OK, ia adalah di luar jangkaan, tetapi saya telah menyahut cabaran itu. Saya suka makan Char Kuey Teow, saya suka memasaknya, tetapi melakukan demostrasi masakan? Baik, okay.

Saya mula melakukan persediaaan bagi mempersembahkan satu masakan Char Kuey Teow Pulau Pinang yang asli untuk rancangan Bella di NTV7. Saya suka versi asli ini berbanding jenis yang agak banjir. Saya rasa itulah yang asal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, tanpa disangka, saya telah pelajari sesuatu dari pengalaman ini.

Saya tidak tahu mengapa, malam sebelum ‘shooting’, saya pergi memburu bahan-bahan masakan, rasa macam tidak percaya apabila semua kedai-kedai yang kami pergi sudah kehabisan kuey teow! Wah! Begitu popular?

Akhirnya jumpa satu bungkus di sebuah kedai ini. Ya, satu sahaja kerana ia adalah stok terakhir di kedai itu. Ia terletak jauh di sudut belakang. Tapi, Alhamdulillah, ia masih segar.

ntv7 bella 1

Jadi di sini ada 3 pengajaran tentang penjenamaan yang telah saya pelajari semasa menyahut cabaran masakan Char Kuey Teow.

1. Kesegaran

Apabila membuat Char Kway Teow, kunci kesedapan terletak pada kesegaran bahan-bahannya. Ini termasuklah udang dan kerang segar, sayur-sayuran segar, taugeh segar, daun kucai dan mi beras jenis flat.

Kemudian, saya fikir penjenamaan juga begitu. Satu jenama hebat akan sentiasa bersifat semasa, segar dan relevan. Mungkin disebabkan itu char kway teow selalu relevan dan menjadi pilihan orang ramai sepanjang masa.

2. Kepantasan

Seperti mana yang orang biasa kata; ‘Fast Actions, Fast Results’. Jadi dalam pembuatan kway teow ini kita perlukan kepantasan. Ini kerana jika berlaku penangguhan atau kelewatan, kway teow akan melekat, udang akan terlebih masak, taugeh akan menjadi basah dan lembik dan lain-lain.

Dalam penjenamaan, anda perlu bertindak pantas dengan menguasai niche tersebut dan jadikan ia hak anda. Jika terlambat melaksanakan idea, orang lain akan buat terlebih dahulu atau idea itu akan basi. Apatah lagi pada zaman informasi pantas begini, jangan simpan lama-lama.

3. Ketekunan (Sepenuh Hati)

Semasa menggoreng kway teow, anda perlu beri sepenuh perhatian, sepenuh fokus, sepenuh ketekunan, dengan mencurah segala tenaga dan kecintaan pada tahap intensiti yang tinggi.

Sama juga seperti penjenamaan, kway teow bukanlah sekadar makanan yang sedap, ia memiliki hubungan emosi dengan peminatnya, membawa memori-memori yang hebat, dan menjadi kebanggaan Pulau Pinang dan negara kita.

Itulah penjenamaan, pada dasarnya; sebuah tautan emosi yang terbina.

What stays in the heart, mind and in char kway teow case – the stomach, is what matters most.

Artikel asal:

Kedee Ismalasari, co-founder Overbooked Media Group dan Language Powerhouse telah melatih ramai ‘public figure’, selebriti dan golongan profesional mengenai penjenamaan peribadi dan bisnes dan mengajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Kini, syarikatnya dalam proses menerbitkan buku pertama Neelofa dalam Bahasa Inggeris iaitu The Chic Codes dan buku Kedee Ismalasari sendiri (kerjasama dengan Naelofar Hijab) berjudul ‘Hijab Saved My Life’.