Pertama kali travel solo flashpacking, birthday, skydiving trip di Langkawi!

Hi semua, di atas permintaan beberapa orang yang bertanya tentang skydiving di Langkawi, terimalah kisah perjalanan peribadi selama 5 hari 4 malam (7-11 Feb) di Langkawi yang best kebabom.

Mungkin tak memenuhi semua kriteria backpacker tegar tapi masih backpacking okay. Enjoy!

Itinerari dan bajet mengikut gambar di bawah.

bercuti-di-langkawi-1

KUL-LGK dengan MAS. Harga tiket RM 180 return. Tempoh penerbangan 55 minit jadi dapat juice dan kacang je. Kalau cukup sejam baru dapat full meal.

Tiada delay, luggage 30 kg, kaunter pergi balik tak sesak macam AA, Lion, Rayani. Langkawi ku jangka panas tapi Alhamdulillah berangin masa minggu ni.

Jarang dapat airport terbuka macam ni, pilot senyum je tengok semua orang berselfie bila turun, syok habis!

bercuti-di-langkawi-2

Turun je airport yang comel ni, sila grab buku ni. Sangat berinformasi. Percuma je di kaunter-kaunter kereta sewa. Cara saya cetak peta Langkawi yang ada gambar-gambar ni (because girls don’t read map you see).

Sekalikan dengan itinerari ringkas, perancangan dah 70% lengkap, selebihnya untuk rancangan tak dijangka, barulah rasa adventure-nya.

bercuti-di-langkawi-3

Trip muda belia ni nak duduk hotel exotic katanya. Dah tua nanti baru luxury sikit. Hambek – hotel pertama : The Cabin di Chenang Road.

RM20 bayaran teksi daripada airport ke Cenang Road. Betul-betul di tengah-tengah Cenang, dekat dengan Underwaterworld Langkawi (selekoh ke pantai Cenang) dan Chenang Mall. RM 160 semalam, saya tinggal 2 malam. Pendapat peribadi:

Yang bagus: Lokasi sangat strategik. Deco kat luar lawa. Air-cond sejuk. 2 single bed yang selesa, ada TV walaupun tiada Astro. Private bathroom sebab sharing is not caring seazalinya.

Yang tak bagus: Staff tak mesra, sangat tak noise-free sebab tepi jalan jadi kalau anda private person, sangat tak digalakkan duduk sini, sarapan tak disediakan, deco bahagian dalam bilik tidaklah gempak mana.

bercuti-di-langkawi-4

Selesai check in jam 8 malam, jalan-jalan di Cenang Road carik pasal! Tak perlu booking any tour awal-awal, sebab banyak pilihan di sini sampai rambang mata.

Backpackers banyak pilih pakej di depan AB Motel, RM50 untuk Mangrove Tour. Saya pilih mangrove tour daripada HBS Evergreen (board dia warna hijau) sebab saya lagi selesa jadi non-Malaysian bersama mat-mat dan minah-minah Saleh.

Layanan lebih mantap. Tour leader is Encik Shahrin Ayob daripada Four Season. Brader ni memang fasih macam-macam bahasa. Sangatlah menjaga alam sekitar, peramah dan kelakar. Ni contact number dia : 0124496609.

bercuti-di-langkawi-5

Van aiskrim ni betul-betul depan The Cabin setiap malam. Saya merayu anda untuk cuba, sedap ya rabbi. RM3 kalau biasa, RM5 kalau special kot. Perasa keladi cepat habis jadi beli tu cepat-cepat okey.

bercuti-di-langkawi-6

Hari 1. Bangun pagi tak payah mandi. Terus lari ke pantai, heaven la weiiiiiiiii. Walaupun pantai Cenang ni tak bersih, malam ada reggae club bagai yang menganggu ketenteraman menyebabkan banyak la botol-bootl bir sana sini, tapi still pantai weh. Pantai!

bercuti-di-langkawi-7

Sometimes you need to break in a beautiful place. All alone. To figure everything out.

Share sikit, trip ni buat saya sedar yang deria ideal saya ialah sentuhan. Ada orang deria ideal dia ialah melihat, so sightseeing dah memadai.

Ada orang deria dengar, pergi mana pun kalau tiada muzik, tak puas. Untuk orang yang deria idealnya sentuhan, semua hendak dirasa.

Bunyi desiran air pantai tak cukup, kene cecah kaki at least kat air laut, rasa angin kat muka dll. Reti? Haha!

