Bila kita lihat ada rakan kita ni cekap habis menjual, pasti kita rasa ini bakat sejak lahir.

Ada sahabat masa kerja dahulu tegur saya, “Cakap jangan panjang sangat bang. Tadi tu lama sangat.”

Produk harga RM2000, saya punya jual dekat sejam!

Baru saya sedar, rupanya perlu ada ‘poin’ menjual yang tepat, pada masa yang tepat.

Tip Menjual

Ini tipnya :

1. Bawa pelanggan ke fasa ‘Ground Level’. Iaitu kepada ‘level’ apa masalah pelanggan yang sebenarnya. Dan tunjukkan produk/ servis kita dapat membantu.

2. Bertanya lebih banyak tentang diri pelanggan. Barulah kita tahu masalah utama pelanggan. Sebab kadang-kadang pelanggan sendiri tidak nyatakan dengan jelas masalah yang dihadapinya.

3. Ceritakan kesan gunakan produk kita. Bukan ciri-ciri produk kita itu.

4. Gunakan pihak ke tiga (testimoni dan kata-kata pujian pelanggan kita yang lain selepas gunakan produk kita).

5. Biar pelanggan habiskan ayat-ayatnya semasa bercakap. 3-5 saat beliau diam, baru kita ‘masuk’.

6. Bila kita banyak cakap tentang produk, bahasa tubuh pelanggan akan bagi signal yang mereka rasa tidak selesa. Terus masuk ke ‘ground level semula’.

BACA: Berbisnes Dalam Ekonomi Suram? Lakukan 9 Perkara Ini