talian

LinkedIn, Jobstreet, maukerja.my, jobstore.com, WOOB, mystarjob.com dll. Saya galakkan anda wujudkan sekurang-kurangnya profil di Jobstreet dan LinkedIn.

Bagi yang belum bekerja, anda juga sebenarnya sudah punyai kerja iaitu – mencari kerja. Jadi, pastikan setiap pagi – anda melakukan kerja anda dari 8am-5pm. Tetapkan target berapa resume sehari yang perlu keluar dan tetapkan jangka masa untuk ‘follow up’.

3. Temuduga

Sedikit tips temuduga yang saya boleh kongsi.

i. Masuk bilik temuduga, ‘greetings’ dan terus hulur salam. It will show your level of confidence. 30 saat pertama ini sangat penting – dan kadangkala menjadi faktor penentu samada anda akan diambil bekerja atau tidak. First impression!

ii. Di akhir sesi, kebiasaanya panel akan bertanya – ‘Do you have any questions?’ Tolong sediakan soalan anda. Nampak juga lah yang kita teruja dengan peluang ni. Teruja bukan terdesak yah!

  • What is the most challenged that your company faced before?
  • What kind of book that you suggest for me to read regarding to this position?
  • Kindly, can you comment on my interview session just now? So that I can applied it in my future undertaking.

Pandai-pandai lah goreng.

iii. Ini penting dan jarang orang buat. Habis temuduga, petang atau malamnya anda boleh tulis satu ‘thank you email’  kepada panel penemuduga. Be different guys! (Ada banyak contoh di Google.

iv. Seminggu atau dua minggu selepas temuduga – please do follow up email. Ini juga menjadi salah satu faktor kenapa anda yang dipilih berbanding calon lain.

Saya sendiri pernah prepare dan pitch power point resume presentation in order to show them – why they should hire me. Again, be different! Tapi saya tak dapat pun kerja tu. Haha.

4. Alert dengan karnival kerjaya

Ini juga penting sebab dah selangkah ke depan. Maknanya kita dah jumpa dengan recruiter secara bersemuka berbanding permohonan melalui emel.

Faktanya: Karnival ini memang sesak.
Masalahnya: Takkan kau nak berhimpit dalam kelemasan orang ramai.
Solusinya: Buat research awal. Senaraikan siap-siap target company dan jawatan. Hari kejadian, boleh datang terus ke target booth, repo-take email contact, drop resume, etc.

5. Minda separa sedar (unconscious mind) – Law of Attraction

Minda kita terdiri daripada minda sedar dan separa sedar.

Manakala, tubuh kita pula terdiri daripada jirim yang sentiasa mengeluarkan gelombangnya yang tersendiri. Dalam kitab lama Tauhid ada cerita, dalam pembuktian sains pun sama.

Jadi, pastikan minda separa sedar kita terus berfungsi untuk mencapai matlamat kita. Biar dia embedded dalam minda kita. Yang akhirnya, gelombang itu akan lebih kuat bergetar dengan jirim lain yang satu lagi. Seterusnya mengeluarkan aura positif.

Law of Attraction – tampal peringatan di dinding, meja, laptop. Suarakan matlamat anda ibu-bapa, berjumpa dengan orang yang mempunyai matlamat yang sama, membaca buku berkenaan matlamat yang anda ingin gapai, dll. Biar kuasa/aura itu terus mencari gelombang-gelombang yang ia ‘selesa’. Payah betul mau hurai benda ni.

Ini sekadar 5 poin yang mungkin kita boleh teliti. Banyak lagi. Tapi, mungkin lain waktu.

Terima kasih.
Irsyad.

Baca lagi: 10 Persediaan Asas Sewaktu Hadiri Temuduga Buat Bakal Graduan