Teruja lihat betapa flawless kulit selebriti Korea Selatan setiap kali menonton drama atau variety show mereka. Ia membuatkan ramai wanita Malaysia mahukan gaya mekap Korea sebegitu.

Maka, ramai yang ambil masa lama di kaunter mekap gara-gara mahu mencari warna yang sepadan dengan tona warna kulitnya. Habis segala warna yang dirasakan bersesuaian dicalit pada kulit wajah, pergelangan tangan, bibir dan sebagainya. Hampa!

Wanita Korea berkulit cerah, jadi ia boleh mengundang rasa kecewa apabila ada berdozen pilihan tapi tiada yang begitu match dengan kulit gelap atau kecokelatan wanita Malaysia.

Ini kerana kebanyakan syarikat kosmetik menawarkan bilangan warna yang terhad buat wanita yang ingin kecantikan ala Korea di Malaysia.

etude house 1

Menyedari kelompongan ini, Etude House, syarikat kosmetik Korea menghasilkan lebih banyak pilihan warna di luar kebiasaan pasaran Korea.

Bukan kerana skim pemasaran tetapi ia bergerak seiring sepertimana jenama mekap patut sasarkan, iaitu lebih global di mana ia sesuai untuk orang tidak berkulit cerah juga.

Ada apa dengan warna mekap dan anda?

Mekap pada wajah anda akan menyerlah apabila anda menggunakan warna mekap yang bersesuaian dengan kulit wajah anda. Saat itu ia akan tampak sempurna tanpa cela.

etude house 2

Sebagai pengguna, anda patut tahu cara pemilihan warna mekap yang betul bagi memudahkan proses pencarian anda dalam mengenalpasti kesesuaian antara tona warna kulit dan mekap.

Di sini, ada tip penting yang menjadi asas buat segala jenis produk mekap. Jika anda kuasai tip ini ia akan membuatkan anda lebih mudah mengaplikasikan kreativiti dengan pelbagai warna mekap kelak.

1. Bedak Asas

Bedak asas atau foundation ialah lapisan pertama yang disapu pada kulit wajah sebelum bahan mekap lain. Ia berfungsi menutup cela di wajah seperti bintik hitam dan bekas jerawat dan menyeragamkan ton warna kulit agar kulit tampak sempurna.

Dari segi warna, ia memiliki pelbagai pilihan. Namun, ia mesti bersesuaian dengan jenis dan warna kulit agar tona wajah kelihatan natural. Tersilap pilih, wajah boleh jadi bercapuk atau kelihatan canggung sesudah mekap nanti.

Cara Pilih Warna Bedak Asas

1. Sapu sampel bedak asas di bahagian pipi, atau dagu untuk uji warna apa yang sesuai dijadikan warna asas mekap anda.

2. Jika anda ambil masa yang lama untuk meratakan warna bedak asas, itu bermaksud warna tersebut tidak sesuai dengan anda.

3. Pastikan anda uji sampel bedak asas di bawah pencahayaan yang baik dan tidak berbayang agar kelihatan jelas kombinasi warna kulit dengan bedak asas.

4. Jika ragu-ragu, pilih ikut warna leher atau warna di antara wajah dan leher supaya tidak nampak perbezaan warna yang ketara.

5. Pergi ke kedai mekap untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada staf di situ. Ia bukan sahaja memudahkan anda, warna yang dicadangkan pasti lebih menepati tona kulit anda.

Mekap Korea Etude House Double Lasting Foundation 1

Untuk lebih mudah faham, lihat pilihan tona warna Double Lasting Foundation dari Etude House ini. Walaupun produk ini dari Korea, ia dibuat bukan sahaja untuk wanita Korea berkulit cerah.

Ini kerana sememangnya diketahui ramai, produk mekap dari Korea biasanya too light atau memiliki pilihan warna yang terhad buat kulit yang gelap.

Berbeza dengan Etude House yang mahu membawakan kelainan dengan pelancaran warna-warna baru yang lebih bersesuaian dengan wanita berkulit perang dan gelap.

