Madagascar, sebuah negara eksotik yang menjadi idaman ramai selepas keluarnya movie animation, “Madagascar”. Watak kegemaran aku dalam cerita itu adalah King Julian dan kerabat-kerabatnya.Apa yang menarik tentang King Julian ini, ia adalah seekor spesis Lemur dan Lemur telah menjadi simbol kebanggan Madagascar.

Fun fact, tahukah anda yang Madagascar adalah benua keempat yang terbesar di dunia? Banyak kisah menarik yang anda perlu tahu sebelum nak travel ke sana dan ini yang aku nak kongsikan berdasarkan pengalaman aku travel ke sana bulan lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Visa on Arrival

Jika kita nak travel ke Madagascar untuk kurang dari 30 hari, kita perlu membayar visa on arrival. Harganya adalah 7.50 Euro seorang. Boleh bayar pakai secara tunai, debit kad atau kredit kad.

Bagi sesetengah yang pernah ke Madagascar tanpa perlu membayar visa on arrival sebelum ini, ia hanya dikuatkuasakan sejak tahun lepas kalau tak silap aku, jadi bayaran visa untuk masuk ke Madagascar masih baru lagi. Kalau tak sebelum ni, percuma saja untuk short term travel.

2. Jangan balut bagasi dengan baggage wrapper

Disebabkan Madagascar mengamalkan undang-undang ketat terhadap jenayah penyeludupan dadah dan kanak-kanak, sebelum kita nak menuju ke balai ketibaan, beg kita akan diperiksa, dalam dan luar. Aku bernasib baik sebab bagasi aku dikunci menggunakan TSA lock feature.

Jadi proses untuk buka dan kunci semula bagasi menjadi lebih cepat dan mudah. Bagi yang suka balut bagasi dengan baggage wrapper, ia akan menjadi sukar sedikit. Sebabnya, pegawai kastam akan insist juga untuk tengok kandungan bag kita. Jadi, nak tau tidak, kenalah koyakkan baggage wrapper di situ juga.

3. Negara Visa

Travel buddy aku menghadapi masalah bila nak buat pengeluaran wang melalui ATM di sini. Rupanya, kad ATM dia adalah kad Mastercard. Madagascar adalah negara Visa, semua bank-bank tempatan di sini menggunakan sistem Visa. Bagi pengguna kad Mastercard, carilah bank BFV-SG di Antananarivo.

Aku tak pasti berapa banyak cawangan bank ini di ibu kota Madagascar ini, tapi memang aku tak nampak langsung cawangan bank ini di luar bandar. Jadi, aku sarankan kalau nak menuju ke luar bandar, sama ada tukar duit di lapangan terbang atau buat pengeluaran wang sebanyak mungkin di Antananarivo.

4. Kesesakan Trafik

Kalau nak sewa kereta dan memandu di jalan Madagascar, boleh saja. Tapi, sebolehnya aku tak galakkan. Jalannya berlubang di sana sini, cara pemanduan mereka yang aku kategorikan sebagai bahaya dan sedikit reckless.

Kanak-kanak yang akan cuba datang dekat ke arah kereta yang sedang bergerak untuk minta duit, ia akan memberi kejutan budaya pada sesetengah orang. Kesesakan trafiknya juga adalah 5 kali lebih berat dari apa yang kita lihat di Jakarta. Aku sarankan untuk hire driver untuk perjalanan yang lebih mudah.

5. Bukan English Speaking Country

Bahasa rasmi yang digunakan di sini adalah bahasa Malagasy dan juga bahasa Perancis. Kalau kita sekadar travel di Antananarivo, agak mudah untuk jumpa orang tempatang yang boleh berbahasa Inggeris, walaupun kurang fasih.

Tapi, lebih jauh kita dari ibu kota Madagascar, lebih sukar untuk kita berkomunikasi dengan penduduk tempatan, terutamanya kalau untuk perbualan harian seperti bertanyakan arah, restoran halal dan sebagainya. Unless kalau anda fasih berbahasa Perancis, aku sarankan untuk anda ambil pemandu atau local guide yang boleh berbahasa Inggeris.

