Pernahkah anda secara tidak sengaja menjatuhkan iPhone atau smartphone anda ke dalam air? Perasaan cemas dan kecewa ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saat itu mahu bertanya pada rakan atau mohon pendapat di Facebook Group pun sudah tidak sempat lagi. Oleh itu, penting untuk anda tahu cara menyelamatkannya sebelum ia terjadi.

6 langkah mudah ini mampu menghidupkan semula iPhone anda yang kebasahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
    1. Matikan iPhone anda secepat mungkin selepas anda mengambilnya di dalam air. Matikan iPhone anda dengan menekan button kuasa selama 5 saat dan slide untuk mematikan iPhone bagi mengelakkan litar pintas pada iPhone anda.
    2. Keringkan iPhone anda dengan menggunakan tuala atau kain microfiber. Elakkan menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan iPhone anda. Pengering rambut akan menyebabkan bahagian dalaman iPhone menjadi terlalu panas.
    3. Isikan beras di dalam sebuah beg plastik atau sebaiknya di dalam zipper beg. Masukkan iPhone anda ke dalam zipper beg tersebut.
    4. Kurangkan ruangan udara sebanyak yang mungkin di dalam zipper beg tersebut. Kemudian, zipkan zipper beg anda dengan kemas.
    5. Biarkan Iphone anda selama 24 – 72 jam supaya iPhone dapat mengering dengan sepenuhnya.
    6. Cuba hidupkan iPhone anda, Jika masih tidak berkesan berikan iPhone anda sedikit masa lagi Pastikan iPhone itu telah direhatkan sekurang-kurangnya 24jam sebelum ia dihidupkan semula. Sebelum menghidupkan iPhone anda perlu menilai kondisi iPhone anda seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Kerosakan iPhone anda disebabkan air

Kesemua iPhone mengandungi Liquid Contact Indicator (LCI) dimana ia sudah diaktifkan didalam case iPhone anda untuk mengetahui adakah iPhone anda dimasuki air di bahagian circuit board atau tidak.

Selepas anda mengeluarkan iPhone daripada zipper beg pastikan anda melihat bahagian indicator iPhone anda. Jika bewarna putih atau silver bermakna iPhone masih di dalam keadaan baik dan selamat untuk dihidupkan manakala jika iPhone anda menunjukkan indicator berwarna merah bermakna iPhone anda harus dihantar untuk dibaik pulih.

Untuk memastikan dimana terletaknya indicator model iPhone anda, Sila lihat rajah di bawah.

Kini anda sudah mengetahui dengan lengkap bagaimana untuk menyelamatkan iPhone anda. Mudah bukan?

Kongsikan tips ini bagi menyelamatkan iPhone famili dan rakan anda yang mungkin akan rosak dimasuki air jika tersilap langkah.

Sumber: CopyTrans

LIKE Facebook The Vocket disini