Bagi warga Malaysia, travel ke Pakistan mungkin sedikit asing berbanding lokasi lain. Ditambah dengan syarat perlu memohon visa bagi warga Malaysia sebelum masuk ke negara ini.

Saya berkesempatan mendapatkan tips dari Iema Alias yang telah berjaya travel solo ke Pakistan selama 8 hari pada bulan Julai 2017. Lebih menarik Ima telah ke Swat Valley, lokasi penuh kontroversi dan merupakan tempat lahir Malala Yousafzai, seorang aktivis yang memperjuangkan hak pendidikan untuk kaum wanita di tempatnya.

Swat Valley pernah dianggap sebagai sarang Taliban dan tiada pelancong dibenarkan ke sini sewaktu ia dikuasai Taliban. Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan oleh Ima ternyata Pakistan menawarkan pemandangan yang pastinya menjentik perasaan bagi mereka yang gemar menikmati keindahan alam.

Untuk pengetahuan ini merupakan kunjungan kedua Ima ke Pakistan. Kunjungan pertama Ima adalah secara berkumpulan bersama beberapa rakan namun ia adalah ke lokasi lain, bukan ke Swat Valley.

Dari Kuala Lumpur route Ima  meliputi Delhi – Amritsar – Wagah Boarder – Lahore – Mingora – Bahrain – Kalam (Swat). Ikuti tips dan perkongsian Ima.

travel-ke-pakistan-7

travel-ke-pakistan-4

Persediaan memohon visa Pakistan

Sebenarnya bukan mudah untuk memohon visa ke Pakistan apatah lagi bagi seorang wanita yang mahu travel solo ke sana. “Yang paling stress adalah masa nak buat visa. Ima menggunakan khidmat Haris Ali Shah untuk letter of invitation. 

Dokumen yang diperlukan adalah:
1. 2 keping gambar
2. Borang permohonan yang di print untuk diisi
3. Bayaran RM30 untuk yuran visa (Affin Bank)
4. Salinan passport
5. Passport asal
6. Letter of invitation
7. Itenarari dan bukti penginapan semasa trip di Pakistan nanti
8. Penyata bank
9. Itenarari penerbangan
10. Surat kebenaran dari ibubapa atau suami untuk travel secara solo di Pakistan.
11. Jika wanita yang nak travel solo ke Pakistan, bawa sekali ibubapa atau suami semasa mohon visa sebagai bukti bahawa kita memang dapat kebenaran oleh keluarga terdekat untuk travel solo ke sana. Dan ia adalah benar.

Syarat no 10 adalah paling susah untuk Ima disebabkan beliau bakal travel solo, dan telah dipanggil untuk temuduga di kedutaan Pakistan di KL. “Masa ditemuduga pegawai tu was-was dengan saya. Dia kata saya palsukan surat kebenaran, yakni saya tandatangan sendiri bagi pihak ayah. Puas saya nafikan, tetapi dia tetap tak terima.

Dan dia minta saya bawa ayah ke pejabat kedutaan jika nak permohonan ini diluluskan. Disebabkan jarak yang agak jauh (KL – Ipoh), di tambah bulan puasa, Ima bagi alasan ayah tak boleh travel jauh. Pegawai tu akhirnya cakap kalau macam tu pergi buat surat angkat sumpah dan datang lagi sekali. Pegawai itu siap cakap, “do as what I said and thank you. Sah-sah dia bagi hint nak halau cara berhemah.

Saya redha, pulang ke Ipoh dengan hiba. Mula-mula saya dah ggive up tapi kawan-kawan bagi semangat. Memandangkan duit visa dah bayar jadi saya gagahkan diri bawa ayah pergi angkat sumpah. Alhamdullillah ayah saya memang sporting.

Saya ke KL sekali lagi dengan harapan yang tipis. Kali ini kena temuduga kali kedua. Bila sampai giliran saya masuk ke dalam bilik, officer tu pandang dua kali dan dia cakap Urdu dengan kawan dia. Ayat dia – macam pernah datang budak ni. Saya pun mencelah dan menyampuk antara mereka berdua. Terkejut si pegawai bila saya boleh faham Urdu. Tapi lepas tu saya diam. Takut kena soal benda lain pula. Dia belek dokumen saya dan terus tanya – 10 days enough for you?

