Vientiane, Laos adalah negara yang masih belum saya jejaki lagi di Asia Tenggara. Untuk trip kali ni, disebabkan Lation Kip tidak ada di mana-mana money changer, jadi saya terpaksa menukarkan beberapa keping USD utk perbelanjaan di sana. Tak banyak, sekadar apa yang dirasakan cukup. Ikut kata hati.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Hanya RM136 di Vientiane, Laos. Saya akan bongkarkan perbelanjaan RM136 sepanjang di Vientiane, Laos excluded flight ticket selama 3 hari 2 malam.

1. Matawang
Cara yang saya gunakan adalah menukarkan RM ke USD dan setibanya di Laos nanti saya akan membeli beberapa coklat yang murah dengan menggunakan USD dan bakinya adalah berupa Lation Kip.

Dan sekembalinya saya di Malaysia nanti, saya akan menukarkan kesemua baki Laos Kip ke USD (jika masih berbaki). Ini kerana, matawang Lation Kip tidak boleh ditukar di Malaysia.

2. Penginapan
Untuk berjimat makanya saya memilih utk stay di Hostel dorminotary seramai 8 orang dalam satu bilik dengan harga lebih kurang RM25-30 semalam. Penginapan hostel boleh di book di handphone masing-masing dengan memuat turun (download) apps hostelworld. Boleh buat bayaran deposit 15% untuk menempah terlebih dahulu penginapan.

Book penginapan di hostelworld dengan harga RM30 per night (Dorminotary) 1 bilik 4 orang. So total untuk 2 malam RM60.

3. Transport Airport- Vientiane City (RM5)

Setibanya di International Airport Vientiane, Laos korang hanya perlu berjalan kaki keluar ke airport dan lintas opposite jalan, tahan bas ke city. Perlu diingat, bas yg saya maksudkan ni adalah berbentuk seperti ‘angkut’ sepertimana di Indonesia. Bayar hanya 10,000 Lation Kip (RM10) one way.

4. Basikal Sewa (RM16) / 2 days

Setibanya di Vientiane City, korang hanya perlu jalan kaki sejauh 1.7KM ke hostel. Jimat. Tak perlu nak naik tuk tuk yang harganya 2.5 USD.

bercuti-di-vientiane-laos-1

bercuti-di-vientiane-laos-2

That Luang, Vientiane Laos.
Ini adalah basikal yang disewa untuk beberapa hari dengan bayaran sebanyak 15,000 Lation Kip bersamaan 2 USD (RM8) sahaja. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan saya ketika berada di tengah-tengah bandar Vientiane. Actually, tempat-tempat menarik di Vientiane adalah berpusat dan tak susah untuk access dengan menggunakan basikal.

5. Transport ke Buddha Park (RM6) / return

Kayuh basikal dari hostel dan park basikal di stesen bas Vientiane. Lokasinya adalah di morning market Vientiane. Cari bas nombor 14 untuk ke Friendship Bridge – Thai. Bayar dengan harga 6,000 Lation Kip (RM3) one way. Perjalanan lebih kurang 1 jam.

Baca: 12 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke IndoChina

bercuti-di-vientiane-laos-6

bercuti-di-vientiane-laos-3

Sleeping Buddha, Buddha Park.
Ini adalah tempat tumpuan “hot spot” kalau korang berada di Vientiane, Laos. Untuk ke sini, perjalanan korang adalah lebih kurang 45 minit dengan motor / 1 jam dengan menaiki bas.

Tapi kalau ambik tour korang akan naik tuk tuk yang harganya sangat mahal. Melampau mahal 9 USD = 75,000 Lation Kip (RM36). Kalau sewa skuter pun mahal, which is 10 USD (RM40) per scooter/per day. Mahal gila kan.

Untuk strategi jimat, saya memilih untuk rent basikal dgn harga 2 USD (RM4) per day ke Morning Market Bas Station dan ambik bas bernumber 14 ke tempat ini. Tambangnya hanya 6,000 Lation Kip = RM 3 per way.

Jadi, jumlah total untuk ke Buddha Park adalah RM10 sahaja + saya ada basikal yang disewa untuk satu hari di Laos. Jimat RM68.

Nota: Bagi sesiapa yang memilih untuk menaiki bas ke Buddha Park, driver bas akan transit ke Relationship Bridge Lao – Thai. Untuk sesiapa yang nak pergi ke Thailand, boleh la turun di sini untuk cop passport di border. Bagi yang meneruskan perjalanan ke Buddha Park, korang tak perlu turun. Just stay dalam bas untuk ke sini.

6. Entrance Fees (RM10)

Ini termasuk semua tempat hotspot di Vientiane, Laos dan Buddha Park.

7. Lain-lain (makan minum) – RM40

Total: Penginapan (RM60) + Transport Airport – Vientiane City (RM5) + Basikal Sewa (RM16) / 2 days + Transport ke Buddha Park (RM6) / return + Entrance Fees (RM10) + Lain-lain (makan minum)= RM136 all in excluded flight ticket.

Tiket flight saya dapat RM175 return, naik AirAsia.

bercuti-di-vientiane-laos-10

bercuti-di-vientiane-laos-7

bercuti-di-vientiane-laos-8

bercuti-di-vientiane-laos-9

bercuti-di-vientiane-laos-4

Travel Like A Local. Inilah yang saya lakukan ketika di Vientiane, Laos. Memasak di rumah penduduk tempatan dan berkongsi makanan. Which is, sama-sama masak.

Menariknya di sini, saya dapat berkongsi pengalaman dan melayan kerenah anak-anak kecil di sini. ‘His name is Jackie‘, budak kecil yang selalu merampas iPhone untuk bermain game. Sangat cilik.

Sekali tengok je password iPhone terus boleh ingat dan login masuk. Bila dia buat salah, dia akan peluk erat-erat tanda maaf. — in Vientiane, Laos.

Baca lagi: 7 Tip Simpan Duit Dan Berjimat Semasa Travel Untuk Yang Masih Belajar

Artikel di atas disumbangkan oleh Fen Ninetyone. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group