Disaat orang ramai masing-masing mempunyai akaun Instagram ini, platform ini secara tidak langsung berjaya menjadi mesin duit buat mereka yang mahir menggunanya bagi tujuan bisnes. Penawaran produk dengan imej yang cantik serta harga yang menarik antara yang membuatkan orang ramai terpikat.

Peningkatan akaun Instagram bagi tujuan bisnes ini secara tidak langsung telah menimbulkan persaingan lebih-lebih lagi apabila orang ramai menjual produk yang sama. Persaingan yang berlaku ini telah membuatkan pelanggan memihak untuk memilih akaun yang boleh dipercayai bagi mengelakkan daripada terjadi mangsa scam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tip membeli akaun instagram

Buat pengguna yang baru mula berjinak menjalankan bisnes di Instagram, mungkin sedikit lambat untuk anda mengumpul bilangan pengikut yang tinggi. Oleh yang demikian, memilih untuk membeli akaun Instagram yang sudahpun mempunyai bilangan pengikut yang tinggi antara altenatif yang boleh anda cuba.

Bagi mendapatkan pendedahan lanjut, kami kongsikan kepada tiga ciri-ciri yang perlu diberi perhatian sebelum mendapatkan akaun Instagram yang mempunyai follower yang tinggi bagi tujuan bisnes.

1. Kenal pasti pengikut akaun

instagram_iphone6

Mungkin agak sukar untuk menyelidik setiap satu pengikut di akaun Instagram tersebut, namun anda dapat mengetahuinya dengan bilangan engagement yang di akaun tersebut.

Sekiranya bilangan interaksi akaun bersama pengguna adalah tinggi, mungkin ini boleh dijadikan sebuah penunjuk akaun Instagram tersebut mempunyai pengikut yang majoritinya adalah pengguna aktif dan bukan bot.

2. Ketahui warganegara majoriti pengikut

instagram-app-ios-iphone-mobile-photos-100643645-orig

Perkara ini sangat penting sekiranya anda ingin menjalankan bisnes online. Tidak ada gunanya sekiranya sesebuah Instagram mempunyai bilangan pengikut yang tinggi namun majoritinya berasal dari negara jiran.

Begitu juga dengan platform media sosial lain seperti Facebook Page dan Twitter. Hal ini sekaligus bakal membuatkan proses bisnes online anda mungkin sedikit sukar.

3. Fahami bisnes dan kenali target market

tip membeli akaun instagram

Selain daripada mengenalpasti warganegara majoriti pengguna Instagram, anda juga perlu peka mengenai majoriti jantina pengguna. Perkara ini sangat membantu dalam bisnes online anda kelak.

Contohnya, sekiranya terdapat sebuah akaun yang mempunyai bilangan pengikut wanita yang tinggi, mendapatkannya untuk dijadikan akaun Instagram bisnes shawl mungkin langkah yang baik.

Selain itu, adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat daripada mereka yang sudah berjaya moneytize atau menghasilkan duit melalui Instagram untuk mengetahui cara berbisnes di Instagram. Pemilihan produk juga haruslah tepat memandangkan majoriti pengguna Instagram merupakan Gen-Y.