Sri Lanka bukanlah negara yang popular dan menjadi pilihan bagi pelancong Malaysia. Namun begitu, negara sebenarnya banyak menawarkan pemandangan alam dan sejarah yang menarik untuk diterokai. Ditambah dengan rakyatnya yang mesra dan mudah tersenyum.

Pada bulan Mach yang lepas Cik Azwa Rahman telah ke Sri Lanka selama 7 hari bersama rakan beliau. Route bagi trip ini adalah Colombo – Galle – Kandy – Nuwara Eliya – Colombo. Menurut Cik Azwa, Sri Lanka sangat cantik dan autentik.

Berikut antara yang anda perlu tahu tentang Sri Lanka:

1. Ada penerbangan terus AirAsia dari KL ke Colombo. Perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam.

2. Rakyat Malaysia yang nak ke Sri Lanka perlu mohon visa. Harga visa USD35. Boleh mohon online dan ambil masa sehari saja untuk diluluskan. Permohonan visa boleh dibuat di www.eta.gov.lk.

3. Menurut Azwa, hanya mereka berdua saja Melayu sewaktu dalam penerbangan pergi balik ke Sri Lanka. Penumpang lain kebanyakannya adalah mat saleh.

4. Tambang bas dan keretapi di Sri Lanka sangat murah. “Contoh train dari Kandy ke Nuwara Eliya, 6 jam, kelas 2 hanya 160 Rupee, bersamaan RM3. Tapi bas dia akan disumbat sepenuh tin sardin. Dan untuk keretapi kena berlari rebut tempat duduk. Rasa macam masuk Amazing Race.”

5. Untuk keretapi ada 3 kelas (kelas 1, 2 dan3). Untuk lebih selesa sebaiknya ambil kelas 1 dan kelas 2. Kelas 3 tak ada tempat duduk. Kena berdiri selama 4 jam perjalanan.

6. Tiket keretapi memang murah. Kelas 2 dalam 160 rupee (RM3 – 6 jam perjalanan). Bas apatah lagi. Tambang bas ke airport dalam 160 rupee and bas pergi Galle pun 160 rupee. Boleh jimat banyak untuk kos pengangkutan.

7. “Tanya harga sebelum naik tuk tuk. Sri Lanka ingat kita orang Malaysia kaya raya. Nanti kena lipat pula. Untuk tuktuk, rata-rata kalau mintak hantar ke hotel, diorang minta 200 Rupee (RM5).

Kalau tour jalan-jalan pula, di Galle kami bayar (3000 Rupee – RM88), di Kandy pun 3000 Rupee dan di Nuwara Eliya 4500 Rupee (RM132) sebab tempat dia banyak yang jauh-jauh. Kalau pergi ramai-ramai, lagi jimat sebab boleh bahagi banyak kepala.

8. Makanan halal mudah didapati di Sri Lanka. Negara ini ada ramai Muslim.

9. Antara tempat wajib pergi adalah Galle. Satu tempat yang sangat cantik. Perjalanan ambil masa 3 jam dari Colombo, boleh naik bas atau keretapi.

10. Makan sirih and ludah merata adalah normal di Sri Lanka.

11. Tukaran matawang Sri Lanka Rupee agak susah di Malaysia. Jadi boleh tukar dari RM ke USD dulu. Dan bila tiba di Sri Lanka tukar ke Sri Lanka Rupee. Matawang Rupee juga agak murah.

12. “Untuk makanan, bahagian mereka memang selambak. Pertama kali makan di sana, order sorang sepinggan nasi beriyani ayam, punya banyak gila sampai kena tapau bawa balik. Jadu ada baiknya beli 1 dan kongsi 2 orang. Purata harga nasi putih and lauk-lauk atau beriyani dalam 300 Rupee (RM6).

13. “Yas, orang Sri Lanka paling friendly! Sejenis suka senyum” – Azwa.

bercuti-ke-sri-lanka-1
Galle, Sri Lanka. Yang putih tu masjid.
bercuti-ke-sri-lanka-2
Galle, Sri Lanka
bercuti-ke-sri-lanka-3
Sungai ni belakang villa kitorang. Depan laut, belakang sungai. Gitew!
bercuti-ke-sri-lanka-4
70 Rupee je sebuah, yakni RM2.
bercuti-ke-sri-lanka-5
Galle, Sri Lanka. Sporting abang ni layan saya walaupun dia penat balik dari tangkap ikan.
bercuti-ke-sri-lanka-6
Uniform sekolah comel gila. Lepas tu balik sekolah kena tak pakai kasut? Diorang pegang je kasut sekolah tu.

bercuti-ke-sri-lanka-7

bercuti-ke-sri-lanka-8

bercuti-ke-sri-lanka-9

bercuti-ke-sri-lanka-10

bercuti-ke-sri-lanka-11

Azwa juga telah berkongsi itinerari berikut untuk rujukan anda.

Hari 1: Colombo – Galle

11pm : Sampai Airport Colombo

11.30pm : Naik bas dari luar airport ke Colombo Fort (Colombo Fort adalah stesen bas dan keretapi). Plan asalnya nak naik keretapi. Konon nak tidur di stesen keretapi dan dapatkan keretapi paling awal pada 5am.

Tapi bila kami sampai di Colombo Fort, penuh gelandangan tengah tidur dan ada polis peronda nasihatkan agar kami jangan tidur di situ. Tak selamat dan takut beg kena curi. Polis juga cadangkan kami naik bas. Jadi kami jalan kaki ke stesen bas, depan sikit je. Tu pun bas tak ada aircond. Yang ada bas tingkat dan penuh macam tin sardin.

12am : Naik Bas ke Galle. Bas kat sini ada 24 jam.

3.30am : Sampai stesen bas Galle, tahan tuktuk minta hantar ke Villa Megabe

4am : Sampai Villa, owner tu baik hati kasi kami check in terus.

9am : Ambil tuktuk pusing bandar Galle. Kami pergi muzium, rumah api, masjid, pasar ikan, tepi laut, Galle Fort dll.

12pm : Makan tengahari di restoran beriyani halal (lupa nama dia).

1pm : Jalan-jalan ke taman herba (herba dan ayurveda). Di sini boleh cuba urutan ayurveda kalau nak.

2.30pm : Tuktuk bawa ke shopping town dia and kami shopping kain sari dan rempah.

4pm : Balik bilik berehat sekejap.

5pm : Keluar depan villa, nikmati laut. Villa ni depan laut.

6pm : Kami ke Galle Fort untuk tengok matahari terbenam dan terus makan malam. Selepas berjalan kaki separuh jalan, kami tahan bas. Tak larat nak berjalan.

8pm : Dah masuk bilik untuk berehat. Esok nak kejar keretapi jam 6.55am

Hari 2: Galle – Colombo – Kandy

6am : Sampai Galle Fort untuk naik keretapi. Tiket boleh beli on the spot. Boleh terus beli tiket Galle Kandy tapi tetap kene turun di Colombo Fort untuk tukar train ke Kandy.

6.55am : Keretapi sampai.

10am : Sampai Colombo Fort, check tiket dengan pengawal di sana. Keretapi berikutnya ke Kandy jam 10.45am. Jadi kami siap-siap tunggu kat platform keretapi ke Kandy tu. Nak rebut tempat duduk kan.

10.45am : Naik keretapi ke Kandy

3pm : Sampai Kandy, terus cari tuktuk untuk pusing Kandy. Antara yang kami pergi adalah 3 check point untuk tengok view gunung ganang, kilang teh dan bandar Kandy yang cantik.

7pm : Makan malam di kedai beriyani halal juga (Rasanya nama dia Kandy Muslim Hotel. Bawah dia restoran).

8pm : Check in di Kandyan Holiday Homes dan rehat. Esoknya nak kejar keretapi ke Nuwara Eliya pada jam 8.45am.

Hari 3 : Kandy – Nuwara Eliya

8.20am : Sampai stesen keretapi Kandy, beli tiket ke Nanu Oya (kalau korang nak ke Nuwara Eliya)

8.45am : Bila keretapi sampai, nasib kami dapat tempat duduk. Kat sini keretapi dia paling lama. Ambil 6 jam untuk sampai sebab keretapi dia bergerak dengan kelajuan 25km/h. Stress sekejap sebab lama gila. Tapi jangan gatal nak tidur sebab pemandangan kiri kanan cantik gila.

