Nota Editor: Perkongsian berikut adalah daripada Fauzli Razak khas untuk siaran di Vocket. Semoga ia dapat dijadikan rujukan untuk anda yang bakal travel solo buat pertama kali.

permandangan di Pulau Ulleung, Korea Selatan 2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemandangan di Pulau Ulleung, Korea Selatan

Assalamualaikum. Saya nak berkongsikan tips sepanjang saya mengembara. Saya Patli, saya dah mengembara secara solo ke sekitar Asia, Eropah dan Afrika sejak 4 tahun lepas bermula 2012 sampai sekarang.

InshaAllah selepas ini ke benua seterusnya. Saya share beberapa tips untuk mereka yang baru nak belajar apa itu mengembara, semoga berguna.

Tip Asas Mengembara

Mengembara tak perlukan duit yang banyak. Elakkan naik teksi, jadi seperti penduduk tempatan. Naik je bas, berjalan kaki. Kalau rasa nak jauh sikit, sewa motor je, lebih murah daripada ambil teksi atau tuk-tuk.

1. Makan

Mengembara tak perlu makan di hotel 5 bintang. Cukup sekadar makan untuk ada tenaga. Halal atau tidak? Pertama pergi ke masjid, tanya penduduk tempatan apa yang boleh makan dan tidak.

Kalau habis tak dapat jumpa masjid, makan je sayur. Sekurang-kurangnya makan kan. Pilihan lain juga ada seperti seafood. Seafood pun kena scan habis tau, kadang-kadang dicampur arak dan sebagainya.

2. Penginapan macam mana ye nak booking?

Booking sahaja untuk 2, 3 hari walaupun pergi sebulan. Sesetengah negara nak tahu kita tinggal di mana. Kita pun tak tahu kita akan stay di situ berapa lama, plan last minutes selalu bertukar kerana jumpa tempat-tempat lain yang nak pergi, yang tidak ada di dalam Google. Setakat ni tak pernah kantoi lagi la pergi lama-lama tapi letak penginapan yang 2,3 hari book tu tapi saya letak stay sebulan. haha

3. Solat macam mana? Wuduk macam mana?

Buka buku tentang solat, tak pun Google. Banyak diajar cara solat dalam kenderaan, darurat dan sebagainya. Panjang plak nak berceramah nanti. Hehe.

Arah Kiblat? Pakai apps, kompas. Macam saya, saya hafal kedudukan negara dan kedudukan tempat yang saya pergi dalam peta dunia, jadi saya tengok arah matahari.

Ketika di Interlaken, Switzerland

Ketika di Interlaken, Switzerland

Ketika di Maldives

Ketika di Maldives

4. Macam mana nak dapat tiket flight murah

Yang ini saya tak ada tips. Haha. Saya letak notification banyak-banyak yang dia akan send di emel. Saya selalu guna skyscanner.com.

Bila saya dapat harga yang bagi saya logik, saya terus book. Saya tak gunakan kad kredit. Bila yang saya tak dapat gunakan kad debit, saya booking kat website dan saya pergi pejabat airlines tu bayar cash untuk dapat harga promosi seperti di website.

Airasia tak dapat buat macam ni tapi sesetengah Airlines lain boleh booking dulu dan bayar cash di HQ atau kaunter. Memang remeh, tapi hendak seribu daya kan.

5. Macam mana nak tahu tempat tu selamat?

Selalunya saya akan Google dulu dan ada banyak perkara yang kita boleh buat di Malaysia tapi tak boleh buat di negara orang. Negara orang banyak undang-undang pelik. Pelik bagi kita tetapi tidak bagi mereka.

6. Pakaian?

Pakai habis selekeh yang ada. Kalau di negara kurang membangun. Jangan buat hal pakai seperti di Jepun. Banyak mata yang memerhati yang ingat kita banyak duit. Padahal ada RM2 je.

7. Kecemasan?

Ambil tahu di mana kedudukan Kedutaan Malaysia di negara tersebut untuk apa-apa kecemasan. Kalau tiada, mesti ada Kedutaan Indonesia, Thailand ke, mereka mesti tolong punya. Jangan risau.

8. Macam mana nak tangkap gambar kalau seorang?

Ini senang je, bawak bodyguard. Siapa bodyguard, Encik Tripod. Set time seminit, lari dan bergaya segayanya.

Banyakkan bergaul dengan penduduk tempatan untuk tahu dengan lebih lanjut tentang kawasan sekeliling yang kita pergi. Walaupun 1 kawasan tu penuh gangster, mesti ada seorang dua yang baik yang akan tolong kita.

