Salam Jumaat. Terima kasih yang wish birthday saya yang lepas. Saya baru baca. Yang tak wish pun its okay. Saya faham masing-masing sibuk.

Berita gembira pada birthday saya adalah saya berjaya tambah sebuah rumah pada hari birthday saya. Alhamdulillah. Diam-diam ubi berisi. Berkat ilmu kawan-kawan FB juga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya ingin kongsikan tip supaya hidup kita lebih bermakna di 2016 ini. Anda boleh pilih untuk terima atau tidak sebab masing-masing ada pendapat sendiri.

1. Posting Facebook.

FB Mr Beans

Jangan buang masa post benda-benda yang anda rasa tak perlu. Jenaka sesekali itu bagus. Risau menyakitkan hati orang lain or hati kita sendiri. Be happy be steady.

2. Jaga income, tambah income.

Dan Mungkin sesetengah orang asyik fikirkan bagaimana nak tambah income? Cuba betulkan mentaliti anda. Jaga cash flow. Jaga income sedia ada. Focus pada ini sahaja. Cut cost apa-apa yang tak patut. Atau stop minum Starbucks hari ini.

3. Melabur dalam pelaburan yang sahih.

fb saddam irrban 1

Pengalaman saya dalam hal ini sangat mendalam. Dah berpuluh ribu habis. Jangan buang masa emas anda untuk benda-benda yang anda tak akan kaya. Atau jangan buang masa untuk business yang tukang promote itu sendiri tiada Audi A5.

4. Masa buat keputusan.

Mudahkan segala kerja, urusan dan buat decision dalam tempoh singkat. Biasanya saya akan buat decision ketika mandi, driving or sebelum tidur. Esok tak payah fikirkannya semula. Jangan buang masa 3 hari untuk buat keputusan nak beli iPhone 6s Plus atau 6s.

5. Luaskan network.

fb saddam irrban

Your network is everything. 2014-2015 saya berkesempatan berkenalan dengan pelbagai rakan-rakan yang tidak lokek berkongsi ilmu. Saya faham mereka mungkin tidak akan bantu saya ketika saya susah (tiada duit).

Tapi mereka akan bantu saya ketika saya ada duit (dan kita gunakan kesempatan ini untuk tambah ILMU, pendapatan dan network kita). Selebihnya bergantung kepada kita bagaimana manfaatkan ilmu mereka.

6. Jangan persoalankan tindakan orang dan hormati keputusan orang lain.

Apabila si dia buat business itu ini, kerja sebagai itu ini. Hormati keputusan dan sokong. Kalau anda bantah sekalipun, tak akan membantu diri anda. Percayalah, dia sendiri mungkin dah fikir 3 bulan sebelum ambil keputusan.

7. Jangan ego dan rajin-rajin bertanya kawan.

fb saddam irrban 2

Apabila saya ingin tahu sesuatu perkara, belajar sesuatu perkara saya akan hantar private message atau call dan tanya terus. Contoh call Pilah tanya pasal sewa rumah dan lain-lain. Ego tak akan membawa ke mana-mana. Saya faham setiap orang ada ego sendiri. Saya sendiri masih memperbetulkan ego diri sendiri 2016 ini.

8. Jangan percaya semua apa yang anda lihat di FB.

Buat research, buat homework anda untuk setiap bahan bacaan anda. Kemudian, barulah ambil tindakan. Kita dah besar. Jangan cepat terpedaya dengan daya tipu Google Image.

9. Kerjaya dan anda.

Bagi yang bekerjaya, teruskan menyebar luaskan pengaruh anda di FB dan jadikan FB anda “bank” anda dan sistem database network anda.

10. Akhir sekali, ini Facebook, bukan Wechat moment. Manfaatkan FB anda.

I don’t believe in right decision, I make the decision right.

p/s : Gambar di bawah ini duit Din waktu dia nak beli apa tah. Kami just susun cantik-cantik dan claim business login FB dapat duit. Rupa-rupanya ramai tertipu.

Duit FB