Nota Editor: 7 tip ini telah dikongsikan oleh Hakim Ishraf, seorang pelajar jurusan undang-undang yang baru saja menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang menjalani Latihan Dalam Kamar di sebuah firma undang-undang di Johor.

Tip berjimat berikut telah dipraktikkan sewaktu di zaman bergelar pelajar kerana minat beliau terhadap travel dan ingin menimba pengalaman baru sambil melihat dunia luar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tip-berjimat-masa-travel-4

Ramai yang tanya saya, terutamanya masa dekat universiti dulu, macam mana saya boleh jalan-jalan banyak tempat. Ada yang cakap saya habiskan duit mak bapak, mak bapak saya kaya lah apa lah.

Tapi yang sebetulnya, selama ni saya pakai duit saya sendiri. Kalau tak percaya boleh tanya diorang sendiri pernah tak saya mintak satu sen pun duit diorang untuk jalan-jalan.

Saya pergi ke negara-negara Asia je so murah sikit. Sekarang pun dah kurang berjalan sebab dah dapat kerja dan mungkin hanya akan jalan-jalan masa cuti tahunan lepas-lepas ni.

Tapi sebagai seorang yang pernah jadi student, lagi banyak peluang untuk meneroka dunia dan nasihat saya ialah gunakanlah masa free yang ada tu untuk keluar dan pergi jalan.

Okay, balik kepada soalan, macam mana?

1. Simpan duit

tip-berjimat-masa-travel-6

Secara jujurnya, saya simpan duit saya kebanyakannya untuk pergi berjalan. Jarang rasanya saya pergi makan mahal-mahal, beli baju branded dan sebagainya.

Start kumpul duit ikut warna, mula-mula RM1, lepas tu RM5. Nampak je duit warna hijau, masukkan dalam tabung. Saya buat sampai sekarang. And make sure asingkan tabung untuk berjalan tu.

Sekarang saya tinggal dengan mak bapak lagi, maknanya saya boleh berjimat dengan lebih banyak, duit gaji guna untuk petrol dan makan tengahari je.

2. Dapatkan duit

tip-berjimat-masa-travel-8

Banyak benda boleh buat lebih-lebih lagi kalau masa belajar sebab banyak masa free. Itu yang saya buat, saya kerja 9 pagi sampai 7 petang masa hujung minggu, gaji pun masa tu dapat ok jugak RM120 sehari.

Suka hati lah orang nak kata saya tak ada life sebab hujung minggu tak rehat dan sebagainya. Lagipun life saya dan bukan life diorang. Graduate je saya walaupun buat part time.

Kerja-kerja lain yang boleh buat; proofreading, terjemah, jual-jual makanan/minuman dsb.

3. Flight

tip-berjimat-masa-travel-7

Pastikan sentiasa ada duit dalam akaun bank. Mana lah tau tiba-tiba ada promosi ke, boleh cepat-cepat beli dengan harga yang murah.

Macam saya contohnya, saya subscribe e-mail AirAsia, so bila ada promosi boleh cepat-cepat tunggu depan laptop untuk book flight ticket.

Baca: Sertai Misi Kemanusiaan 10 Hari Di Kemboja, Pelajar Ini Temui 7 Pengalaman Berharga

4. Tempat tinggal

tip-berjimat-masa-travel-5

Saya tak pernah tidur hotel kalau berjalan. Lagipun untuk tidur malam je, selebihnya masa kita berjalan so buat apa membazir dekat hotel.

Saya tidur dekat hostel, lebih murah dan selesa jugak. Kalau nak tengok review hostel boleh check dekat Hostelworld.com atau TripAdvisor.

Tapi, bukan semua boleh tidur dekat hostel terutamanya yang introvert atau tak suka gaul dengan orang lain. Ada sesetengah hostel yang sangat teruk.

Saya pernah tidur satu hostel dekat ceruk mana entah, murah hanya RM 8 sebab masa tu saya terdesak sebab tiket ke Laos habis. Cadar tak tukar, tandas kotor, panas, banyak lipas.

Ada juga hostel yang sempit dan mengehadkan ruangan personal. Dan bersiap sedia lah untuk sesetengah orang yang suka sangat berborak sampai kita nak tidur pun ajak borak, orang-orang yang berdengkur, orang keluar masuk bilik dan orang yang buat perkara-perkara ‘nakal’.

Seronok sebenarnya duduk hostel ni, sebab kita kenal macam-macam jenis orang dari pelbagai negara. Dan hostel biasanya ada sediakan ruang tamu untuk kita bersosial pada waktu lapang.

5. Makanan

tip-berjimat-masa-travel-3

Sebab saya duduk hostel, saya tak makan makanan mahal. Sesetengah hostel pun ada sediakan sarapan percuma biasanya berbentuk bijirin dan susu atau sandwich.

Untuk makan tengahari dan makan malam, saya makan roti beli dekat kedai serbaneka atau makanan tepi jalan macam Padthai, bakso, onigiri dan lain-lain. Kalau boleh, untuk makanan peruntukkan kurang RM10 sehari.

6. Pengangkutan

tip-berjimat-masa-travel-1

Guna pengangkutan awam, keretapi, tuk-tuk. Macam saya, saya lebih suka berjalan kecuali kalau betul-betul jauh. Kalau penat, baru saya sewa basikal.

Masa dekat Ayutthaya, saya sewa basikal RM 3 untuk sehari dan melawat beberapa kuil lama.

7. Masa

tip-berjimat-masa-travel-2

Ini sebenarnya cara saya melawat beberapa negara dengan cara paling murah. Saya masukkan beberapa tempat dalam satu masa.

Saya pergi 5-6 negara dalam setahun, contohnya alang-alang saya dah ke Thailand, saya melawat juga Laos, Cambodia dan Vietnam dalam masa 3 minggu.

Bukan semua orang boleh tiru cara ni sebab ada yang suka berjalan secara santai sebab penat sebenarnya. Bukan banyak masa dalam sehari, saya cuma lawat tempat-tempat menarik, rasa atmosfera dia, dan teruskan perjalanan.

Saya rasa itu saja dan dapat lah jawab soalan yang ditanyakan tu. Bagitau kawan-kawan especially yang tengah study tu. Hihi. Semoga berjaya!

Baca lagi: Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram