Kali ini aku akan bercerita tentang Okinawa, Jepun. Aku sempat melawat kepulauan Okinawa pada bulan Mei yang lepas selama 8 hari.

Pengenalan ringkas Okinawa

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Okinawa merupakan salah satu negeri di dalam negara Jepun yang terpisah dari tanah besar Jepun. Untuk ke sini terpaksa menaiki kapal terbang.

Bagi aku Okinawa sangat-sangat unik berbanding mana-mana negeri lain di Jepun, baik dari segi sejarah, budaya dan juga keadaan sekeliling.

Tahukah anda di Okinawa hanya ada dua iklim sahaja iaitu panas dan hujan sama seperti Malaysia dan juga negara Asia Tenggara yang lain. Kepulauan Okinawa yang terletak di atas sedikit garisan Khatulistiwa menyebabkan ianya tidak termasuk dalam 4 musim seperti negeri Jepun yang lain.

Itu yang menyebabkan ianya unik. Penduduk Jepun di Okinawa sangat-sangat berbeza dengan penduduk tanah besar Jepun dari segi kulit yang agak gelap sedikit seperti mana orang Asia Tenggara.

Disebabkan oleh iklim Okinawa yang hanya dua musim sahaja, jadi terdapat banyak buah-buahan yang dihasilkan dari kepulauan Okinawa ini seperti nenas, pisang, tebu, kelapa dan sebagainya. Ini turut menjadi punca pendapatan utama bagi penduduk Okinawa selain daripada hasil laut.

Ibu negeri Okinawa adalah Naha dan hanya di Naha terdapat rangkaian keretapi. Jadi pengangkutan awam di kepulauan Okinawa tidaklah sebagus di tempat lain di Jepun. Di sini ada bas awam dan teksi.

1/4 daripada kepulauan Okinawa terdiri daripada ladang sayur-sayuran dan buah-buahan beriklim Khatulistiwa. Keledek ungu sangat-sangat terkenal di Okinawa sehingga dijadikan salah satu panduan dan simbol bagi segala makanan di sini daripada aiskrim hinggalah kelepek.

Di seluruh pulau Okinawa, hanya ada satu masjid sahaja. Lokasinya  terletak agak jauh dari bandar Naha dan di kawasan agak terpencil.

1/3 daripada kepulauan Okinawa merupakan hakmilik tentera Amerika yang berpengkalan di sini. Jadi gaijing (orang asing/putih) tidak begitu pelik bagi penduduk Okinawa. Tentera Amerika yang berpengkalan di sini juga ramai yang membawa ahli keluarga untuk bermaustatin sehingga wujud satu bandar bernama “American Village”.

itinerari-okinawa-1

itinerari-okinawa-2

itinerari-okinawa-3

itinerari-okinawa-4

itinerari-okinawa-5

itinerari-okinawa-6

itinerari-okinawa-7

itinerari-okinawa-8

itinerari-okinawa-9

itinerari-okinawa-10

itinerari-okinawa-11

itinerari-okinawa-12

itinerari-okinawa-13

itinerari-okinawa-14

Itinerari Okinawa

Seperti yang sedia maklum, Okinawa merupakan sebuah kepulauan yang terpisah dengan tanah besar Jepun. Dan hanya di bandar Naha yang mempunyai pengangkutan awam seperti monorail.

Untuk meneroka Okinawa dengan lebih mendalam, aku sarankan untuk menyewa kereta di sana. Di sini aku akan kongsikan itinerar ringkas selama 5 hari 4 malam di Okinawa.

Hari 1: City Tour
Tiba di Airport Naha
Bergerak ke penginapan dari Airport Naha.
Melawat sekitar bandar Naha (Kokusai Dori dan Makashi Market)

Hari 2: Southern Okinawa Tour
Okinawa World (theme park)
Gyokusendo Cave Walk
Eisa Drum Show (festival perarakan)
Okinawa Peace Memorial Park (museum)
Suicide Cliff
Ryukyu Glass Factory
American Village

Hari  3: Northern Okinawa Tour
Manzamo Cliff (elephant cliff)
Chura-Umi Aquarium
Orchid Garden
Nakijin Castle