3pm : Sampai stesen Nanu Oya, keluar je ada banyak tuktuk. Ada yang tawarkan macam-macam pakej jadi pandai-pandai lah cari yang paling berbaloi untuk trip seharian. Kami terus check in ke hotel Thuring Bungalow.

4pm : Jalan-jalan ke pekan Nuwara Eliya. Di sini kawasan tanah tinggi jadi memang sejuk. Bandar dia cute je tapi best sebab banyak orang jual sayur dan buah segar.

7pm : Makan malam di satu kedai muslim di bandar ini.

8pm : Balik hotel dan rehat

Day 4 : Nuwara Eliya

10am : Lepas sarapan, tuktuk ambil kami dan bawa ke 4 air terju. Ada 3 check point untuk pemandangan, ladang teh dan ladang sayur-sayuran.

12pm : Makan tengahari di kedai halal

1pm : Sambung tour

5pm : Berhenti di bandar Nuwara Eliya sebab ada pasar malam yang happening. Di sini kami makan malam.

8pm : Balik hotel

Day 5 : Nuwara Eliya – Colombo

9am : Bangun, sarapan dan jalan-jalan ambil gambar sekitar ladang teh depan hotel. Sejuk and best gila!

11am – Check out coz train ke Colombo kul 12pm

11.30am – Beli tiket terus ke Colombo.

12pm – Naik keretapi dan perjalanan 6 jam harus ditempuhi. Kalau tak nak menanggung azab lama tu, korang boleh naik bas yang rasanya dalam 4 jam saja.

7pm : Tiba di Colombo Fort, cari tuktuk pergi ke hotel.

8pm : Check in Coco Residens di tengah-tengah bandar Colombo.

8.30pm : Keluar jalan-jalan sekitar bandar, makan malam dan balik berehat di hotel.

Hari 6 : Colombo

10am : Lepas sarapan kamicheck out terus. Dan tuktuk datang untuk bawa kami pergi tour. Dia bawa ke masjid Colombo, Street art, muzium, Victoria Park, perkampungan Muslim, Colombo Beach Fort dan rumah api.

3pm : Kami makna tengahari di satu kedai muslim di sekitar Colombo Fort. Dan sempat tumpang letak bag dengan cashier dia sekejap sebab kami nak membeli belah. Di kawasan sekitar depan Colombo Fort tu best gila shopping. Kawasan dia macam Jalan TAR gitu. Barang murah gila. Paling heaven adalah aksesori orang Hindu macam gelang, rantai, henna etc. Di situ juga boleh jumpa kain sari 6 meter dijual pada harga RM6 je.

8pm : Makan malam di sekitar situ juga. Nasi putih, ayam rempah, sambal lada Sri Lankan style dengan teh susu. Perghhh.

9pm : Gerak ke lapangan terbang naik bas.

10pm : Sampai di lapangan terbang dan check in beg. Penerbangan kami pada jam 1.45am

1.15am : Boarding nak balik KL!

Day 7 : 7.30am – Sampai KLIA2 dengan selamatnya.

bercuti-ke-sri-lanka-12

bercuti-ke-sri-lanka-14

bercuti-ke-sri-lanka-15

bercuti-ke-sri-lanka-16

bercuti-ke-sri-lanka-17

bercuti-ke-sri-lanka-18

bercuti-ke-sri-lanka-19

bercuti-ke-sri-lanka-20

bercuti-ke-sri-lanka-22

bercuti-ke-sri-lanka-24

bercuti-ke-sri-lanka-23

bercuti-ke-sri-lanka-25

bercuti-ke-sri-lanka-26

bercuti-ke-sri-lanka-27

bercuti-ke-sri-lanka-28

bercuti-ke-sri-lanka-29

Baca lagi: Mengembara Ke Sri Lanka Buat Azul Jatuh Cinta Dengan Negara Mundur Ini