Memandangkan ini musim Interns mencari placement untuk latihan industri (Industrial training), maka saya nak share sedikit nasihat apabila meminta internship atau kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Konten Email

Jangan hantar email kosong. Ini maksudnya anda tidak menunjukkan sebarang effort. Jika email meminta placement pun tidak dikarang, adakah employer sanggup beri kerja kepada anda?

2. Compressed File

Jangan sekali-kali hantar compressed file (.rar atau .zip). Tiada orang yang ada masa untuk unzip dan baca file anda setiap satu. Lagi satu, *.rar ni perlukan software khas untuk uncompress. Winrar (Windows), or unRar (OSX). Anda hanya menyusahkan pembaca email daripada membaca kandungan.

3. Jenis Fail

Jangan hantar file dalam bentuk .doc/.docx/.jpg/. Hantar semua file anda dalam format PDF (.pdf)

4. Kenalpasti Penerima Email

Di dalam isi email, paling kurang nyatakanlah kepada siapa anda hantar email tersebut, contoh: Dear Katsana, or Dear TheLorry.com. (dapat tahu dari Nadhir Ashafiq bahawa pengarang email ini hantar email yang sama kepada KATSANA dan TheLorry).

5. Perkenalkan Diri

Nyatakan siapa diri anda dan apa tujuan anda meminta placement latihan industri. Apa yang anda harap boleh dipelajari dari latihan tersebut.

6. Tujuan Latihan Industri

Jangan sekali-kali kata tujuan latihan industri adalah kerana itu permintaaan subjek anda. Kami sudah tentu faham bahawa ini keperluan study, ada beribu interns lain yang juga apply, jadi kenapa kami harus pilih anda?

7. Belajar

Akhir sekali, pensyarah-pensyarah dan para pelajar sekalian, silalah rujuk kepada pakar iaitu Ameirul Azraie tentang adab-adab dan tatasusila meminta kerja. Ilmu ini sangat berguna di kemudian hari jika anda ingin maju dan mendapat kerja yang baik.