Pertama kali nak mendedahkan rumah sendiri. Maksud saya rumah sewa. Jangan sebab rumah sewa jadi alasan untuk tidak mahu rumah kelihatan cantik. Nak tunggu rumah sendiri memang lambat lagi.

Facebook Ben Firdaus Azraai
Facebook
Ben Firdaus Azraai

Tip bagaimana untuk menghiaskan rumah anda:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Jangan takut untuk ekplorasi.

2. Sentiasa rujuk rakan designer kalau boleh.

3. Tak semestinya anda perlu full blast beli semua baru, melainkan anda betul-betul dapat bonus raya dan kemudian gigih sakan anda shopping.

4. Beli bermula dengan kemampuan.

Facebook Ben Firdaus Azraai
Facebook
Ben Firdaus Azraai

Tak mampu beli set meja makan, boleh beli kerusi dulu. Dalam kes saya, saya beli kaki Ikea satu RM30 dan kemudian pergi ke hardware atau dapatkan memana pintu terpakai untuk dijadikan top (permukaan). Kalau meja itu tak rata, mungkin anda perlukan cermin untuk top meja.

5. Rak-rak lama yang anda rasa menyampah tengok dan hampir dicampakkan ke laut itu, apa kata cuba cat semula. Paling selamat cat hitam sebab dapat sorokkan segala keburukan yang ada.

6. Tak perlu beli lampu fancy mancy di kedai beribu ringgit. Saya beli lampu meja Ikea RM60 sebuah, kemudian saya jadikan ia lampu gantung. Mentol pula beli sahaja di hardware. Baru berapa ringgit kan.

7. Kerusi meja makan tidak semestinya sedondon. Nak beli sama macam mahal kan. Kalau campur pun rare gak. Baru hipster. Tapi kerusi saya ini sedondon sebab ini kerusi recycle event saya. Jadi tiada kos lah.

8. Nak lembutkan suasana rumah, fresh flowers memeang terbaiklah.

Facebook Ben Firdaus Azraai
Facebook
Ben Firdaus Azraai

Selain bunga plastik yang menyusahkan anda untuk cuci habuk itu, apa kata anda tebang atau cantas mana-mana ranting dan dedaun di depan rumah anda. Kemudian letakkan ia di dalam pasu berisi air. Bolehlah bertahan dalam seminggu. Benda hidup ini boleh buat rumah lebih segar.

Jadi, jangan takut nak cantikkan rumah walaupun itu sekadar rumah sewa. Takkan anda nak balik kerja atau kelas tengok rumah anda dalam keadaan “sedih” saja. Sekurang-kurangnya apabila rumah cantik, anda pun semangat nak balik dan memulakan hari esok dengan lebih bertenaga.

Anyway, ada banyak cara untuk anda mencantikkan rumah. Ini adalah antaranya. Lain orang lain kemampuan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ini rumah sewa saya. Kebanyakan barang recycle dan beli benda baru pun ikut kemampuan. Hampir 5 bulan juga lepas pindah baru boleh complete.

Facebook Ben Firdaus Azraai
Facebook
Ben Firdaus Azraai
Facebook Ben Firdaus Azraai
Facebook
Ben Firdaus Azraai