Hari 4: Island Tour
Zamani Island/Tokashiki island/Aka Island(either one)
Dinner Show at Naha City

Hari 5: Shopping Tour
Ashibina Outlet Factory
Shuri Castle

Tips

1. Untuk menempah penginapan di sektikar bandar Naha, sila pastikan ianya berdekatan dengan Kokusai-Dori.

2. Untuk mengurangkan kos ke Okinawa, boleh ambil penerbangan dari Bangkok – Okinawa. Aku dapat harga RM300-RM400. Dan bagi yang dari kepulauan tanah besar Jepun, sila check dengan penerbangan murah Peach, Vanilla Air dan Jetstar. Harga promo boleh dapat RM200 Tokyo – Okinawa.

3. Digalakkan untuk sewa kereta di Okinawa. Dan kebanyakan syarikat memerlukan credit card. Bagi backpackers solo atau berdua boleh cuba pengalaman sewa motosikal.

4. Makanan halal susah didapati di Okinawa.

5. Bagi pengangkutan di bandar Naha, saya sarankan untuk menggunakan daily pass. Daily pass bagi monorail sahaja berharga 700Â¥ manakala monorail dan bas berharga 1000Â¥.

6. Masjid hanya ada satu sahaja di dalam seluruh Okinaw dan agak jauh dari bandar Naha.

7. Hanya ada dua musim sahaja di Okinawa iaitu hujan dan panas.

8. Masa terbaik untuk pergi ke Okinawa adalah pada April kerana ada Dragon Boat Festival iaitu acara tahunan bagi Okinawan (penduduk okinawa) yang sangat besar hingga terkenal di peringkat antarabangsa.

Susunan itinerari ini boleh diubah mengikut keperluan masing-masing. Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat yang aku kongsikan, sila buat rujukan dengan internet supaya percutian korang sempurna.

itinerari-okinawa-15

itinerari-okinawa-16

itinerari-okinawa-17

itinerari-okinawa-18

itinerari-okinawa-19

itinerari-okinawa-20

itinerari-okinawa-21

itinerari-okinawa-22

itinerari-okinawa-23

itinerari-okinawa-24

itinerari-okinawa-25

itinerari-okinawa-26

itinerari-okinawa-27

itinerari-okinawa-28

Kisah dan kesan sejarah lampau Okinawa

Kisah ini adalah mengikut perbualan aku dengan seorang rakyat Singapura, penduduk Okinawa dan juga pelajar Malaysia yang belajar di Jepun dan juga sedikit-sebanyak hasil research aku di internet dan buku.

Mungkin ada kebenaran atau mungkin tidak. Jadi, aku hanya ceritakan apa yang aku tahu sahaja. Tentang kisah selebihnya pasal keris di okinawa, sejarah asal melayu di okinawa dan sebagainya aku tidak dapat kupas lebih lanjut kerana aku tidak tahu.

Kisahnya bermula pada 1 April 1945 apabila tentera US menyerang Jepun secara besar-besaran dan operasi ini dinamakan Operation Iceberg melibatkan tentera dan Marine US terhadap maharaja Jepun pada waktu ketika itu.

Ini merupakan salah satu perang yang penting dalam sejarah iaitu perang dunia ke-2. Selepas beberapa hari berlangsung peperangan dan berpindah pulau, tentera US menggunakan Okinawa sebagai pusat ketenteraan bagi menyusun strategi untuk menawan tanah besar Jepun. (Info dari wikipedia).

Sewaktu peperangan berlangsung, Jepun cuba menawan balik Pulau Okinawa dengan menyerang pusat tentera US di sana dan yang turut terkesan akibat daripada ini adalah penduduk Okinawa.

Mengikut pada penceritaan atuk yang aku jumpa di Okinawa, penduduk Okinawa pada waktu itu dibunuh oleh kedua-dua pihak iaitu pihak US dan juga Jepun sendiri. (Mungkin akibat dari perbezaan kulit dan juga ketidakpercayaan oleh kedua-dua pihak).

Selepas Hiroshima dibom oleh US, Jepun mengaku kalah dan bukannya ditawan. Mengikut perundangan Amerika waktu itu, mengaku kalah dan berjaya tawan adalah dua perkara berbeza.

