Nota Editor: Penglaman dan tip mengembara ke Negara-Negara Balkan ini telah dikongsikan oleh Ayu Hasman dari komuniti bakcpacker Travel Buddy (Travel More, Pay Less). Semoga tip ini membantu anda dalam membuat persiapan travel ke negara ini.

jelajah-balkan-1DARI MALAYSIA KE MONTENEGRO, JELAJAH BALKAN

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hati terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengembara di Balkan. Pada May 2015 yang lepas, saya dan 7 rakan dari group travel buddy (Travel More Pay Less) telah mengembara di bumi Balkan selama 14 hari secara backpacking.

Boleh saya katakan, dalam banyak-banyak negara, negara di Balkan sangat unik!
Agak lama masa yang saya ambil untuk membuat ‘research’ tentang negara-negara yang saya pergi (Turkey, Bosnia, Croatia, Montenegro, Macedonia dan Greece).

Jangan terkejut kalau saya kata ianya memakan masa hampir 10 bulan! Ya, serius tak tipu.

jelajah-balkan-3

Lake Matka, Macedonia. Subhanallah, Maha Suci Allah. Tidak tergambar betapa cantiknya tempat ni. Maaf, saya ambik pakai camera phone je. Quality tak secantik dari realiti.

Kenapa lama sangat?

Jawapannya ialah kurang informasi dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu apatah lagi.

Saya hampir putus asa, rasa macam nak menangis, sebab susah sangat nak buat plan untuk ke negara Balkan. Di sebabkan saya pergi secara backpacking, jadi nya memang sangat bergantung dengan pengangkutan awam. Agak sukar untuk mencari jadual keretapi, jadual bas, harga tiket dan sebagainya.

Namun, saya cekalkan hati. Tiada benda yang senang dalam dunia ni. Kalau nak makan bersuap pon kita perlu kunyah.

Kawan-kawan ada bertanya, ‘Kenapa nak pergi negara Balkan kalau dah tahu susah?’

Jawapan saya mudah, ‘Sebab negara tu negara ‘rare’, and I want to challenge myself’.

jelajah-balkan-2

Mungkin tak ramai yang tahu negara-negara seperti Macedonia & Montenegro tak perlu kan visa untuk ke sana. Balkan ni lain dari yang lain. Macam untouched gems la lebih kurang. Semuanya cantik, indah, cuma masalah sedikit part bahasa.

Tapi, macam yang saya tulis, tak semestinya kita kena paham bahasa negara tertentu baru boleh travel. Jangan jadikan bahasa sebagai penghalang untuk mengembara

jelajah-balkan-6

Montenegro

Salah satu negara yang agak mencabar adalah Montenegro. Mungkin nama Montenegro agak asing bagi kita. Namun, tidak pula bagi rakyat Montenegro.

Ketika berada di sana, ternyata mereka kenal dengan nama Malaysia. Bukan kerana tragedi pesawat, tetapi dengan keperibadian rakyat Malaysia yang ramah.

Apa yang mencabarnya?

Masalah dari segi bahasa. Tidak ramai yang fasih berbahasa inggeris. Makanan, memang hampir tiada (atau kami tak jumpa) kedai makan halal. Nasib kami ada banyak bawak bekalan makanan seperti Maggi Mee dan nasi Brahims’.

Dan yang terakhir dari segi pengangkutan awam. Kami hanya boleh beli tiket di stesen bas ‘on-the-spot’. Tiket tak dijual secara online. Kami bernasib baik sebab dapat beli tiket ke Skopje untuk hari esok. 1 hari, 1 bas sahaja disediakan untuk ke Skopje, Macedonia.

jelajah-balkan-14

Kotor

Kotor, nama sahaja Kotor tapi sebenarnya bandar lama ini amat bersih. Di sini kami berkenalan dengan seorang pakcik dari Jepun. Namanya, Suzuki dan berumur 70 tahun.

Kami mengambil masa selama sejam untuk mendaki 1400 anak tangga. Masa yang sama juga diambil oleh pakcik Suzuki untuk sampai ke puncak! Rasa sedikit segan kerana kami agak mengah sedangkan pakcik Suzuki mendaki secara santai.

Pakcik Suzuki bekerja sebagai pemandu teksi di Yokohama, Jepun. Siapa sangka lelaki berumur 70 tahun ni melancong seorang diri!

jelajah-balkan-31

Bersama Pakcik Suzuki

Kami tanya, kenapa datang ke Montenegro?

Dia kata kerana salah satu ‘wishlist’ isterinya adalah melancong ke Montenegro dan isterinya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Sambil bersembang, sempat juga dia selit mengatakan rindu untuk datang ke Kuala Lumpur. Sudah beberapa kali Pakcik Suzuki melancong ke Malaysia.

jelajah-balkan-30

Dalam hati saya, rakyat Malaysia berlumba-lumba pergi ke Jepun. Tapi pakcik ni rindu pula ke Malaysia. Secara rumusan perbualan kami, Pakcik Suzuki kata rakyat Malaysia ini peramah dan baik hati. Makanan di Malaysia pun sedap (yang ini memang tak dapat dinafikan lagi.