Baca:
Mohon Jangan Buat 10 Perkara Ini Semasa Anda Sedang Travel

Ketika di Lauterbrunnen, Switzerland

Ketika di Lauterbrunnen, Switzerland

Ketika di South Africa Grand Canyon

Ketika di South Africa Grand Canyon

9. Wang?

Bajetkan berapa banyak nak bawa. Aktifkan kad debit untuk penggunaan antarabangsa sekiranya ada kecemasan. Saya tak gunakan kad kredit sebab balik Malaysia nak tenang tanpa hutang.

Belanja sekadar yang mampu. Bawa juga wang backup dalam euro, USD ke, sembunyi kat mana-mana yang rasa selamat. Boleh guna in case kecemasan kalau tak ada kredit kad.

Ambil tahu juga jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tinggal di negara tu, ni pun in case ada emergency, at least ada orang boleh tolong kita. Mereka boleh tolong kecemasan yang kita tak tahu nak selesaikan sebab lain negara, lain cara dan protokol.

10. Telefon dan Internet

Kalau macam nak online ke, nak telefon famili kat Malaysia ke. Beli no kat negara yang kita pergi tu. Jangan bual hal roaming. Melambung bil. Haha. Sebab lebih murah sebenarnya beli nombor negara kita pergi tu untuk internet dan call keluarga di Malaysia.

Yang Di Bawah Ini Saya Kongsikan Pula Tips Keselamatan

1. Untuk musim winter. Pakai kasut yang mencengkam supaya dapat mengelak daripada tergelicir di atas ais, air atau salji.

2. Kalau saya, saya sentiasa bawa tripod untuk jadi encik penangkap gambar. Boleh digunakan sebagai barang pertahanan diri sekiranya berlaku apa-apa walaupun tak sehebat pistol, sekurang-kurangnya ada.

3.Kalau passport hilang macam mana? Prosedur hilang passport perlukan sekeping gambar, perlu buat report polis kat negara yang hilang. Bawa gambar dan report polis ke kedutaan.

Tunjuk IC kat pegawai kedutaan, memang kadang-kadang kena berleter sikit dengan pegawai sebab hilangkan passport tapi at least dapat passport kecemasan. Passport ni boleh guna sehala sahaja untuk balik ke Malaysia.

Baca: Senarai Ubat-Ubatan Yang Selalu Dibawa Rakyat Malaysia Apabila Melancong Ke Luar Negara

Ketika Paris

Ketika di Paris

Permandangan di Pulau Sabang Aceh

Permandangan di Pulau Sabang Aceh

4. Untuk sesat di dalam hutan. Perlu sebenarnya ada sedikit ilmu tentang hutan, apa tumbuhan beracun, gunakan segala hasil hutan sebagai senjata. Saya selalu tengok rancangan Bear Grylls walaupun semasa tengok mengarut apa dia buat tapi itulah perlu dilakukan semasa sesat, tiada siapa akan tolong.

Harimau akan tolong tapi tolong makan. Banyak yang Bear Grylls ajar, mahu 2,3 saya karang ni. Hehe.

5. Vaksin. Ni perlu bila kita ke negara-negara yang berisiko terutama di benua Afrika. Setiap negara lain-lain penyakit dan lain vaksin.

6. Mana mana nak tahu tempat tu selamat atau tidak? Biasanya saya akan google dan tanya penduduk tempatan kawasan mana yang tak okay dan selamat. Kalau dikepung gangster atau sebagainya.

Ini tiada tips bergantung juga pada keadaan. Kalau saya dulu, saya lari selajunya bila ada peluang. Haha.

7. Dadah. Jangan sesekali pegang bag atau ambil apa-apa dari sesiapa walaupun kawan baru kenal 3,4 hari. Penjenayah ni tak kenal siapa terutama di airport.

Lagi bagus kalau bungkuskan bag tu. Semasa beratur untuk immigresen atau kastam, jaga bag dan sentiasa lihat sekeliling.

8. Doa. Percayalah dan yakin dengan doa, macam mana bahaya atau sukar pun perjalanan pengembaraan, pasti ada jalannya yang kita tidak terfikir dan sangka jalan tu sampai untuk keluar dari kesusahan.

Ajal maut kita yakin, kesemua pesawat yang baru-baru ni tragedi adalah berlaku sehari sebelum dan juga pada hari kejadian yang mana saya sedang naik flight. Faham kan rasa berdebarnya bila nak naik flight tapi kita doa dan terus berdoa.

Baca lagi: 8 Tip Penting Yang Wajar Diambil Tahu Bagi Yang Ingin Travel Solo Kali Pertama

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram