Nota Editor: Tip ini telah dkongsikan oleh Ameirul Azraie, Coach Penulisan CV. Semoga tip ini dapat membantu anda yang sedang mencari kerja melalui JobStreet.

Memohon Kerja Melalui JobStreet

Pasti ramai daripada anda pernah atau masih menggunakan JobStreet untuk memburu kerja.

Terkini, jika anda mahu memohon mana-mana jawatan yang diiklankan di Jobstreet, anda digalakkan to “Make your pitch!” – rujuk gambar 1 di bawah.

jobstreet-1

Sebagai contoh, untuk jawatan “Business Development Analyst” yang saya iklankan ini telah menerima beratus-ratus permohonan, namun hanya 5-10% sahaja yang pitch.

Dan dari jumlah yang pitch, hanya 1-2% yang pitching dengan menarik – rujuk gambar 2 di bawah untuk contoh bagaimana recruiter menerima emel permohonan anda. Bila anda pitching, pitching tersebut akan di highlight dalam kotak biru.

jobstreet-2

Jika anda pitching dan anda menulis pitch yang spesifik untuk kerja yang dipohon, saya yakin permohonan anda akan menarik perhatian recruiter yang menerima permohonan anda.

Yang penting pastikan competencies anda match dengan jawatan yang dipohon untuk menaikkan peratusan anda dipanggil untuk temuduga.

Pemburu kerja yang hebat akan ambil masa untuk pitching kerana ramai yang ambil mudah perkara ini.

Anda yang membaca post ini, jadilah pemburu kerja yang hebat ya! Jika tips ini berguna mohon like, komen “Jom pitching di Jobstreet”, share post ini di FB wall anda dan tag rakan-rakan anda di ruang komen.

Ps: Saya siap dah bocorkan rahsia bagaimana rupanya emel permohonan kerja melalui e-mel yang kami terima daripada JobStreet. Harap diamalkan untuk pemburuan kerja yang akan datang

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram