Matta Fair dah dekat. Di sini saya nak kongsikan beberapa mitos dan tips sebelum anda membuat keputusan membeli pakej-pakej yang ditawarkan sewaktu di sana nanti:

1. Mitos: Travel dalam bulan December mahal. Flight mahal. Jadi harga pun tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tip: Kenal pasti lokasi yang mahal. Sila ambil perhatian bulan Disember merupakan musim sejuk di beberapa negara, cuti sekolah di Malaysia, cuti akhir tahun bagi yang habiskan baki cuti, dan cuti Kristmas.

Jai logiknya Mat Salleh ni akan keluar dari negara dia orang untuk cari tempat yang lebih panas, atau nak rayakan Kristmas.

Tak lupa juga rakyat Malaysia dan Singapura yang nak habiskan cuti hujung tahun.

Jadi lokasi-lokasi seperti dalam Malaysia, Indonesia, negara Oceanean (sebab dia orang tengah musim panas) dan di sesetengah tempat di Asia akan jadi mahal. Timur Tengah juga mahal masa ni sebab suhu ideal di sana ialah 17 darjah.

Nota: Travel lah ke negara yang boleh dapat harga berpatutan dan murah. Contoh negara Eropah, mungkin juga Korea.

2. Mitos: Hotel di Dubai sangat mahal.

Tip: Tak semua hotel kat sana mahal. Masa promo harga sangat rendah. RM150 untuk apartment satu bilik yang sangat besar.

Nota: Anda boleh gunakan search agents seperti Trivago, Kayak dll.

matta-fair-5
Bilik di Dubai yang saya dapat pada harga RM150 semalam.

3. Mitos: Travel ke London RM3000++ All in exclude tax for 7 days (Hotel 4 star) for twin sharing.

Katanya. Lepas masuk tax, jadi RM 5000 alasan airport tax London adalah paling mahal.

Tip: Jangan terpedaya. Dengan jumlah yang banyak tu korang boleh buat ke 4 bandar dan boleh upgrade ke hotel 5 bintang. Aku penah buat pada tahun 2014 dengan jumlah keseluruhan RM6600 untuk 10 hari.

Nota: Beli tiket flight asing. Cari harga tiket paling murah. Qatar dan Emirates boleh dapat RM2500 untuk lebih rendah untuk ke London. Kalau tak jumpa jugak, naik Vietnam Airlines. Tahun lepas serendah RM1600.

Baca: 15 Tip Cara Berjimat Semasa Travel Di Luar Negara

4. Mitos: All package included 4 star hotel. And it’s amazing!

Tip: Hakikatnya hotel 4 bintang di UK dan EU adalah sama kelas dengan hotel 2 bintang di Malaysia.

Jadi jangan terpedaya dengan ranking bintang kat sana terutama hotel-hotel kecil tempatan.

Nota: Kalau nak murah sikit untuk hotel tapi dapat keselesaan yang sama boleh ambik hostel yang ada private room. Lagi murah and jimat. Tapi ini bukan semua hotel ye. Kena bijak memilih.

5. Mitos: Pakej ke Indonesia, Thailand dan Singapura lebih daripada RM400 untuk 3H 2M. Tak termasuk flight.

Tip: Kalau setakat Indonesia RM250 untuk twin sharing dah cukup memadai untuk ground. Tu makanan dah mewah!

Nota: Boleh beli tiket flight (cari yang murah), book hotel sendiri, dan cari supir. Kalau pegi ramai, kos supir bole share.

matta-fair-3

6. Mitos: Pakej Free and Easy dengan hanya RM xxx.

Tip: Free and easy tak perlu pakej! Buat apa bayar caj ejen kalau boleh buat sendiri?

Nota: Kalau negara moden naik je metro. Kalau negara ketiga naik la airport taxi (elakkan ulat taksi ye).

7. Mitos: Jualan pakej ke negara maju.

Tip: Negara maju tak perlu pakej. Semuanya mudah di akses denganmetro atau bas atau duck tour.

Nota: Research dulu sebelum travel.

Moga memberi manfaat.

Baca lagi: 7 Destinasi Top Asean Yang Paling Dikunjungi Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun 2015