Akibat Jepun mengaku kalah, Jepun tidak dibenarkan mewujudkan pasukan ketenteraan sendiri sehingga kini. Hanya Japan Defense Force sahaja yang dibenarkan mengikut perundangan mengaku kalah pada waktu itu.

Kerana itulah Jepun tidak mempunyai tentera sehingga kini. Dan JDF hanya boleh bertindak apabila diserang oleh negara luar, tidak dibenarkan menyerang.

Dan akibat dari mengaku kalah itu juga, Jepun membuat perjanjian dengan US dan antara isi kandungan perjanjian itu adalah membenarkan pengkalan tentera US di Okinawa dan belanja pengurusan pengkalan US itu harus ditanggung sepenuhnya oleh Jepun sehingga kini. (Aku lupa perjanjian itu sehingga berapa tahun tapi sehingga kini kerajaan Jepun masih menanggung segala perbelanjaan pengakalan US di Okinawa).

Hampir 1/3 tanah di Okinawa adalah pengkalan US dan diharamkan sama sekali bagi penduduk tempatan dan juga orang luar untuk masuk ke dalam bagi meninjau. Drone juga diharamkan di kebanyakan tempat berdekatan dengan pengkalan US.

Jika berjalan-jalan di Okinawa, separuh penduduk di sana adalah ‘orang putih’ mungkin tentera US yang berkhidmat di sana atau ahli keluarga tentera sehingga wujudnya ‘American Village’ di sana. Ini menyebabkan penduduk Okinawa tidak selesa dengan kehadiran mereka di sana.

Pada 1996, berlaku satu insiden di mana tiga orang tentera US menculik dan merogol kanak-kanak tempatan Jepun berumur 12 tahu. Ini menyebabkan kemarahan seluruh penduduk Okinawa dan apabila dibicarakan di mahkamah, mereka didapati tidak bersalah dan dibebaskan tanpa sebarang jaminan.

Penduduk tanah besar Jepun langsung tidak ambil tahu tentang perkara ini, membuatkan penduduk Okinawa merasakan mereka tersisih dari Jepun, menyebabkan kebencian ditanam dalam diri terhadap penduduk tanah besar.

Selepas beberapa mogok dan demostrasi dilakukan, kerajaan Jepun dan juga US bersetuju untuk memindahkan pengkalan ke Futanba di tanah besar. Ini menyaksikan tentangan daripada penduduk tanah besar pula menyatakan pengkalan tentera US harus berada sahaja di Okinawa.

Pada April 2012 iaitu 5 tahun yang lalu, satu perhimpuanan besar diadakan bagi mengusir pengkalan Jepun keluar dari Jepun. Namun masih tidak membuahkan hasil sehingga kini kerana Jepun masih dibawah jagaan US.

Kerana insiden itulah penduduk Okinawa dan Jepun saling berdendam antara satu sama lain dan ianya terkesan sehingga kini. Namun dari pemerhatian aku, penduduk tua Okinawa jauh lebih peramah berbanding dengan generasi tua di tanah besar.

Cuba kita duduk dalam keadaan mereka macam mana perasaan ditindas oleh kerajaan sendiri?

Ada sesiapa yang ingin berkongsi kisah Okinawa dengan lebih lanjut dengan aku? Ya! Aku sangat tertarik dengan kisah ini sebab aku dengar dari penceritaan orangnya sendiri. Terkesan beb. 2 jam aku mendengar cerita dari atuk Jepun tu.

Nota: Kisah ini bukan dari khayalan atau reka cerita.

itinerari-okinawa-29

itinerari-okinawa-30

itinerari-okinawa-31

itinerari-okinawa-32

itinerari-okinawa-33

itinerari-okinawa-34

Hijrah Rezeki di Okinawa

“Aku… Takkan melupakan mu. Takkan meninggalkan mu.” Kedengaran lagu Radja sewaktu aku berjalan di muara pantai bagi menuju ke tempat pertandingan Dragon Boat Race di Okinawa membuatkan aku hairan seketika.

Aku tercari-cari dari mana datangnya lagu Radja di tanah Jepun ini. Takkan lah orang Jepun dengar lagu Indonesia. Dan pencarian aku membuahkan hasil. Aku nampak sekumpulan yang kelihatan seakan bangsa Melayu berada di celah kontena sedang mengait pukat jaring.

“Assalamualaikum.” Aku cuba memulakan perbualan dengan mereka di mana mereka langsung tidak menyedari kehadiran aku.

“Waalaikumussalam.” Dijawab dengan penuh hemah dan sedikit muka kehairana, mungkin dengan kehadiran aku di tempat mereka itu.

“Tumpang tanya. Saya mencari kedai makan halal di kawasan sekitar ini.”

“Oh. Di sini tiada kedai makanan halal pak. Tapi kami sekarang tengah masak nasi, jom la makan sesame.” Aku dipelawa untuk makan tengahari bersama-mereka.

Orang pelawa mana aku boleh tolak. Rezeki kan. Dari situ kami berborak panjang dari asal usul aku dan tujuan aku datang ke sana.

Mereka yang aku temui adalah orang Indonesia yang bekerja sebagai nelayan di negara Jepun. Waktu aku bertemu mereka adalah hari cuti selepas 30 hari berada di lautan. Jadi, tugasan waktu cuti hanyalah membaiki kapal, mengait atau membaik pulih pukat-pukat dan sebagainya.

Gorjo (salah seorang dari mereka yang paling dewasa) memperkenalkan aku dengan semua kawan-kawannya di situ. Dan mereka sedikit teruja dapat bertemu aku walaupun bukan sama negara tapi satu agama.

Ada juga diantara mereka yang bukan muslim. Yang paling muda berumur17 tahun dan sudah hampir 2 bulan menetap di Okinawa bagi mencari rezeki.

“Kami harus kerja keras pak. Ekonomi kami bukan sama seperti Malaysia. Waktu dahulu aku sudah kerja di Malaysia hampir 6 tahun. Sekarang sedikit ketat untuk masuk kerja di sana.

Alhamdulillah dapat rezeki lebih meneruskan kerja di negara Japan walaupun sebagai nelayan. Aku ngak peduli apa kerja sekalipon asalkan dapat menyuap anak bini ku, aku sudah cukup.”

Zaapp!! Kata-kata yang menusuk kalbu hati dan jantungku mendengar.

“Lihatlah anak kecil 17 tahun ini disisihkan sekolah kerana tak ada wang. Dan datang ke sini pun dengan ejen, dan masih berhutang dengan ejen. Untuk melunaskan hutang ejen, segala wang gaji kami selama 4 bulan harus diberi kepada ejen.”

Aku kembali teringat dengan orang Melayu yang bekerja di Australia, ditipu ejen dengan janji manis.

“Iyaa pak. Aku pun syukur tuhan ketemukan sama kalian semua, memberi rezeki hari ini.” Balas aku sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

“Kami orang susah. Bukan semua berpeluang seperti kamu untuk meninggalkan keluarga dan mencari rezeki tempat orang.”

Kata-kata yang agak terkesan kepada hati aku membuatkan aku terfikir, aku mampu untuk berjalan ke sana-ke sini sudah cukup alhamdulillah walaupun ada di beberapa tempat aku bekerja seperti mereka jua.

“Saya faham perasaan bapak-bapak semua. Saya pernah alaminya. Tapi waktu dulu saya bekerja untuk berjalan melihat bumi Tuhan.”

Aku diajak untuk tidur dalam kontena mereka pada hari itu tapi aku menolak secara baik.

“Kata-kata bapak sekalian membuatkan saya semakin kuat, semakin tabah. Saya belum nikah, jadi saya ngak tahu gimana nanti mencari rezeki untuk keluarga. Terima kasih bapak-bapak beri saya makan hari ini. Semoga allah murahkan rezeki kalian.”

Dalam rezeki kita, ada rezki orang lain. Kata-kata itu lah apa yang terjadi pada aku waktu tersebut. Dalam rezeki mereka, terselit rezeki aku.

Okinawa, kisahmu telah habis aku coretkan. Semoga kita bertemu lagi di lain waktu.
Sayonara.

itinerari-okinawa-35

itinerari-okinawa-36

itinerari-okinawa-37

itinerari-okinawa-38

itinerari-okinawa-39

itinerari-okinawa-40

itinerari-okinawa-41

itinerari-okinawa-42

itinerari-okinawa-43