Baca: 8 Resort Tepi Sawah Padi Di Langkawi, Kedah Buat Saya Jatuh Cinta

bercuti-di-langkawi-8

Always have a thing with water. Mangrove tour dengan speed boat yang power bak hang!

bercuti-di-langkawi-9

Destinasi pertama-ikan nemo. Nanti tour leader kasi roti, bleyla korang manja2 dengan ikan yang rare ni. Untuk yang takut ikan, duduk diam-diam. Sekian.

 

bercuti-di-langkawi-10

Eagle feeding. Siapa tak nampak, pendek umur. Heheh.

bercuti-di-langkawi-11

Monyet yang pandai berenang. Sebab depa makan ketam. Nak tangkap ketam kene pandai berenang. Survival of the fittest yo — Langkawi Mangrove Tours Kilim Karst Geoforest Park.

bercuti-di-langkawi-12b

Bat’s Cave. No noise and flashlight. Respek sama Keluang an. — at Bat Cave, Langkawi island.

bercuti-di-langkawi-12

Kebanyakan tour sediakan makanan tengah hari. Nasi goreng biasa je, kalau lebih bajet, boleh order tambahan. Makan mengadap view ni memang heaven. Seakan-akan Halong Bay. — at Kilim Geoforest Park, Langkawi.

bercuti-di-langkawi-13

Mangrove Tour berakhir di Tanjung Rhu. Pantai yang sangat terkenal dengan pasir putihnya yang halus.

Setengah bahagian Tanjung Rhu milik Four Season tempat SRK buat shooting tu. Untuk orang awam lagi separuh jadi tak banyak aktiviti sukan pantai dibuat disini.

Van akan hantar balik hotel. Masa ni CNY, pun tak jem. Jadi kalau non-peak season, lagilah aman jalan raya. — Tanjung Rhu, Langkawi.

bercuti-di-langkawi-13b

Balik-balik daripada Mangrove Tour, lebih kurang pukul 4 petang, mandi-mandi gerak ke Cabel Car. Ambik teksi je sebab rugi kalau ambik kereta sewa dah petang-petang ni sebab depa kira sehari jugak.

Alhamdulillah sempat dapat trip terakhir pukul 7 petang walaupun Skybridge tutup pukul 6:30 petang.

Sambil-sambil tunggu boleh lah makan gelato ni, memang mana-mana ada. Aiskrim cair di tangan, Langkawi mencairkan hatiku, gitu. —  Cabel Car , Langkawi Island.

bercuti-di-langkawi-14

The amazing cabel car. Cable car banyak dalam dunia tapi ni yang paling curam! Memang kepala Tun Mahathir boleh buat batu cincin! — at Cabel Car , Langkawi Island.

bercuti-di-langkawi-15

Ada macam-macam jenis Sky stuffs-Sky Dome, Sky Bridge, Sky Dinasour Park dll tapi untuk yang berjiwa kental, rasanya Cabel Car je la kot yang thrill. Yang lain lebih sesuai untuk yang datang bersama keluarga.

Digalakkan naik pukul 5-6 petang supaya dapat tengok sunset. Ada 2 platform kat atas, setiap junction kena beratur.

Overall 2 jam untuk setel semua. Pemandangan kat atas memang Subhanallah, mungkin udara paling ternyaman dalam hidup kot. Dan siapa yang pakai Celcom-4G coverage on top ok!

Digalakkan pergi berdua supaya cepat naik turunnya daripada tiada geng. Jika solo korang rembat la mana-mana solo traveller masa mangrove tour. Psal tu mangrove kene buat dulu sebelum naik ni, bijak tak? Hehe — Langkawi Cable Car.

bercuti-di-langkawi-16

Balik terus pergi cari seafood kat Jalan Cenang. Saya rekomen Pak Mat untuk kereta sewa. Cuba deal dengan Pak Mat sendiri atau ada sorang staff wanita dia.

Jangan deal dengan ada sorang staf lelaki yang muka macam ala-ala mamat nasyid. Terangkan 150 kali pun belum tentu dia faham. RM80 sehari untuk Viva (CNY – peak time).

Kereta Pak Mat semua parking dalam kawasan The Cabin. Harap ini membantu. — The Cabin Langkawi.

bercuti-di-langkawi-17

Satu Langkawi akan rekomen tempat ni untuk sewa kereta, motor atau kereta terutama kepada backpacker. My suggestion is NO. Viva dicas RM120 sehari masa CNY ok.