Perasaan bercampur-campur ketika itu, ada rasa bangga, ada rasa terharu dan ada juga rasa bertuah jadi rakyat Malaysia. Bila berjauhan dari negara, baru kita dapat hargai negara sendiri. Secantik mana pun negara lain, tak akan sama dengan negara sendiri.

jelajah-balkan-11

3 jam naik bas dari Dubrovnik. Jalan ke sini agak mencabar, sape jenis tak tahan jalan bengkang bengkok, better standby asam/ubat tahan muntah.

Kami tinggal di old town hostel. 100m from south gate. Hostel sangat cantik, facilities sangat bagus, siap bagi kitorang guna bilik kosong untuk solat (after checkout)

jelajah-balkan-12

Hiking ke old town city wall mengambil masa 45minit (anggaran 1300 anak tangga). View sangat cantik! Kitorang sempat pegi Perast. 30minit dari Kotor.

jelajah-balkan-13

Kat sana naik boat ke Lady of the Rock (artificial island). Bas kat sini memang kena beli tiket kat kaunter. Bas ada ke Budva, Podgorica (setiap 30minit), Kkopje 2 kali sehari (hari-hari tertentu saja).

Athens

Kami menginap di hostel berdekatan dengan Metro Station Monastiraki. Dari hostel jalan kaki je ke Acropolis. Hard rock cafe pun dekat. Entrance fee untuk masuk ke Acropolis €12.

jelajah-balkan-7

jelajah-balkan-8

Santorini

Saja nak merasa naik ferry, kami try naik Blue Star Ferry (non-reserved seat) berharga €37.5. Perjalanan mengambil masa 8 jam.

Dari Thira Port, ada bas untuk ke Fira Town. Tiket berharga €2.20 (20minit). Untuk ke tempat lain, boleh ambik bas lain dari Fira Bus Terminal.

Untuk ke Oia, Firostefani bas ada setiap 20 minit. Tiket berharga €1.60.

Makanan halal macam tak jumpa, so kami kongsi beli bahan dan masak di hostel.

jelajah-balkan-9

3 jam naik bas dari Dubrovnik. Jalan ke sini agak mencabar, sape jenis tak tahan jalan bengkang bengkok, better standby asam/ubat tahan muntah.

Kami tinggal di old town hostel. 100m from south gate. Hostel sangat cantik, facilities sangat bagus, siap bagi kitorang guna bilik kosong untuk solat (after checkout)

jelajah-balkan-10

Croatia

Secara jujurnya, rakyat mereka tak friendly. Tak pasti sebab kami Muslim dari Malaysia atau pun memang culture dorang macam tu.

jelajah-balkan-15

Di Split – tTak banyak sangat activity kat sini. Kalau rajin boleh la pegi national park. Petang lepak kat waterfront tengok sunset. Kebetulan time ni dorang ada cultural event kat waterfront, sempat la kami tengok traditional dance secara percuma.

jelajah-balkan-18

Ini di Dubrovnik – pelabuhan yang cantik, memang takkan menyesal datang sini. Tapi semua benda mahal, standby je la duit banyak2. Masuk toilet pon kene bayar 3Kuna (RM1.50).

P/s: bas kat sini best sebab ada wifi

Bosnia

Highly recommended untuk pencinta alam dan pencinta sejarah.

Bandar tenang, rakyat peramah. Lagi-lagi kalau dia tau kita dari Malaysia. Dari airport kena ambil teksi. Harga teksi tidak semahal di istanbul.

jelajah-balkan-20

Host kami merupakan salah seorang mangsa perang. Suaminya, seorang doktor ditembak di kepala ketika merawat pesakit.

Driver kami juga salah seorang mangsa perang. Kaki nya ditembak, Alhamdullilah, he is now living a good life.

Setiap 5 minit berjalan di old town Sarajevo, mesti nampak lelaki/perempuan tempang/berkerusi roda.

jelajah-balkan-21

Gadis Bosnia lawa-lawa. Hehehe.

jelajah-balkan-22

Berikut adalah 15 tip travel ke Negara Balkan

1. Cara yang mudah dan murah untuk ke Balkan adalah dengan menjadikan Istanbul, Turkey sebagai entry dan end point. Dari Istanbul, boleh ambil penerbangan tambang murah ke Sarajevo, Bosnia.

2. Buat booking hostel sekurang-kurangnya sebulan sebelum perjalanan terutamanya jika pergi ketika ‘summer’. Ini bagi mengelakkan hostel penuh.

jelajah-balkan-23

3. Setibanya di sesebuah negara, cari ‘tourist information counter’ untuk ambil risalah, peta dan juga maklumat terperinci dan terkini mengenai negara tersebut. Walaupun sebelum pergi travel kita dah buat ‘research’, tapi kadang-kadang maklumat yang kita dapat tu dah ‘out-dated’.

4. Fahami budaya, adat dan sensitiviti negara yang ingin dikunjungi. Contoh seperti di Bosnia, rakyatnya kurang gemar bercerita tentang perang yang berlaku pada tahun 1993. Ianya seolah olah menjadi sejarah hitam yang sebolehnya mereka ingin lupakan.

jelajah-balkan-24

5. Kedatangan kami di Croatia seakan-akan tidak dialukan oleh masyarakat di sana. Ketika mahu membeli tiket bas di terminal bas Spilt, saya telah di tengking kerana bertanya mengenai waktu perjalanan bas. S

elain itu, ketika berjalan-jalan di tengah bandar, ramai yang memandang kami dengan pandangan yang pelik, seolah-olah kami ada membuat salah. Puas kami fikir, di mana silapnya kami.

Akhir nya baru kami teringat, ketika perang di Bosnia, Malaysia telah memberi banyak bantuan kepada Bosnia dari segi bekalan makanan, ketenteraan dan juga perubatan. Manakala Croatia adalah sekutu kuat Serbia pada ketika itu. Jadinya, tak digalakkan berjalan seorang diri ketika berada di Croatia.

jelajah-balkan-25

6. Untuk tiket bas dan ferry bagi perjalanan jauh, mestilah di beli sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh perjalanan. Frekuensi bas di sana amat sedikit. Seperti Kotor, Montenegro ke Skopje, Macedonia hanya 1 bas sahaja untuk sehari. Manakala ferry dari Athens ke Santorini hanya ada 2 kali sehari. Untuk tiket intra-city, beli tiket harian atau kad topup (macam touch go). Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan juga menjimatkan masa.

7. Kalau sesat, jangan panik. Bertenang dan cuba untuk cari penyelesaian. Salah satu caranya adalah download offline map sebelum travel. Semasa di Split, Crotia, pemandu van kami tidak tahu lokasi hostel kami. Bila bertanya kepada penduduk tempatan, semua geleng kepala.

Masa tu semua jadi hilang punca. Masing-masing tiada line internet. Nasib salah seorang dari travel buddy kami, Fikri, ada download offline maps. Jadi, berpandukan maps itu lah kami cari hostel, dan berjaya sampai dengan selamat.

jelajah-balkan-26

8. Standby duit Euro dan USD. Dan tukar di mana-mana money changer di negara Balkan. Agak sukar untuk mencari matawang negara Balkan di Malaysia.

9. Bawa bekalan makanan seperti nasi brahim, maggi mee, atau makanan segera sebagai backup sekiranya tak jumpa kedai halal. Di antara negara yang sukar untuk kami cari makanan halal adalah Croatia dan Montenegro.

10. ‘Be friendly’ , terutamanya dengan penduduk tempatan. Dari sini kita dapat belajar banyak benda seperti sejarah, budaya, adat dan juga tempat-tempat yang menarik tak ramai orang tahu.

jelajah-balkan-27

11. ‘Beware of pick pockets’ terutamanya ketika berada di Athens. Kadar jenayah di bandar Athens agak tinggi, ini di sebabkan keadaan ekonomi yang kurang stabil. Kami bernasib baik kerana tiada kecurian berlaku sepanjang pengembaraan kami.

jelajah-balkan-28

12. Kebanyakkan rakyat Turkey gemar menghabiskan hujung minggu di Istanbul. Semua tempat menarik menjadi sangat sesak, dan padat. Seeloknya cuba untuk tidak pergi ke Istanbul waktu-waktu sebegini.

13. Wajib cuba local food seperti cevapi dan burek. Cevapi adalah makanan tradisi yang popular di Balkan terutamanya di Bosnia, Croatia dan Macedonia. Cevapi sebenarnya sosej daging atau ayam yang dihidang bersama roti arab. Manakala burek pula seperti murtabak. Terdapat 2 jenis burek, burek daging dan burek cheese.

jelajah-balkan-29

14. Memandu dari Sarajevo ke Mostar. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui gunung-gunung, tasik dan beberapa bandar kecil yang cantik seperti Konjic. Pilihan kedua, boleh cuba untuk naik keretapi. Tiket boleh di beli di stesen keretapi Sarajevo. Frekuensi keretapi adalah setiap 2 jam, bermula dari pukul 6pagi.

15. Pastikan passport disimpan di tempat yang selamat. Dan ketika melepasi sempadan sesebuah negara, pastikan ada cop masuk dan cop keluar.

jelajah-balkan-5

Pengembaraan kali ini memberi impak yang besar dalam diri saya dan rakan-rakan. Satu prinsip yang perlu ada jika hendak mengembara, ‘jangan takut sesat’.  Keluar dari zon selesa, baru kita jumpa dunia yang sebenar.

Travel buddy (travel more pay less) adalah komuniti backpackers yang menyediakan bajet backpacking trip dengan tema kembara secara santai dan selamat. Merasai pengalaman unik menjalani kehidupan umpama rakyat tempatan di negara asing.

Anda boleh ikuti berbagai tip dan kisah pengembaraan mereka di Facebook Page Travel Buddy (Travel More, Pay Less)

BACA: 3 Sebab Lelaki Ini Travel 7 Negara Semasa Ramadhan Dan 10 Tip Kembara Jimat

BACA juga: Wanita Bertudung Yang Dijaga Tuhan Sewaktu Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram