Apa yang boleh saya katakan, setelah melawat dan tinggal di negara Jepun, bahawa memang teruja hidup di negara ini dengan kemodenannya, pengangkutan awamnya yang cekap dan menepati masa, rakyatnya yang peramah, teknologi canggih, keindahan musim sakura dan autum. Memang feel urban!

Sebagai pemegang passport Malaysia, visa tidak diperlukan untuk memasuki negara ini. Kita dibenarkan tinggal selama 90 hari dan semestinya kena bawa matawang negara berkenaan iaitu Yen. Di mana nak tukar? Elok tukar di Malaysia siap-siap kerana di sana susah nak cari money changer. Kadar tukaran di sana pun mahal.

Isu yang sering menjadi pertanyaan ialah bagaimana untuk dapatkan akses internet? Kebanyakan homestay atau hotel ada menyediakan wifi percuma. Akan Tapi bagaimana semasa mengembara dalam negara berkenaan, anda perlu bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport.

japan 2

Isu pengangkutan yang banyak menelan belanja anda selepas penginapan dan makan minum. Boleh beli JR Pass yang merupakan the master of the pass bagi pengangkutan keretapi di Jepun. Dengan mempunyai JR Pass, anda bebas untuk menaiki keretapi dari syarikat JR secara unlimited dari hujung utara Jepun hingga hujung selatan Jepun.

Makanan halal adalah isu yang sangat kritikal. Perlu ke bawa makanan dari Malaysia? Bagi saya perlu. Ya Jepun ada restoran yang mendapat persijilan oleh organisasi Jepun yang diiktiraf oleh Malaysia (JAKIM), tapi tidak semua tempat dan harga kebanyakannya adalah relatif mahal.

Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan jauh menaiki keretapi.

Nak dapatkan makanan segera, masuk outlet 7E yang terdapat banyak di Jepun. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E mereka, kita akan rasa macam alangkah bagus jika di Malaysia pun macam ni. Apabila di kaunter, cubalah praktis bahasa Jepun – Sumimasen (excuse me), gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?). Nasi melekit Jepun (sticky rice) adalah makanan yang paling murah dan boleh dimakan dengan lauk yang kita bawa dari Malaysia.

Penginapan adalah isu penting yang menelan belanja anda yang paling besar selepas tiket kapal terbang. Saya sudah cuba semua dari hotel, asrama, rumah Airbnb dan tumpang rumah kawan. Bergantung kepada tempat yang anda ingin lawati, yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Pilihlah rumah yang paling mudah diakses dengan stesen bas atau stesen keretapi.

japan 3

Anda juga kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive. Orang Jepun ni rata-ratanya berjalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘the hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tidak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.

Tempat yang sesuai untuk dilawati? Jangan bimbang, di Jepun banyak tempat menarik. Saya sudah melawat Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara adalah kontras yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kebanyakan tempat ini tiada bayaran dikenakan. Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.

Tentang bahasa Jepun, elok juga anda hafal sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Sebagai contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen. Ini juga sebagai cara kita memulakan perbualan apabila ingin bertanya tentang arah lokasi yang hendak dituju misalnya.

Vending-Machine-@-mesin-layan-diri-Japan-1024×768
Sumber: Google

Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tidak faham apa yang kita tanya. Saya pun kadang-kadang tidak faham apa yang mereka jawab. Namun kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.

Satu lagi fenomena Jepun yang tiada di tempat lain adalah kewujudan vending machine, ya mesin menjual barangan. Teramat banyak di sana dan anda boleh beli apa saja. Dilaporkan oleh media bahawa terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini! Dari bento kepada sosej, payung kepada surat khabar. Air itu sudah semestinya lah kan. Coklat, telur ayam, sup ikan, burger, ramen, buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Betullah orang kata, Japanese are all about conveniences.

Satu isu yang sangat penting di Jepun ialah penggunaan tandas. Tandas di sini bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tidak pasti selepas menunaikan hajat.

Rakyat Jepun memang obses akan kebersihan dan keselesaan. Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan, tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

ramen
Sumber: Google

Di mana nak solat? You can pray everwhere. Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau yang selesa. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau seperti Tokyo, Kobe dan Osaka. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, maka kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib, bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai ambil air sembahyang.

Anda suka makan ramen? Sejenis mee sup Jepun. Jika anda ingin menikmati ramen, makan macam orang Jepun. Orang Jepun makan dengan hirupan bunyi bising kerana ia dianggap sebagai penghargaan kesedapan kepada tukang masak.

Akhir sekali, nak kongsi tentang duit syiling Jepun. Kat sini ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik). Kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti sudah tidak boleh tukar di money changer.

Kesimpulannya, datanglah melawat Jepun. Di samping melancong, ambil peluang untuk belajar sesuatu, observe, ambil yang baik, insha Allah anda akan membawa pulang sesuatu yang akan mengubah perspektif hidup anda.