6. Makanan Halal

Restoran muslim memang mudah dicari di Antananarivo. Ada juga beberapa restoran halal yang aku jumpa ketika aku berada di luar bandar, tapi tak banyak. Boleh juga cari restoran yang menjual makanan Indonesia bila anda berada di luar bandar, sebab makanan Indonesia memang popular’ di sana.

Kalau tak jumpa, jangan risau. Kita boleh ke mana-mana mini supermarket yang berdekatan dan beli mi segera dari Indonesia, Mi Sedap. Ataupun, boleh request pada driver atau local guide anda untuk mencari restoran muslim.

7. Perjalanan Jarak Jauh

Bagi yang nak travel ke Madagascar untuk kurang dari seminggu, sayangnya, tak banyak tempat yang boleh kita tuju. Ini kerana, dari satu tempat ke tempat yang lain, ia boleh memakan masa 4-5 jam minimum driving.

Contohnya, dari Antananarivo ke Palmarium, aku transit untuk 1 malam di Andasibe sebab aku tak nak bazirkan sepanjang masa aku berada on the road. Perjalanan penuhnya boleh memakan masa lebih dari 10 jam, boleh buat kebas punggung duduk dalam kereta lama-lama.

8. Bawak Wang Untuk Money Exchange, Jangan Withdraw

Pengeluaran maksimum untuk setiap transaksi di mesin ATM adalah 400,000 Aryi. Ini memberi berita buruk untuk pengguna debit kad Mastercard sebab terpaksa membuat pengeluaran wang untuk beberapa kali dan juga menanggung caj pengeluaran tunai di luar negara yang agak mahal. Ia lebih efisien jika kita bawa duit tunai dengan matawang Euro atau USD dan buat money exchange di sana.

9. Lemurs

pesis Lemurs adalah simbol kebanggaan Madagascar. Banyak pusat haiwan yang boleh kita pergi untuk melihat Lemur ini dari jarak dekat. Tapi, sebelum kita nak melawat tempat-tempat ini, aku sarankan untuk buat sedikit homework dan background check tentang tempat itu sendiri.

Ini kerana banyak tempat yang sebenarnya tak menjaga kebajikan haiwan ini langsung, tapi bersembunyi di sebalik pusat jagaan haiwan yang menyediakan aktiviti interaksi dengan haiwan ini. Elakkan dari pergi tempat sebegini kerana kita seakan “menyokong” penderaan yang telah dilakukan ke atas haiwan ini.

10. Pecahan Duit

Bila kita dah tukar duit atau keluarkan duit dari ATM, selalunya kita akan dapat duit dengan nilai besar seperti 50,000 Aryi atau 100,000 Aryi. Kalau kita banyak luangkan masa di Antananarivo, ia tak menjadi masalah. Tapi, kalau kita berada di luar bandar, pastikan kita ada pecahan duit dengan nilai yang lebih kecil.

Sebabnya, kebanyakan kedai dan juga local market di kawasan luar bandar tak mempunyai not bernilai besar yang cukup. Jadi, apa yang akan berlaku kalau anda beri 50,000 Aryi untuk harga 20,000 Aryi, sama ada mereka akan cuba mencari pecahan duit dari kedai sebelah untuk cukupkan baki, ataupun anda terpaksa terima baki yang sedia ada, walaupun tak cukup.

11. Rasuah Itu Normal

Aku tak menyokong yang rasuah itu patut, tapi, itu yang selalu diamalkan di sana. Contohnya, aku terpaksa menunggu hampir 3 jam hanya untuk beratur dan masuk ke check-in area. Kenapa lama sangat? Sebab beberapa pelancong berani dan sanggup untuk membayar airport staff hanya untuk potong queue.

Bila ramai mula memberi rasuah, maka aku dan lain-lain terpaksa menunggu lebih lama untuk masuk check-in area. Check-in area di lapangan terbang Ivato agak kecil, sebab itu penumpang terpaksa beratur dan hanya diizinkan masuk bila check-in area mulai lengang.