Assalamualaikum. Hari ini As nak kongsikan tips travel ke Perth. Sebenarnya tak perlu nak berhabis banyak pun kalau nak travel ni.

maxresdefault
HYPE
Apa Yang Best Sangat Dengan Cabaran Red Bull Sehingga Menjadi Ikutan Netizen
Baca lagi →

Cuma perlu rajinkan diri untuk buat kajian pasal tempat nak pergi dan persediaan secukupnya supaya dapat murah. Bagi saya jika bersedia dengan rapi lagi bagus sebab kalau pergi di saat akhir tanpa bersedia selalunya kos akan jadi tinggi dan banyak terlepas benda best.

Kami pergi Perth dari 28/8/2016 sampai 2/9/2016. 6 hari 5 malam. 4 dewasa dan sorang bayi. Semua bajet ni cuma untuk 4 dewasa sebab hampir semua benda percuma untuk bayi ya!

Trip kali ni As plan relax je sebab bawa mak dan bayi. As pilih travel naik kereta sebab lagi selesa untuk bayi and mak.

Perkara pertama nak kongsikan pasal bajet sebab bajet paling penting kalau nak rancang pergi ke mana-mana kan.

Bajet:

1. Tiket kapal terbang : RM580 seorang (tengah promo. Beli tiket 2 bulan sebelum pergi)

2. Luggage : RM160 (20kg pergi & balik). Seorang : RM40

3. Visa : RM20/seorang – Wiya Travel ([email protected])

4. Apartment Airbnb 5mins to Kings Park (6 hari 5 malam untuk 4 orang)
– 1 malam : RM390
– 5 malam : RM2050 (termasuk RM100 service fee)
– jadi kos untuk seorang adalag RM513 untuk 6 hari 5 malam

5. Aries Car Rental (Kereta sewa paling murah di Perth. Kereta sewa ni orang Malaysia punya. Harga ni termasuk baby car seat RM90, wajib ambil ya kalau tak kena saman 550 AUD) – RM780. Kos seorang : RM195

6. Minyak kereta sepanjang 6 hari 5malam cuma 72 AUD (RM216). Ni termasuk pergi tempat jauh (Pinnacles & Lancelin). Kos seorang : RM54

7. Parking kereta : Kebanyakan tempat tarikan free je. Cuma dalam Perth City dan Fremantle kena bayar. Tak mahal pun. Bajet lah dalam RM30 seminggu. Dalam RM8 per person.

8. Simkad Optus : 2 AUD. Untuk 5 hari 10 AUD je. Internet 500mb/hari. Cukup untuk guna waze.

9. Lokasi lawatan yang kena bayar :
Caversham : 27AUD
Araluen : 15AUD
Naik train @Araluen : 5AUD
Sandboard Rental : 10AUD (sewa 1 board je lepas tu kongsi-kongsi naik sebab sorang naik 5 kali je max. Lepas tu dah penat)
The Pinnacles : 12 AUD per kereta

Kos di lokasi menarik per orang : RM207

10. Makan best dan wajib pergi di Perth :
Chicken Charcoal Express Dianella. Lamb ribs dia memang terbaik.
Corica Pastry. Apple strudel sedap! Cream puff dia pun best!
Danish patisserie (ni masa kami pergi tutup sebab buka smpai jam 2pm je).
Kailis Fish & Chips. Ni tempat wajib pergi kalau datang Fremantle.
Coffee milk jenama Dare. Memang sedap. Asyik beli je.
Chicken Gozleme

Total bajet makan-makan tanpa berjimat sekitar : RM400 (termasuk shopping barang basah untuk masak sendiri)

Jadi kos makan-makan per orang : RM100

Jumlah bajet ke Perth tanpa berjimat hanya sekitar RM1900 je. Boleh cuba jumlahkan sendiri semua yang dah tulis kat atas.

Oh lupa. Dah termasuk 50AUD kami kena saman sebab tak bayar parking. Kami ingtkan satu tempat tu free sebab tak jumpa mesin bayar.  Jadi semua yang nak bawa kereta pastikan betul-betul tempat nak parking tu free atau berbayar.

Semua bajet ni sesuai kalau pergi berempat. Kalau pergi berlima (penuh 1 kereta) lagi jimat sebab semua bahagi 5. Kalau pergi berdua lain bajetnya ya!

Tempat best pulak. Ni itinerari kami.

Hari 1

Sampai airport petang, beli simkad Optus
Ambil kereta sewa
Check in apartment
Malam lepas solat, pergi beli arang basah untuk memasak
Kemudian singgah Esplanade, Elizabeth Quay & Bell Tower

Hari 2

Margaret Choc Factory
Vineyard (sebelah choc factory)
Cheese factory (yang ni kita orang tak masuk. Hanya berhenti di depan untuk ambil gambar sebab cantik sangat laluan nak ke kilang keju ni)
Caversham Wildlife Park
Megabes Factory Malaga ( ni tempat beli souvenir paling murah di Perth. Orang Malaysia punya. Ada beberapa kedai souvenir Megabes ni di Perth, tapa kat factory ni murah sebab pemilik dia cakap kilang ni dia orang punya dan tak perlu bayar sewa sebab tu murah. Megabes Factory ni dekat je dengan Caversham.
Tempat solat : Masjid Mirrabooka. 10 minit je dari Megabes Factory.
Woolworth (shopping barang untuk masak)

Hari 3

Araluen Botanic Garden : 1 jam dari Perth
Masjid Perth
Corica Pastry : wajib rasa apple strudel dia! Mmg sedap and famous. 22aud satu set.
Hay street

Hari 4

Charcoal Chicken express Dianella (sedap sangat terutama lamb ribs dia. dan murah juga!)
Blue boat house
Universiti Western Australia
Rainbow sea container, Fremantle
Bathers Bay
Kailis Fish Market
Fremantle Esplanade Park
Coles (supermarket best & murah)

Hari 5 (200km+  dari Perth)

The Pinnacles
Hangover bay : dekat je dari Pinnacles
Lancelin Sand Dunes
Lancelin Beach : kami solat kat taman sebelah Lancelin Beach. Tandas dia lengkap ada air dan siap ada shower lagi.
BigW (supermarket jual Corelle murah. Di supermarket lain ada jual juga tapi BigW banyak pilihan)

Hari 6

Check out hotel
Kings Park
Pulangkan kereta sewa dekat airport
Penerbangan balik Malaysia

Baca: 26 Tip Bercuti Bersama Keluarga Di Perth, Australia

TIPS TRAVEL DENGAN BAYI

1. Bawa mainan dalam flight. As bawa busy board baby. Memang best busy board ni! Im a free mama on board. Phew!
2. Jaga mood dan makan bayi
3. Bawa ubat-ubat bayi
4. As guna baby carrier Boba Air sebab senang nak lipat-lipat. Dan kalau nsk bawa stroller bawak yang ringan punya macam jenama Pockit. Boleh sewa stroller dan baby carrier.

Berikut As kongsikan sebahagian daripada gambar sewaktu kami di sana. Enjoy!

tips-melancong-ke-perth-1

Caversham.

tips-melancong-ke-perth-2

Vineyard.

tips-melancong-ke-perth-3

tips-melancong-ke-perth-4

Elizabeth Quay.

tips-melancong-ke-perth-5

Araluen.

tips-melancong-ke-perth-6

tips-melancong-ke-perth-7

tips-melancong-ke-perth-8

Araluen.

tips-melancong-ke-perth-9

tips-melancong-ke-perth-10

tips-melancong-ke-perth-11

Lancelin Sand Dunes.

tips-melancong-ke-perth-12

The Pinnacles.

tips-melancong-ke-perth-13

The Pinnacles.

tips-melancong-ke-perth-14

The Pinnacles.

tips-melancong-ke-perth-15

Kings Park.

tips-melancong-ke-perth-17

Kings Park.

tips-melancong-ke-perth-18

Container Rainbow.

tips-melancong-ke-perth-19

Hangover Bay.

tips-melancong-ke-perth-20

Corica pastry.

tips-melancong-ke-perth-21

Charcoal chicken.

tips-melancong-ke-perth-22

Blue boat house.

tips-melancong-ke-perth-23

Kailis Fish and chips.

tips-melancong-ke-perth-25

tips-melancong-ke-perth-26

Busy baby on board. Im a free mama!

tips-melancong-ke-perth-27

Travel Busy board from @aylafoo. A must for every baby and toddler. Kita jual custom made. Boleh letak nama baby masing-masing. RM89 je!

Baca lagi: Ini Cara Saya Travel Solo Di Perth, Australia Selama 5 Hari Tanpa Perlu Sewa Kereta

Artikel di atas disumbangkan oleh Asnyra Roslan. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group