Nota Editor: Pengalaman dan tips ini adalah daripada perkongsian Anne Annira Azmahira yang baru pertama kali menggunakan Couchsurfing sewaktu travel. Semoga ia boleh dijadikan panduan untuk anda yang ingin travel gaya bajet.

tip-couchsurfing-8

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bersama adik host Selma yang sudi bawak saya bersiar di sekitar Istanbul Asia

Assalamualaikum dan selamat tahun 2016!

Pertama kali menjejak kaki di Turki iaitu sebuah negara yang cukup sinonim dengan ‘negara kebangkitan Islam’ dan juga ‘negara menjejak sejarah’ membuat mata terpaku dengan keindahan bandar dan juga seni binanya.

Walaupun trip kali ini adalah trip yang tanpa disangka terjadi, namun ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Ini juga pertama kali saya menggunakan ‘CouchSurfing’  (CS) dimana aplikasi ini kita akan duduk bersama orang tempatan dan berkongsi tentang budaya negara masing-masing.

Dan dengan couchsurfing juga kita akan dapat merapatkan diri dengan orang-orang tempatan dan akan lebih mengetahui tentang negara mereka.

Penting bagi yang pertama kali menggunakan aplikasi CS ini adalah kita jangan terlalu percaya bulat-bulat dengan host yang offer kita untuk stay dengan mereka. Kena semak dulu latar belakang dan paling penting kena baca ‘reference’ mereka dulu. Dan yang penting kena percaya gerak hati.

Alhamdulillah saya ditemukan oleh seorang host wanita Muslim yang bernama ‘Esra Selvan’ dimana beliau telah sudi bagi saya tumpang untuk tinggal di rumahnya selama hampir seminggu.

Saya dilayan dengan sangat baik ibarat keluarga dia sendiri. Walaupun Esra bekerja semasa saya menginap di sana dia tetap sudi membawa saya mengelilingi Istanbul bersama adik-adiknya.

Esra juga berkongsi pengalaman beliau semasa mengembara di Jerusalem dan Bosnia.

Baca: 10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Sewaktu Anda Merancang Untuk Travel

tip-couchsurfing-9
Maiden’s Tower

 

tip-couchsurfing-7

Bersama adik host Selma yang sudi bawak saya bersiar di sekitar Istanbul Asia

Hagia Sophia

 

Juadah sarapan yang disediakan oleh host

 

Antara tips untuk menggunakan couchsurfing :

1. Pastikan anda mempunyai account couchsurfing yang sag beserta gambar dan details tentang diri. Pastikan tulis details tentang diri tu dengan penuh ikhlas gitu.

2. Jika anda dah bertemu host yang sesuai, jangan lupa sentiasa contact dan bermesej selalu supaya ada chemistry bila jumpa nanti. Dan supaya host tau yang kita betul-betul ikhlas nak jumpa dia. Jangan pulak mesej pada waktu yang tak sesuai misalnya time dia tengah tidur. Tak sesuai yer.

Kalau host kita tulis dia boleh terima sorang atau dua tetamu sahaja, make sure ikut. Jangan tetiba datang bawak adik la kawan la orang kampung la. Jangan ok. Kecuali kita dah bagitau siap2 berapa orang yang kita nak bawak.

3. Bawa la sedikit buah tangan dari negara kita supaya dapat menjadi ingat-ingatan bila kita balik nanti.

4. Tolong hormat host kita dan jangan buat rumah host kita macam rumah kita sendiri sebab kadang-kadang host kita duduk dengan keluarga. Tolong la apa yang patut dan rajin-rajin kan diri. Kang tak pasal host menyampah terus dia halau kita keluar.

5. YANG PENTING! Kita bukan guna couchsurfing untuk duduk percuma semata-mata, tapi kita guna CS untuk bercampur gaul dengan orang tempatan seterusnya mengeratkan ukhwah bukan saja pada diri kita tetapi pada negara. And please dont ever take it for granted ok

Itu sahaja tips pada yang kali pertama nak menggunakan couchsurfing.

Baca lagi: 8 Tip Penting Yang Wajar Diambil Tahu Bagi Yang Ingin Travel Solo Kali Pertama

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram