Cuba anda bayangkan sebuah pusat membeli-belah yang memiliki barangan berjenama dan berkualiti tetapi menawarkan harga yang menarik. Pasti teruja kan. Itulah Rakuten yang berasal dari Jepun ini.

Tapi anda mesti tahu bagaimana nak dapatkan pulangan yang paling menguntungkan anda apabila membeli-belah di platform Rakuten ini yang telah menyediakan lebih 210,000 barangan dari lebih 900 peniaga sejak November 2012 di Malaysia.

Jadi, Vocket mahu kongsikan dengan anda semua cara bijak untuk ‘hack’ harga dan faedah yang ditawarkan oleh Rakuten.

1. Kenali apa itu Rakuten.

rakuten

Sebelum nak ‘hack’, kita perlu kenali apakah bentuk bisnes yang dijalankan oleh Rakuten ini.

Sebenarnya, Rakuten ini membuka tapak kepada peniaga-peniaga untuk menjual di platform ini. Jadi, mungkin akan ada barang yang sama dijual oleh peniaga yang berbeza, dengan harga yang berbeza. Dan lagi best apabila Rakuten turut disertai syarikat dan jenama terkenal.

Rakuten juga menyediakan sistem yang teratur dan selamat digunakan oleh para peniaga dan pelanggan. Ia seolah-olah seperti sebuah kompleks membeli-belah yang besar di alam maya.

rakuten 1

Sistem pembayaran Rakuten pula menggunakan kaedah kad kredit, perbankan internet dan Celcom Air-Cash. Kalau anda masih baru dengan Rakuten, mereka ada menyediakan panduan membeli-belah di Rakuten juga.

2. Lakukan tinjauan dan perbandingan.

rakuten compare

OK, sekarang kita tahu Rakuten ini terdiri daripada 900 peniaga. Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk ‘hack’ Rakuten adalah dengan meninjau barang yang sama di kedai peniaga Rakuten yang berbeza untuk membandingkan harga yang ditawarkan. Anda juga boleh bandingkan mata ganjaran Rakuten Super Points yang tertera.

Lihat contoh di atas. Harga berbeza untuk model barang dan jenama yang sama kan? Jadi, inilah antara cara untuk cari harga yang menarik. Anda juga perlu membandingkan tawaran lain oleh peniaga-peniaga ini seperti perkhidmatan penghantaran dan jaminan produk sekiranya ada. Pilih yang mana anda rasa berbaloi untuk dibeli.

3. Kumpul mata ganjaran.

rakuten 3

Adakah anda perasan ada terpapar ‘5x POINTS’ di setiap bawah harga produk?

Itulah gandaan 5 bagi setiap mata ganjaran yang diterima setelah melakukan pembelian. Mata ganjaran ini boleh digunapakai untuk pembelian seterusnya. Secara asasnya, ia seperti matawang virtual.

rakuten 3

Program ini dikenali sebagai 5x Rakuten Super Point. Anda akan dapat rebat 5% dalam bentuk Rakuten Super Points untuk semua pembelian tanpa mengira hari apa anda berbelanja.

5x Rakuten Super Point ini sah dari 1 Januari 2016 hingga 31 Januari 2016 sahaja di mana ia menggabungkan 2 jenis Rakuten Super Points iaitu Regular Points dan Limited Points.

Regular Points tidak luput kecuali anda tidak membeli-belah di Rakuten lebih dari 1 tahun. Manakala Limited Points pula ditawarkan apabila ada Super Point Promotion dan ia akan luput mengikut tarikh yang tertera.

Paling best tiada had jumlah rebat dikenakan kepada pelanggan Rakuten. Jadi, makin banyak membeli, makin banyak kumpul mata ganjaran dan boleh membeli-belah lagi dengan mata ganjaran terkumpul itu. Tapi untuk anda menikmati keuntungan program ini, anda perlu mendaftar sebagai ahli.

4. Mendaftar sebagai ahli Rakuten.

rakuten 2

Untuk mendapatkan Rakuten Super Points bagi setiap pembelian yang dilakukan di Rakuten, anda perlu mendaftarkan diri sebagai ahli. Pendaftaran ahli adalah percuma untuk membenarkan anda menikmati banyak faedah dan keuntungan sambil membeli-belah di Rakuten.