Saya terus angguk-angguk dan dia suruh saya keluar. Macam tu je? Tak sampai 5 minit pun. Alahai baik dia bagi je masa mula-mula saya datang hari tu. Apa pun, Alhamdullillah visa lulus. Moral of the story, sila pastikan dokumen anda lengkap. Kalau tak memang berulang-alik sajalah ke pejabat kedutaan.

Sila ambil maklum kedutaan pakistan hanya bukak 2 jam sahaja untuk permohonan visa iaitu dari jam jam 9 am-11 am. Untuk ambil visa pula pada jam 4pm -5pm sahaja. Selain dari waktu ini pejabat kedutaan ditutup untuk orang awam.”

Jika anda travel berkumpulan, biasanya permohonan visa lebih mudah dan kemungkinan besar tak perlu temuduga.

Sebelum mohon visa Pakistan pastikan anda sudah dapat  letter of invitation (LOI). Jika tak ada surat ini, tak boleh mohon visa. Letter of invitation boleh didapati dari kawan-kawan Pakistan (jika ada) atau dari ejen-ejen di pakistan. Biasanya letter of invitation yang ditawarkan ejen berharga dari USD50 hingga USD80.”

Baca:  Apa Yang Saya Pelajari Setelah Gagal Mendapatkan Visa Pakistan

travel-ke-pakistan-1

travel-ke-pakistan-2

travel-ke-pakistan-51

travel-ke-pakistan-3b

travel-ke-pakistan-6

travel-ke-pakistan-8

Adakah Pakistan selamat untuk wanita travel solo?

1. Travel di Pakistan sangat selamat disebabkan sikap rakyat negara ini yang menghormati tetamu tak kira bangsa dan jantina. Mereka juga sangat pemurah dengan tetamu.

2. Kebanyakan lokasi di Pakistan di bawah jagaan tentera. Pelancong diwajibkan lapor diri di setiap checkpost. Tujuannya memudahkan mereka menjejak pelancong di lokasi terakhir checkpost jika ada apa-apa berlaku.

3. Ramai pelancong dari negara barat yang datang ke Pakistan cuma mereka tidak begitu berkongsi tentang kisah pengembaraan mereka. Melalui review yang dibaca oleh Ima dan sewaktu berbual dengan pelancing barat semasa di Pakistan, rata-rata mengatakan Pakistan sangat selamat dan ada yang datang ke Pakistan setiap tahun.

4. Rakyat Pakistan tidak mengamal unsur tips dalam kehidupan seharian. Mereka jujur dan kadang-kadang mereka sendri akan belanja kita, jemput ke rumah dan paksa makan. Ini adalah tradisi mereka meraikan tetamu dengan sebaiknya dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

5. Sebenarnya ada ramai juga wanita yang mengembara solo ke Pakistan dan setakat ini tiada lagi berita mengatakan mereka pernah ditipu atau melalui gangguan seksual.

6. Namun begitu Ima berpesan, “sebagai wanita yang travel solo, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berwaspada sebab kita tak tahu siapa yang jahat dan siapa yang baik. Pastikan dah buat kajian bagi setiap lokasi yang kita nak pergi dan elakkan dari mengikut sebarang orang yang tidak dikenali. Juga jangan terlampau peramah. Takut nanti ada yang salah faham dengan kita. Hehe.”

7. Bagi pengembara wanita, jaga etika berpakaian. Pakai pakaian yang sopan dan labuh. Bagi yang tidak bertudung, pakailah selendang untuk tutup rambut dan badan. Ini adalah budaya perempuan Pakistan.

8. Perkara utama yang perlu diambil kira sebagai solo traveler adalah rancang betul-betul daerah mana yang akan dilawati sebab Pakistan sangat besar. Jarak dari satu tempat ke satu tempat sangat jauh. Jika perjalanan mengambil masa dalam 8-12 jam sila gunakan bas malam kerana kita boleh tiba awal di lokasi, menjimatkan masa dan kos tempat tinggal.

9. Pastikan kad bank diaktifkan untuk transaksi luar negara. Kad atm dengan kemudahan Meps hanya ada di bandar-bandar besar, Jadi sila keluarkan duit secukupnya untuk sepanjang perjalanan.

10. Di Swat tiada sebarang mesin atm untuk transaksi luar negara. Jika duit anda habis, amat rumit dan jauh untuk mencari bank. Mungkin anda terpaksa menempuh perjalanan selama berbelas-belas jam semata-mata untuk mencari atm yang ada Meps.