Lepas booking kereta, cari foot massage di Baron. RM30 untuk setengah jam, agak mahal tapi Langkawi kan. Bolehlah mengubat patah riuk untuk hari ni.

bercuti-di-langkawi-18

Hari ke 2. Check out the cabin untuk ke hotel exotic yang kedua, iaitu.

bercuti-di-langkawi-19

Tubotel! Paip kuning ni paip saya! Sea view. RM536 untuk 2 malam. Kalau ambil garden view murah sikit, masih boleh melepak di tempat yang sama.

bercuti-di-langkawi-21

Bahagian dalam. Memang teruja macam kanak-kanak Ribena sekejap masa check in.

bercuti-di-langkawi-22

View from my pipe! Kalau pantai ni bersih dan cuaca sejuk sikit, memang dah turun dah.

bercuti-di-langkawi-23

Yang bagus: Memang jatuh cinta ngan paip ni. Deco sini rasanya 200 kali lebih menarik daripada The Cabin and jangan tekejut kalau ramai yang tak tau kewujudan hotel ni.

Mungkin disebabkan pemiliknya Mat sSleh, maka privasi sangat diutamakan. Nobody is even allowed to pass by your cabin. Tak banyak orang maka kadar kebisingan tu rendah. Malam tidur memang pengsan terus. Sarapan gila sedap.

Yang tak bagus: Bilik air kena berkongsi! Dan yang lagi gila teruk, bilik bahagian seaview gila kotor dan banyak rosak.

Nak tak nak kena melangkah ke bilik air bahagian garden view  yang mana kena lalu segala kafe bagai kalau nak mandi. Nak solat, kena berdiri atas katil. Kalau lagi tinggi daripada saya, solat duduk jela kot. Tak muat paip tu dah.

Untuk Muslim agak tak sesuai. Kalau nak merasa semalam ok lah. Saya saja tinggal 2 malam kat situ sebab tak tahu keadaanya. Lagipun booking guna booking.com. Semuanya dah dibayar penuh.

bercuti-di-langkawi-24

Siap-siap nak mandi air terjun. Singgah makan di Laman Padi. Nasik bujang untuk 2, 4, 6 pax kalau tengah hari. Kalau sorang boleh minta kurangkan kuantiti dan harga.

Suka sebab ada macam-macam dalam dulang ni. Lepastu duduk kat pondok macam zaman dulu (dont worry – ada kipas). Review 4.5/5. Rasa 3/5. — Laman Padi, Pantai Cenang.

bercuti-di-langkawi-25

Telaga Habour kot. Dalam perjalanan ke air terjun. Betul-betul depan Petronas. Kalau singgah isi minyak bolehla bergambar. Tak ada apa sangat. Sekadar mengkagumi makhluk-makhluk yang ada bot. Free parking kot. Kalau aku kaya hari hari hari hari raya.

bercuti-di-langkawi-26

Airterjun Temurun dekat dengan Pantai Tengkorak. Kering! Tinggal diri ini dengan monyet. Telaga Tujuh pun dikatakan kontang.

Maka, I was left with only one choice sebab ketegak nak mandi air terjun gak. Rempitlah ke destinasi seterusnya. — Temurun Waterfall, Langkawi.

bercuti-di-langkawi-27

On the way. Anak KL jakun berhenti tengok pokok beras. —  Ayer Hangat Village.

bercuti-di-langkawi-28

Durian Perangin bebeh! Ahamdulillah ada gak air. Bolehlah. Rendam 3 jam. Best! — Durian Perangin Waterfall.

bercuti-di-langkawi-29

Balik ke Tubotel lalu airport. Guna Waze je. Berhenti kat Laksa Power tepi airport layan makan yong tau fu power dan laksa power sambil tengok sunset.

Memang kebulur lepas berendam, terbaik. What a beautiful simple life. — Laksa Power, Langkawi.

bercuti-di-langkawi-30

Patah riuk hari kedua. Carik full massage jumpa ni, satu baris dengan Cenang Mall. Traditional Malay Massage. Not recommended. Bagi saya tak best. RM80 kot sejam. — Nawa Sari Spa.

bercuti-di-langkawi-31

Hari ke 3. Scrumptious breakfast in Tubotel. Nampak biasa je tapi serius sedap. Cheese hotdog kot.

bercuti-di-langkawi-32

My 29th birthday. 10.2.2016. A gift to myself.

Siapa sangka budak kecil yang selalu mak dia tak kasi aktif sukan pasal asma, tak boleh kena panas selalu pasal migraine, selalu kene pulau ngan member pasal tak kuat lari masa zaman sekolah dll, boleh terjun daripada 10,000 kaki?

Kome semua yang lari maraton sampai peringkat dunia dah buat ni? Never say never peeps!

Boleh rujuk laman web skydivelangkawi.com untuk keterangan lanjut. RM 1615 untuk gambar dan video. Terjunana daripada 10,000 kaki, 30 seconds of free fall, may select instructor based on gender preference.

Sometimes your true self doesn’t come forth till you do crazy things like this.—  Skydive Langkawi.

bercuti-di-langkawi-33

Skydiving is the most popular extreme sport in SEA. Alhamdulillah, one item in bucket list checked!

Kalau korang dah buat ni tak pandang dah paragliding, parasailing bagai tu. Just pay and jump peeps. Sekali je seumur hidup, duit boleh carik sampai mati.

bercuti-di-langkawi-34

Second half of the day – shopping coklat and gamat. RM 150 kos hangus. Backpacking pun shopping, apa ada hal. Heheh. — at Kompleks Haji Ismail Group,Langkawi.

bercuti-di-langkawi-35

Sayang nak tinggal pantai-pantai Langkawi. Lepas gian terakhir sebelum fly balik. Viewing this all alone during sunset made you realize how ridiculously small you are as Allah’s creation and that alone may bring thousand of mixed feelings. And you will find yourself once again.Tanjung Rhu, Langkawi.

bercuti-di-langkawi-36

Patah riuk hari terakhir. Spa terbaik setakat ni. Hari terakhir baru jumpa! Huwaaaa. Nampak je buruk kat luar tapi dalam ala-ala Indon yang memang pujaan hati.

Memang highly recommended  lah. Dan depa sensitif pada kaum Hawa, yang lelaki tak boleh urut perempuan dan sebaliknya. Terbaik. — Langkawi Classic Spa Chenang Langkawi.

bercuti-di-langkawi-38

Makanan di Langkawi. Mungkin sebab travel solo jadi nak berbelanja untuk seafood set ke apa memang tak berbaloi rasanya.

Tambahan lagi dengan harga makanan kat Langkawi yang sama dengan KL dan sejujurnya memang tak buat research sangat pasal makanan sebab tujuan trip ni lebih pada nature sampai level meroyan.

Dalam Malaysia – comfort zone – janji halal – dah kira mantap. Makanan bergantung pada bajet. Boleh dapat dinner serendah RM 4.50 (nasik lemak ayam RM 3.50 dan teh tarik dekat lori depan Baron Spa RM1) ke Artisan Pizza yang harga RM 30 sekeping pizza.

Jumpa makanan sedap seperti travel itu sendiri, bergantung pada rezeki. Setakat ni yang boleh puji hanya Laksa Power, yang lain sekadar kenyang.

bercuti-di-langkawi-39

Org Kedah terutamanya yang lelaki boleh dikatakan agak baik-baik belaka. Tepati janji, tak suka buang masa, jujur tak harap balasan atau ambil kesempatan masa susah. Suka membantu, pendek kata boleh buat laki. Selamat mencuba. Heheh.

Kredit pada taxi driver Shahrul Affendy yang banyak membantu. Boleh hubungi beliau di 017-585 0678 (whatsapp sahaja) dan 011-33663375 (call sahaja) jika perlukan teksi. Jangan risau, family man so rasa selamat.

bercuti-di-langkawi-40

It’s amazing how when things don’t work out the way you planned, Allah makes them work out better. Alhamdulillah. The last time I felt so proud of myself and damn satisfied wan when SPM result was announced. That was in 2004.

Mungkin tak segembira pergi dengan kawan-kawan tapi puas tak terhingga. Dan kepuasan tahan lebih lama daripada kegembiraan korang.

bercuti-di-langkawi-41

This quote is for those who worked hard. Too hard. For someone else. Until you feel like you couldn’t go on anymore.

You need a break. And you need to use the confidence that you gained hardly. To love and satisfy yourself before every else. Because one day you may stumble upon a fact that-all you have is yourself.

I used to be like you, I predicted solo travel to be dangerous, expensive, boring, insane etc but upon trying, it is beyond remarkable.

And when you come home my dear, home may still be the same and yes, you may go back to the same old job, but something in your mind will have shifted.

And trust me, that changes everything. Solo travel is so addictive, don’t try should you don’t wanna get addicted!

‘isten to your heart, not the crowd

Baca lagi: 23 Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi Yang Mesti Anda Cuba

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →
Artikel di atas disumbangkan oleh Nor Afizah Thalhan. Boleh ikuti beliau di sini.