Langkah-langkah pendaftaran:

a. Buka laman e-dagang Rakuten di browser internet dan taip: www.rakuten.com.my.

b. Kemudian, klik ‘Register’ seperti di bawah ini:

rakuten4

c. Anda akan dibawa ke laman ‘Create a Rakuten ID’. Isikan segala maklumat yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran.

d. Setelah isi borang dengan maklumat yang lengkap, klik ‘Register’.

e. Seterusnya anda akan menerima ‘Welcome to Rakuten’ dengan Rakuten ID anda.

f. Klik ‘Back to Rakuten’ untuk mula ‘hack’ and reap the benefits as Rakuten members.

Mudahkan! Setiap 100 mata ganjaran bersamaan dengan nilai RM1.00. Anda kumpul mata ganjaran ini dan boleh gunakannya semasa membeli barangan pada transaksi pembelian yang seterusnya.

5. Periksa email dan ikuti media sosial Rakuten.

rakuten 4

Setelah anda mendaftar sebagai ahli Rakuten, anda akan menerima email pengesahan dan ini juga bermakna anda telah subscribed risalah Rakuten. Kebiasaannya tawaran istimewa atau special event aka BIG SALE akan diwar-warkan melalui email dan media sosial.

Jadi, anda perlu sentiasa alert agar tidak terlepas peluang merebut barangan yang anda idam-idamkan pada harga yang menarik.

Anda boleh FOLLOW:

a. Twitter: @RakutenMalaysia

b. Facebook: Rakuten Online Shopping – Malaysia

c. LINE: Untuk pengguna Android dan Apple

6. Nantikan Rakuten special event and big sale event.

Walaupun Rakuten hanya menyediakan sistem e-dagang untuk para peniaga, Rakuten juga turut menganjurkan pelbagai special event and big sale event berdasarkan sambutan hari cuti umum, sambutan hari istimewa, dan lain-lain lagi.

Terbaru, Rakuten menganjurkan 2 special event untuk semua ahli Rakuten Online Shopping Malaysia, iaitu:

a. Mastercard Wednesday Surprise

rakuten 5

Setiap hari Rabu, pemegang kad kredit Mastercard boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 5% jika melakukan transaksi pembayaran dengan kad tersebut.

b. Kupon Khas

Setiap hujung minggu pula, Rakuten akan memberikan kupon khas. Anda hanya perlu sentiasa memeriksa laman e-dagang Rakuten untuk dapatkan pelbagai kupon yang mempunyai nilai yang berbeza.

Selain itu, para peniaga juga turut menganjurkan acara sebegini seperti meraikan hari ulangtahun sesebuah perniagaan. Yang untungnya adalah anda kerana berpeluang memperolehi diskaun.

7. Sertai Rakuten Shopping Hacks.

Anda hanya perlu pergi ke www.rakuten.com.my, dan kongsikan bagaimana anda lakukan ‘hacks’ terbaik untuk mendapatkan nilai yang terbaik daripada Rakuten.

Contoh Rakuten Shopping Hacks:

rakuten hacks

Kemudian, beli pada hari Rabu sebab ada Mastercard Wednesday Surprise. Boleh dapat 5% rebat.

  • Harga selepas rebat 5%: RM1,977.90 (Jimat RM104.10)

Jadi, jumlah keseluruhan penjimatan: RM378.00 + RM104.10 = RM482.10

Dah jimat RM482.10, dapat pula mata ganjaran 5x Rakuten Super Point sebanyak 104.10 points! Itu pun boleh jadi duit juga apabila nak beli next purchase nanti.

Anda akan berasa seronok apabila menyertai Rakuten Shopping Hacks apabila dapat mencari seberapa banyak yang boleh dan menjumpai gabungan ‘hacks’ yang membolehkan anda mengaut lebih nilai keuntungan sewaktu membeli-belah di platform ini. Dan ambil peluang juga mengumpul point yang banyak dengan 5x Rakuten Super Point

Jangan lupa kongsikan ‘hacks’ terbaik anda itu dengan rakan-rakan anda di media sosial dengan #RakutenShoppingHacks supaya mereka juga dapat merasai keseronokan membeli-belah bersama Rakuten.

Nah, itu dia 7 tip bijak online shopping di Rakuten yang menguntungkan anda!

rakuten5

Dengan prestasi dan perkembangan Rakuten yang meyakinkan di negara-negara lain, Rakuten ini telah berjaya menarik jenama-jenama terkenal seperti HP, Crocs, Borders, dan The Body Shop, dan para peniaga tempatan yang memiliki kedai di alam nyata seperti Poh Kong, Rock Corner dan Caring Pharmacy berkumpul di platform ini.

Malah, tagline Rakuten yang digunapakai sedunia: “Shopping is Entertainment” ini pasti memberikan lebih banyak kelebihan kepada para pelanggannya dengan menyediakan pengalaman yang menarik dan mudah.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram