Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Puan Sabrina Ismail dan diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga tip ini membantu anda membawa anak-anak ke pulau dengan selamat dan penuh pengalaman.

Tip-tip Membawa Anak Kecil Ke Pulau

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Dahulu, saya pun tak berani sebab tak ramai kawan yang buat. Ingatkan pulau bahaya untuk anak-anak, sehinggalah saya belajar tentang kehidupan Bajau Laut di Sabah ini.

Anak Bajau laut dicampak ke laut setelah dilahirkan beberapa hari ke muka bumi. Mereka akan berkenalan dengan laut, sebelum mencapai umur 7 hari. Bayi itu akan tenggelam dan sebaik sahaja timbul, bapanya akan sambut untuk dibawa ke darat. Sebab tu mereka tidak perlukan lesen PADI. Siapa hendak anak mereka pandai diving sejak lahir, boleh cuba style Bajau Laut ini. Hehe. Apa-apa risiko, saya tak tanggung.

pulau01

Ramai juga tidak tahu, wanita mengandung dibenarkan snorkeling. Tiada beza snorkeling atau berenang di kolam renang sebenarnya. Kedua-duanya baik untuk senaman ibu hamil. Tertakluk kepada ibu hamil yang tiada komplikasi mengandung dan sebaik-baiknya, di trimester ke-2. Yang ini, saya dah cuba sendiri.

Apa perkara penting yang anda perlu ambil tahu ketika membawa anak ke pulau?

1. Jaket keselamatan kanak-kanak

pulau02

Selalunya, jaket yang disediakan di bot hanya untuk orang dewasa. Bawa sendiri dari rumah. Boleh cari di mudah.my kalau tidak ada.

Ajar anak cara pemakaian, do’s and don’ts ketika di dalam bot dan pantai. Praktikal sekali, insyaAllah anak-anak ingat lepas itu.

2. Sunblock for kids

pulau03

Ini penting juga. Untuk mengelak kulit terlebih terbakar. Budak-budak kalau jumpa pantai dan laut, matahari atas kepala pun tak perasan.

3. Makanan dan minuman

pulau05

Check dengan host sama ada mereka sediakan makanan atau tidak. Pastikan kudap-kudapan cukup. Terutama air mineral. Cepat je budak-budak ni lapar.

4. Baju tambahan

pulau09

Untuk saya yang sudah beberapa kali pergi pulau ini, kami tak bawa baju tukar dalam bot. Apa yang pakai pagi tu, itulah baju bawa balik petang di bot. InsyaAllah kering. Tidak perlu angkut beg camping pula atas bot. Tuala boleh bawa, jika mahu. Tukar baju apabila sudah sampai di darat/hotel nanti (kalau bercuti day-trip).

5. Ubat

pulau08

Panadol, Vicks, ubat muntah, minyak gamat, ubat gastrik. Wajib. In case of emergency.

Kalau mak yang risau sangat, bawa insect repellent.

Dan, plastik lebih. Andai ada yang muntah atau untuk buang sampah.

6. Bayi – susu dan lampin pakai buang

pulau04

Pengalaman pertama saya bawa bayi, hiking Pulau Bohey Dulang semasa umur dia masuk 8 bulan. Mudah bawa bayi ini. Bukakan lampin sebelum masukkan dia ke laut. Berat nanti, dia rimas. Celup sikit-sikit, air pulau ini sejuk. Dia enjoy insyaAllah, mak bapa kena cool dan relax. Biar dia bertadabbur dengan alam, cara dia.

Siapkan flusk kecil air panas. Saya siapkan beberapa botol yang siap dengan sukatan susu tepung masing-masing. Di atas bot, tinggal buka tutup, tuang air dan goncang. Breastfeed dialu-alukan. Bawa kain penghadang menyusu siap-siap, tidak pun, pakai tudung labuh.

7. Solat hajat

pulau07

Sehari sebelum bertolak, berdoa dan minta perlindungan untuk perjalanan anda sekeluarga. Laut itu cukup luas. Sesungguhnya kita tiada upaya untuk menghalang, sekiranya bencana menimpa. Doa mak makbul untuk anak-anak, gunakan sebaiknya.

8. Chill & enjoy

pulau06

Akhir sekali, sudah penat buat persediaan, izinkan anak-anak belajar berkenalan dengan dunia. Jangan banyak sangat ‘Jangan’. Biarkan mereka teroka benda baru. Anda juga, patut belajar di samping mereka. Buka mata dan minda bersama-sama. InsyaAllah, ia akan menjadi percutian yang berbaloi dan bermakna.

Selamat bercuti.

BACA: 8 Aktiviti Bermanfaat Untuk Anak Di Musim Cuti Sekolah. #6 Paling Mudah Dan Percuma

BACA: Budak Lelaki Korea Ini Tidak Berbelanja Sepanjang Bercuti Di Malaysia Semata Mata Mahu Lakukan Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka