Nota Editor: Perkongsian ini telah dikongsikan oleh di Dr Ainaa Nadia di Facebook beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis.

Untuk pengetahuan, Dr Ainaa Nadia merupakan graduan jurusan Pergigian dari Jordan University of Science and Technology (JUST), Jordan. Kini berkhidmat sebagai seorang doktor gigi di salah sebuah klinik pergigian kerajaan. Beliau juga seorang yang tak jemu untuk terus belajar melalui pengalaman dalam dunia pergigian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semoga tip ini membantu terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil dan lasak.

Baca: Lelaki OKU Sanggup Tunggu Sepanjang Hari Untuk Balas Budi Doktor Ini

ainaa-nadia-2

Baru-baru ni, ada seorang patient berumur 13 tahun datang bersama ibunya. Sejurus masuk, ibunya terus hulurkan sebatang gigi yang dibalut dalam tisu.

Bila diperiksa, boleh nampak dengan jelas gigi depan adik ni dah hilang sebatang. Bukan gigi patah atau gigi sumbing ye, giginya memang sebiji ‘terkeluar’ dari soket gusi.

Ceritanya, si anak terjatuh di taman permainan semalam dan giginya ‘terkeluar’. Dia kutip gigi tu, dan terus bawa balik ke rumah. Di rumah, ibunya cuci gigi tu dengan air paip dan ‘Colgate’, dan balut dalam tisu untuk semalaman. Keesokan harinya baru datang ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Hmm, tak boleh buat camtu ye tuan-tuan dan puan-puan. Salah caranya tu. Silap-silap gigi tu dah tak boleh pakai lagi dah.

aidaa-nadia

Hmm, ramai yang tak tahu nak buat apa kalau jadi kecederaan camni. So, apa yang sepatutnya kena buat?

1. Kutip gigi yang tercabut tu dengan segera.
2. Pegang gigi pada bahagian ‘kepala gigi yang warna putih’ tu. Jangan sesekali pegang pada bahagian akar gigi!
3. Kalau kotor, lalukan gigi di bawah aliran air sejuk bersih selama 10 saat dan cuba masukkan balik gigi kat dalam soket gusi.
4. Kalau gigi boleh dimasukkan, ambil sapu tangan bersih dan gigit sekuat-kuatnya.

5. Kalau tak berjaya masukkan gigi, terus rendam gigi tu dalam AIR LIUR (air liur sesiapa sahaja) atau SUSU SEGAR (fresh milk tau, bukan susu sejat atau susu pekat!)
6. Terus pergi ke klinik untuk rawatan, seelok-eloknya dalam masa 30 MINIT. Jangan tunggu esok baru nak jumpa doktor!

Kalau gigi tu diuruskan dengan cara betul, doktor gigi boleh letak balik gigi tu dalam soket gusi dan pasang ‘besi sementara’ untuk stabilkannya. Kemudian, doktor akan buat rawatan akar dan pantau gigi tu dalam masa 6 minggu. Kalau bernasib baik, gigi tu akan pulih dan boleh guna macam biasa balik..

Ibuk-ibuk, bapak-bapak dan guru-guru kena ambik tahu pasai ni naaaa.

P/s: Oh yaa, nama ‘sains’ yang kita panggil untuk kecederaan camni ialah ‘Tooth Avulsion’. Boleh google kalau nak tahu lagi lanjut. Hehe.

Baca lagi: 11 Rahsia Menghafaz Al-Quran Oleh Doktor Gigi Dan Naib Johan Hafazan Al-Quran Di Jordan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram