Apabila kita menghantar kereta ke pusat servis, salah satu tujuan utama ialah untuk memastikan kenderaan diservis dengan baik secara berjadual serta jaminan pengilang terpelihara. Namun kadangkala sakit hati apabila beberapa non-critical item ditambah. Benda ini biasa terjadi pada kawan kawan saya yang non-technical.

Ada beberapa tip yang saya amalkan selain membelasah nasi lemak beserta kopi di pusat servis untuk berjimat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Sentiasa servis tepat pada masanya

tips jimat servis kereta

Sama ada ikut kilometer, bulan atau mana-mana yang terdahulu. Sekiranya servis berkala pada setiap 10,000km maka jangan lambatkan servis. Jika servis melebihi masa yang ditetapkan, lama kelamaan kemungkinan akan wujud secondary defect yang akan berlaku seperti kehausan enjin dan carbon build up.

2. Ketahui bila masanya rawatan engine flush diperlukan

maxresdefault

Apabila servis di awal waktu atau mengikut jadual yang ditetapkan, maka anda sebenarnya tidak memerlukan engine flush treatment. Biasanya produk ini ditawarkan kepada pelanggan yang selalu servis melebihi kilometer yang ditetapkan.

Produk ini digunakan untuk membuang deposit karbon yang terbentuk apabila penukaran minyak enjin yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Saya akan tolak engine flush treatment sekiranya kereta saya mengikut jadual yang ditetapkan.

3. Tukar battery terminal protector  sekiranya perlu

NCP2-Battery-terminal-protectors

Battery terminal protector biasanya perlu ditukar setiap kali penukaran bateri baru dibuat dan bukannya pada setiap kali servis. Walaupun kos dalam rm 4, kalau sepuluh kali servis boleh jadi rm 40. Kalau bateri baru, saya akan cadangkan untuk pasang.

4. Cuci air filter sendiri untuk lebih jimat

img1674917900-1460386537038

Cabin air filter boleh dicuci sendiri sekiranya rajin. Anggaran kos yang dapat dijimatkan antara rm 31- rm90 bergantung pada jenama kereta. Tapi kalau dah hitam seperti penapis asap diesel, saya sarankan untuk tukar. Tonton video dibawah untuk melihat cara untuk membersih air filter dengan mudah.

5. Elakkan mendapatkan pencuci cermin kereta

maxresdefault (1)

Pencuci cermin kereta antara barang aksesori yang saya akan tolak sekiranya ditawarkan di pusat servis. Saya lebih selesa untuk bersih sendiri di rumah. Biasanya saya gunakan gel pencuci pinggan jenama Joy, bukan Joy nama orang mahupun coklat. Penggunaan bahan berkos rendah ini sekaligus dapat menjimatkan jumlah kos anda menghantar servis kenderaan.

6. Gunakan injector cleaner sekiranya perlu

IMAG1534

Injector cleaner saya akan letak sekiranya saya rasa prestasi enjin seperti kadar pecutan kurang memuaskan, enjin terasa kasar, penggunaan petrol yang tinggi dan kurang power.

Fungsi pencuci ini ialah untuk cuci injector, combustion chamber, valve dan spark plug. Kalau masih dalam keadaan baik, saya tidak akan buat. Kos jimat dalam RM30-50 bergantung pada jenama kenderaan.

7. Elakkan membeli tayar di pusat servis

Changing tires

Tayar yang dijual di pusat servis bagi saya adalah mahal 30-40% berbabding di luar. Kalau dah nak sampai hujung masa penggunaan sesebuah tayar, barulah tayar tersebut dijual dengan lebih rendah. Biasanya saya akan beli tayar terus di kedai tayar.

8. Kumpul baki lebihan minyak enjin

Motor-oil-for-car-engine

Katakan minyak enjin satu botol 4 liter. Selalunya sebuah kenderaan hanya menggunakan 3.5 liter. Baki 0.5 liter boleh disimpan dan digunakan apabila baki sudah mencukupi. Apabila baki sudah mencukupi, saya akan gunakan kembali baki minyak enjin untuk servis seterusnya.

9. Elakkan menggunakan spark plug premium

ngk-spark-plugs

Sekiranya enjin anda berfungsi dengan baik menggunakan spark plug biasa dan ditukar setiap 20-30k kilometer, saya berpendapat tidak perlu menukar ke spark plug premium melainkan anda bercadang untuk masuk ke litar perlumbaan.

Spark plug premium ini bagi saya mahal, dan kelebihan yang ditawarkan adalah sangat minima. Feel good effect sahaja. Kalau spark plug ini sangat bagus, kenapa tidak dipasang awal awal lagi sewaktu dalam kilang?

10. Elakkan menggunakan perangkap magnet

71gO6DYV3zL._SL1500_

Perangkap magnet untuk penapis minyak enjin adalah magnet yang dipasang pada penapis minyak enjin bertujuan untuk memerangkap habuk besi. Pengalaman saya dengan kereta Hyundai dulu, memang ada magnet ini dipasang tapi di dalam takung minyak gearbox.

Persoalan saya ialah adakah pengeluar tidak yakin dengan keupayaan penapis minyak enjin buatan sendiri sehingga terpaksa menggunakan bantuan magnet? Saya masih menggunakan kereta dengan jarak perbatuan melibihi 200,000 km tanpa memasang magnet ini. Masih lagi berjalan dengan baik sehingga hari ini. Terpulang kepada pemilik kenderaan untuk membuat penilaian.