11. Rancang musim yang ingin dilawati dengan tepat kerana faktor bencana alam dan cuaca sangat mempengaruhi perjalanan dan trip. Ada masa berlaku tanah runtuh dan runtuhan ais (avalanche) yang menyebabkan jalan ditutup dan ini boleh menyebabkan anda terpaksa melanjutkan tempoh trip.

12. Pengangkutan awam boleh dikatakan agak bagus kerana terdapat bas yang selesa untuk perjalanan jauh. Anda boleh ambil bas ini untuk perjalanan malam. Minuman dan makanan ringan diberikan percuma kepada penumpang di dalam bas.

13. Pastikan anda buat salinan visa dan pasport paling kurang sebanyak 20 keping kerana askar akan minta salinan dokumen ini di setiap checkpost dan kita perlu laporkan pergerakan kita.

14. Pastikan anda betul-betul faham dan tahu ke mana lokasi nak pergi. Askar akan tanya kita nak ke mana, buat apa, dengan siapa dan macam-macam lagi. Jika teragak-agak semasa menjawab soalan, maka bersedialah untuk sesi soal jawab yang lagi panjang.

15. Bagi pengembara solo wanita pastikan ada buat salinan surat kebenaran untuk travel solo, samada dari ibubapa atau dari suami untuk yang dah berkahwin. Ini wajib dan dokumen  ini dipandang serius kerana mereka sangat ambil berat tentang keselamatan pelancong wanita.

16. Sila hormati budaya orang di sana. Belajar beberapa perkataan asas dalam bahasa Urdu untuk ambil hati orang tempatan. “Mereka sangat seronok bila kita tau sikit-sikit bahasa mereka.”

17. Di kawasan pergunungan jangan sesekali ambil gambar gadis dan wanita tempatan sebab ini dikira sebagai biadap dan akan menimbulkan kemarahan. Perempuan di kawasan ini sangat menjaga batas dan mereka akan menutup muka jika terserempak dengan orang yang tidak dikenali.

18. Jika anda mahu mengambil gambar kanak-kanak sila minta izin dengan orang dewasa yang berada berdekatan. “Biasanya mereka pasti akan bagi cuma kita kena tunjuk yang kita ni tau adap sikit.”

19. Makanan ruji Pakistan berunsurkan roti dan gamdum seperti paratha, chapati dan naan. Mereka hanya makan nasi dalam 2 ke 3 kali seminggu. Agak susah nak jumpa nasi putih. Yang ada selalunya adalah beriyani dan puloa. Jika muah jemu makan hidangan begini sila bawa bekal dari Malaysia.

20. Di bandar-bandar besar di Pakistan ada Uber. Jadi boleh gunakan Uber dengan bijak.

21. Pelancong bebas ke mana saja di dalam Pakistan kecuali di daerah Azad Kashmir. Kawasan ini memerlukan kita memohon NOC (no objection certificate) yang diberikan oleh kerajaan Pakistan.

Permohonan NOC hendaklah dibuat 6 bulan sebelum tarikh perjalanan. Jadi sekiranya anda bercadang ke Kashmir di bawah jajahan Pakistan, anda memerlukan LOI + NOC + visa. 3 dokumen yang berbeza.

22. Azad Kashmir merupakan kawasan panas dan selalu berlaku tembakan peluru sesat. Dikataan peluru sesat ini adalah serangan dari India disebabkan kedua-dua negara ini memang musuh tradisi. Atas alasan inilah kerajaan Pakistan tak benarkan pelancong sewenang-wenangnya ke sini kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada pelancong dan kerajaan Pakistan dipersalahkan,

“Jangan dengan Kashmir. India ada Kashmir dan Pakistan pun ada Kashmir. Dua tempat yang berbeza tapi berhampiran” – Ima.

travel-ke-pakistan-13

travel-ke-pakistan-14

travel-ke-pakistan-15

travel-ke-pakistan-16

travel-ke-pakistan-17

travel-ke-pakistan-19

travel-ke-pakistan-20

travel-ke-pakistan-21

travel-ke-pakistan-22

Penginapan di Pakistan

23. Untuk penginapan boleh ditempah bila sampai di lokasi. Ini disebabkan kadang-kadang itinerari Ima berubah ikut kesesuaian terutama jika nak duduk lama di tempat yang disukai.

24. Terdapat juga pilihan couchsurfing terutama di bandar-bandar besar seperti Lahore dan Islamabad. Dan seperti biasa sebelum hantar request, pilih host yang sudah ada banyak reference dan boleh dipercayai. “Dalam trip ini Ima ada gunakan couchsurfing di Lahore.”

Bagaimana dapatkan tour guide di Pakistan

25. Ima ambil tour guide apabila tiba di Swat kerana di sana para pelancong  diwajibkan ambil pemandu pelancong tempatan. “Kita tak boleh merayau sesuka hati dan hanya orang tempatan yang lebih arif tentang kawasan di sini disebabkan jalannya di sekitar lembah, kawasan gunung dan hutan yang jauh.”

26. “Kita juga perlu lapor diri kepada askar di pekan Kalam. Untuk kes Ima polis datang ke hotel tempat Ima menginap sebab di waktu itu hanya Ima seorang saja pelancong asing yang datang ke Swat. Police akan pastikan samada Ima dah pulang ke hotel atau belum pada setiap petang sebab risau takut apa-apa jadi kat Ima. Ini yang buat Ima rasa selamat.”

27. Menurut Ima beliau juga telah diberikan nombor pegawai askar yang ditugaskan menjaga Ima. Jika berlaku apa-apa, boleh segera hubungi pegawai polis tersebut termasuk sekiranya terkandas di mana-mana.

“Dan yang paling best Ima tidak dilayan sebagai pelancong. Sebaliknya Ima dilayan seperti ahli keluarga. Makan minum Ima hari-hari ada orang belanja dan jemput ke rumah.”

28. Ima juga mengupah seorang pemandu di Swat. Dikenali sebagai Lalaji, beliau seorang pakcik tua tapi masih cekap memandu jeep di kawasangan pergunungan, adventurous, dan sangat semangat apabila bercerita tentang Swat Valley. “Malangnya dia bercerita dalam bahasa Pushto, iaitu dialek tempatan. Memang itik dan ayam lah jadimya. Ima hanya mampu balas – ooo really. Good. Syukriya. Haha.”

“Ada hari tertentu Ima kongsi jeep dengan pelancong tempatan jadi kos dia akan lebih murah sebab berkongsi kenderaan. Tapi ke mana-mana pun orang akan pandang sebab mereka tertanya-tanya Ima muncul dari planet mana. Hehe.”

Lokasi yang dikunjungi Ima di Swat

Di Swat Ima melawati banyak tempat-tempat cantik seperti:
Kalam Town
Ushu Forest
Mahudand Lake
Nasrullah Lake
Saifullah Lake
Buyun Village
Laddou Forest
Hilltop Area
Dan beberapa lagi tempat menarik yang dibawa oleh pemandu pelancong tempatan. ‘Swat memang cantik dan digelarkan sebagai Switzerland of Pakistan. Memang cantik, sungai dan tasik yang berwarna biru kristal, gunung yang menghijau dan bunga-bunga liar yang berwarna-warni.

Untuk pengetahuan, Pakistan merupakan destinasi pertama Ima travel secara solo. Mungkinkah langkah Ima akan lebih panjang selepas ini? Apa-apa pun, jom layan gambar yang dikongsikan oleh Ima. Harap tak ada mata yang nak ‘meletup’ dengan view pemandangan cantik ini.

travel-ke-pakistan-9

travel-ke-pakistan-10

travel-ke-pakistan-11

travel-ke-pakistan-12

travel-ke-pakistan-23

travel-ke-pakistan-24

travel-ke-pakistan-25

travel-ke-pakistan-26

travel-ke-pakistan-27

travel-ke-pakistan-28

travel-ke-pakistan-29

travel-ke-pakistan-30

travel-ke-pakistan-31

travel-ke-pakistan-32

travel-ke-pakistan-34

travel-ke-pakistan-33

travel-ke-pakistan-35

travel-ke-pakistan-36

travel-ke-pakistan-37

travel-ke-pakistan-38

travel-ke-pakistan-39

travel-ke-pakistan-40

travel-ke-pakistan-41

travel-ke-pakistan-42

travel-ke-pakistan-43

travel-ke-pakistan-44

travel-ke-pakistan-45

travel-ke-pakistan-46

travel-ke-pakistan-47

travel-ke-pakistan-48

travel-ke-pakistan-50

Baca lagi: Bagaimana Artikel Vocket Jadi Penyelamat Ketika Saya Disyaki Sebagai Taliban Di India