Produk Etude House ini meraikan wanita berkulit perang atau gelap di mana ia mempunyai 19 warna yang matching dengan warna kulit anda.

Ia dikategorikan ikut undertones kulit iaitu warna-warna melalui permukaan kulit anda: sejuk, neutral atau hangat.

Apa yang anda lihat pada kulit wajah seperti warna putih, sawo matang, gelap atau kuning langsat ialah warna permukaan kulit. Undertone pula ialah warna dasar pada kulit di mana ia tidak berubah akibat pengaruh luar.

Mekap Korea Etude House

Selain kelebihan spektrum warna yang lebih luas, Double Lasting Foundation dapat menutup cela dengan baik dan menghasilkan warna sekata pada kulit wajah.

Malah, ia juga tidak membuatkan kulit rasa kering dan mampu bertahan lebih lama. Jika anda cari bedak asas yang tidak terlalu tebal atau nipis, ini yang anda patut cuba.

etude house 3

Sekiranya anda mahu lebih keseronokan bermain dengan warna, anda boleh melawat kedai Etude House untuk mencuba dan mencari warna foundation yang benar-benar sesuai dengan warna kulit anda.

2. Bronzer and Highlighter

Saling berkaitan tetapi berbeza, bronzer dan highlighter berfungsi untuk beri kesan hangat dan bayangan pada kulit wajah.

Ia sama penting walaupun fungsi bertentangan – bronzer menonjolkan bentuk wajah, dan highlighter mengurangkan bentuk wajah yang mahu diselindungi.

Bronzer digunakan bagi menghasilkan warna kulit wajah menjadi lebih berwarna semulajadi, kelihatan sihat dan hidup serta eksotik.

Manakala highlighter digunakan bagi mencipta bentuk wajah menjadi lebih tirus, dahi lebih kecil, hidung lebih mancung.

Dari segi warna pula, ia juga berkaitan dengan undertone.

Cara Pilih Warna

1. Bayangan itu bersifat sejuk. Jadi, perlu guna cool undertone. Manakala, hangat itu bersifat panas. Jadi perlu guna warm undertone.

2. Bagi bayangan, pilih warna yang berada di tengah antara cerah dan gelap. Bagi hangat pula, pastikan ia tidak terlalu kejinggaan seperti terbakar.

3. Elak pilih warna bronzer yang lebih gelap dari warna kulit dan sebaliknya buat highlighter.

etude house

Etude House Play 101 Stick Contour Duo ialah bronzer dan highlighter yang mempunyai 6 pilihan duo warna. Ia menarik sebab boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pada wajah tanpa perlu pembedahan kosmetik. LOL.

• Nak mekap strobing yang sihat, guna #03 Gold Pearl + Pink Pearl.
• Nak cheekbone lebih slim, guna #04 Coral + Beige.
• Nak kulit dan bayangan yang natural, guna #05 Natural Light + Natural Deep.
• Nak hidung dan bayangan kulit wajah natural, guna #06 Neutral Light + Neutral Deep
• Nak kawal warna dan bayangan pada kulit bawah mata dan sekitar mulut, guna #02 Light Skin + Deep Shading.
• Nak menyerlahkan zon-T, bawah mata dan mulut, boleh guna #01 Light + Shading.

#1 Highlighter + Shading sesuai untuk mereka yang memiliki warm/yellow undertones.
#2 Light Base + Dark Shading untuk mereka yang memiliki cool/pink undertones.

3. Pembayang Mata

Biasanya orang menggunakan warna anak mata dalam pemilihan warna pembayang mata (eyeshadow). Pembayang mata boleh membuatkan mata anda kelihatan bersinar ceria walaupun pada asalnya kelopak mata anda gelap.

Untuk tip dalam artikel ini, anda boleh menggunakan tona kulit dengan melihat pada salur darah pergelangan tangan di bawah cahaya semulajadi. Ia sama seperti bedak asas: sejuk, hangat dan neutral iaitu undertones.

