Ini 7 tip yang boleh memotivasikan diri anda sewaktu mengejar kejayaan di usia muda.

1. Matlamat

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat permulaan pastikan anda ada matlamat yang mahu dicapai di dalam hidup sebelum melakukan apa-apa tindakan. Ia boleh jadi matlamat harian, matlamat setahun atau matlamat 3 tahun kemudian.

Sebab apa perlu ada matlamat? Melalui matlamat ini anda akan berasa ada sesuatu yang mahu dicapai. Jika matlamat tak tercapai, kaji balik dimana kesilapan yang telah berlaku.

2. Sikap

Sikap anda mesti sentiasa dipantau. Cuba bayangkan anda ingin berjaya tetapi semangat dan perjuangan langsung tidak menyerupai orang yang ingin berjaya.

Malu bercakap dengan orang untuk menerangkan produk atau sentiasa ada rasa malas untuk buat perubahan dalam diri, elak sikap begitu kerana ia boleh jadi penghalang kejayaan anda.

Cuba jadi lebih produktif, anda akan rasa something yang menarik akan terhasil.

3. Tindakan

Tindakan ini merupakan salah satu perkara yang penting. Ia perlu disusuli dengan sifat bersabar kerana bukan semua yang dibuat akan berjaya dengan sekali tindakan sahaja. Cuba dan terus mencuba sehingga berjaya.

Jika hanya bercakap dan tiada tindakan, impian anda akan terhapus dalam angan-angan sahaja. Lebih teruk, anda mula menunding jari kepada orang lain kerana anda tidak mengambil tindakan lagi.

4. Peluang

Dalam keadaan ekonomi yang sukar ini, anda seharusnya bijak mencari peluang. Perhatikan keadaan sekitar di mana pastinya anda akan nampak masalah. Dari situ wujudnya peluang.

Contoh, di kawasan rumah jiran semak dengan rumput panjang. Anda boleh cari 2–3 orang yang ingin bekerja mencari duit tambahan, dan urus mereka pergi potong rumput rumah jiran. Kurang kurang paling minimum satu rumah caj RM50.

5. Bantu-Membantu

Semakin banyak anda memberi, semakin banyak anda akan menerima. Di kala anda diberikan dugaan dengan mempunyai hasil yang banyak, jangan lupa untuk memberi kepada yang memerlukan.

Sebab banyak manfaat anda akan belajar melalui aktiviti memberi. Walaupun bukan dengan wang, mungkin memberi dengan kudrat, kata-kata.

6. Guru

Anda harus mencari seorang mentor atau lebih senang untuk saya kata seorang yang mampu beri panduan kepada anda dalam menuju ke arah kejayaan.

Anda boleh follow orang yang selalu kongsi nasihat, pandangan dan perkongsian pengalaman di Facebook. Cuma jangan gelojoh. Bermula dengan perlahan-lahan. Kenal mereka dengan pelahan-lahan. Sebab ramai juga scammer hari ini bertopengkan label sifu.

7. Tawakal

Anda kena sentiasaa ingat ini: “Walaupun sehebat mana diri kita, jangan pernah lupa untuk kembali kepada-Nya”. Sebab dari Dia lah kita mampu berjaya dan dikurniakan rezeki melimpah ruah.

Banyakan berdoa, berusaha dan berserah kepada-Nya kerana tidak ada satu doa yang ditadah oleh hambanya tidak Dia mendengaar.

Saya harap ada di antara anda di luar sana yang sudi membaca dan menggunakan 7 tip ini sebaik mungkin walaupun nasihat yang dikongsi tidak berapa sangat.