Cara kenalpasti undertones kulit:

Cool undertones, jika ia warna kebiruan atau keunguan. Ia lebih merah jambu atau kemerahan.
Neutral, jika ia warna campuran biru, ungu, hijau dan kuning iaitu gabungan cool dan warm.
Warm undertones, jika ia warna kuning kehijauan. Ia lebih kekuningan.

Cara Pilih Warna

1. Jika anda tidak dapat menentukan warna yang bersesuaian, pilih neutral atau warna yang lebih gelap berbanding warna kulit.

2. Jika tidak pasti dengan tona kulit, kulit anda jenis hangat jika ia mudah jadi perang di bawah matahari dan jenis sejuk jika kulit mudah terbakar.

3. Anda juga boleh tentukan melalui penggunaan warna emas atau perak. Orang berkulit tona hangat sesuai dengan emas dan tona sejuk sesuai dengan perak.

4. Jika semua cara di atas tidak sesuai, anda kemungkinan mempunyai tona warna neutral.

Etude House mempunyai pembayang mata Play Color Eyes #Wine Party yang menampilkan 10 warna wain dalam satu bekas palet.

4. Lipstik

Lipstik si pemerah bibir antara mekap asas yang penting bagi wanita. Walaupun ia asas, bukan mudah mencari warna yang sesuai dengan tona warna.

Sama seperti 3 produk di atas, pencarian warna bergantung pada jenis tona sejuk, hangat atau neutral kulit anda. Nampak kan kepentingannya.

Tapi jika berani dan yakin, anda boleh bereksperimen dengan pelbagai warna pada bibir. Tiada halangan.

Cara Pilih Warna

1. Kenalpasti undertone kulit anda dengan melihat warna salur darah di pergelangan tangan.

2. Jika emas kelihatan sesuai dengan anda, itu bermakna anda mempunyai tona kulit hangat (kuning) dan perak menandakan anda mempunyai tona kulit sejuk (merah jambu).

3. Jika tidak pasti, pilih berdasarkan tona warna kulit anda. Anda juga boleh guna sahaja warna yang biasanya bersesuaian dengan warna kulit cerah, atau gelap.

Dear My Matte Tinting Lips-talk oleh Etude House mempunyai 10 warna yang menarik. Ini salah satu contoh warna lipstik Etude House:

mekap korea etude house 3

BONUS

Bonus jika anda dapat mencuba produk mekap ini di pusat membeli-belah atau kedai khas mekap. Anda mungkin berpeluang dapat sampel produk juga.

Jika anda tidak pasti apakah warna mekap Etude House yang sesuai untuk anda, anda boleh datang ke kedai Etude House bagi mendapatkan nasihat daripada staf Etude House mengenai warna yang sesuai dengan tona kulit anda.

mekap korea

Oh ya! Dari 15 Disember 2017, Etude House akan mempamerkan 7 warna baru Double Lasting Foundation di kedai dan setiap pembeliannya anda akan dapat PERCUMA Real Art Cleansing Oil 25ml.

Pada minggu pertama Januari 2018 pula, zon pameran khas “Etude House x Elfira Loy” akan diadakan dan gaya mekapnya (Empower Look & Contour Beam Look) akan dipaparkan di Signature Makeup Looks Zone Etude House.

Kemuncak acara ialah penampilan Elfira Loy, Tiar Zainal dan jurumekap profesional Korea Etude House.

Nah! Ini contoh makeover yang telah dilakukan oleh Tiar Zainal kepada Elfira Loy menggunakan 100% produk Etude House dengan mengetengahkan gaya Empower!

Bagi tidak ketinggalan dan mahu info lanjut, anda boleh follow:

Walau bagaimanapun, ini semua hanyalah panduan buat anda. Tidak perlu jadikan ia penghalang untuk anda bermain warna mekap kerana paling penting anda oleskan apa saja warna yang anda rasa terbaik.

Lagipun, Etude House ialah the house of makeup fun! Not only meant for fair skin, but tanned and dark skin tone too.