Salam. Saya nak buat sedikit perkongsian pengalaman dan tips sepanjang kunjungan saya ke India baru-baru ini. Saya menaiki AirAsia dari Kuala Lumpur dan mendarat di New Delhi pada 10/3/2017.

Suhu di New Delhi pada waktu itu agak sejuk sekitar 18-20 darjah celcius dan lebih sejuk pada waktu malam iaitu sekitar 14-16 darjah celcius.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini adalah kali pertama saya menjejak ke negara 4 musim, jadi sedikit jakun dan teruja dengan cuaca yang berlainan dengan Malaysia. Oh sebelum terlupa, kunjungan ini adalah dilakukan secara solo backpacking.

Saya melawat ke beberapa pekan/bandar iaitu New Delhi semestinya, Agra, Mathura dan Manali (12 hari keseluruhan nya). Beberapa tips penting yang saya rasakan berguna untuk mereka yang ingin berkunjung ke India adalah seperti berikut:

tip-travel-ke-india-1

tip-travel-ke-india-2

tip-travel-ke-india-4

tip-travel-ke-india-3

1. Berhati-hati dengan pelbagai jenis penipuan/scam terutamanya di bandar seperti New Delhi dan Agra.

Okay jujur, sebenarnya agak payah untuk mengetahui kita di scam atau tidak sebab mereka sangat licik, mulut manis dan mempunyai link/group yang agak besar. Saya sendiri pun di scam pada malam pertama saya menjejak kan kaki di India.

Begini cerita nya, kapal terbang saya mendarat pada sekitar pukul 10 malam waktu tempatan. Saya menaiki India Metro (ala ERL) dari lapangan terbang ke pusat bandar New Delhi.

Tiba sahaja di New Delhi station, saya berniat untuk berjalan kaki ke hostel (tempahan sudah dibuat di Booking.com) tetapi setelah di kerumuni dengan pemandu taxi, dipujuk rayu saya pun akur (it’s actually a rickshaw, kereta kaki tiga tu lah).

Lagipun saya dah terketar-ketar waktu tu sebab tak tahan sejuk, harga nya pun agak murah sekitar RM 3.00. Dalam perjalanan ke hostel tu saya sudah merasa tidak sedap hati kerana terasa jauh perjalanan sedangkan mengikut kajian saya, kawasan hostel saya itu hanya memakan masa 20 minit berjalan kaki dari New Delhi station tadi.

Tapi saya husnuzon ya kawan-kawan. Saya diamkan sahaja dan menikmati perjalanan yang jauh itu sehinggalah kami tiba di suatu pondok polis (ala-ala balai polis bergerak Brickfields).

Seorang lelaki berpakaian polis datang kepada saya dan menyatakan kawasan itu ditutup. Katanya lagi hostel saya berdekatan dengan Jama Masjid dan di situ merupakan kawasan penempatan ramai Muslim.

Ianya ditutup kerana perayaan Holi semakin dekat dan ramai Muslim akan membuat kacau bilau disana. Polis itu mengarahkan saya untuk mendapatkan pass keselamatan di pejabat kerajaan yang dibuka 24jam di kawasan Connaught Place.

Saya yang pada itu sudah mula risau hanya menuruti, asalkan saya selamat sampai ke hostel saya. Jam pada waktu itu juga sudah menghampiri pukul 12 tengah malam.

Pemandu teksi itu juga bersetuju untuk menghantar saya ke pejabat kerajaan dan seterusnya ke hostel saya dengan tambahan RM 15. Perjalanan ke pejabat kerajaan itu agak jauh dan alangkah terkejut nya saya sesudah sampai disana ianya bukan lah pejabat kerajaan tetapi merupakan sebuah tempat agen pelancongan.

Agen itu membuat panggilan palsu dan menyatakan hostel saya telah membatalkan tempahan saya dan menyuruh saya membuat tempahan baru di tempat lain. Saya sangat marah pada waktu itu dan terus beredar.

Namun setelah keluar, ada beberapa lelaki India bersama botol arak sedang menunggu di luar. Mereka meminta saya membayar RM 50 kepada pemandu taxi tadi.

Saya yang agak ketakutan dan gigil kesejukan terus mencampak kan 10USD dan meluru lari tak cukup tanah bersama backpack saya yang seberat 12kg! Fuh! Itu baru beberapa jam menjejak kaki ke India okay.

Berpandukan Google Map (offline mode) saya berjalan kaki ke hostel, selamat sampai sekitar pukul 2 pagi. Jadi pengajaran nya disini adalah be cautious about who you trust and always trust your gut instinct. If something is fishy then it probably is a scam or trap!

tip-travel-ke-india-5

tip-travel-ke-india-6

tip-travel-ke-india-7

tip-travel-ke-india-8

2. Tips kedua pula adalah berkenaan makan dan minum.

Jangan sesekali makan street food, walaupun nampak sedap dan ramai local yang beratur nak membeli. Perut kita tak sama kental macam perut orang tempatan kat sana.

Jadi jangan ambil risiko untuk makan street food. Kalau boleh, cari restoran yang di cadangkan di dalam TripAdvisor. Pastikan juga makanan yang dihidangkan itu panas. Janganlah juga berani nak makan buah/jus atau salad walaupun sudah dibasuh.

Air yang digunakan untuk membasuh juga mungkin dari air yang tercemar. Jadi hati-hati ya. Saya alhamdulillah lah tak sakit perut sepanjang disana walaupun ada sekali dua terbeli street food (ehek jangan marah, kebulur sangat waktu tu).

Baca: Bagaimana Kami Jadi Mangsa ‘Scammer’ Professional Sewaktu Travel Di India

3. Tips seterusnya pula adalah berkenaan dengan pengangkutan.

Pengangkutan bagi saya di India adalah murah. Tapi kena ingat balik tips no 1 saya tadi, jangan kau kena tipu Tipah. Kalau kena tipu akan jadi mahal.

Kalau di bandar New Delhi saya lebih gemar menggunakan Uber kerana Uber tidak menipu ya. Uber disana juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Malaysia.

Bagi pengangkutan dari satu bandar ke bandar yang lain, saya menggunakan khidmat bas dan keretaapi. Seperti juga di Malaysia, ulat tiket disana sangat banyak. Jadi pastikan anda membeli tiket di kaunter terminal bas/keretapi yang berkenaan.

tip-travel-ke-india-9

tip-travel-ke-india-10

tip-travel-ke-india-11

tip-travel-ke-india-12

4. Tips keempat adalah berkenaan komunikasi.

Rata-rata komunikasi tidak menjadi masalah yang besar di India. Tidak semua boleh bercakap bahasa Inggeris dengan betul, but they know the basic words.

Kalau yang terpelajar tu, bahasa Inggeris mereka sangat power dan laju percakapan nya sampai saya sendiri tidak dapat tangkap. Tidak seperti kunjungan saya ke China, macam ayam bercakap dengan itik semua orang (ceh nak juga selit).

Tips yang saya rasakan penting juga adalah, belajar sedikit bahasa mereka. Saya sangat beruntung kerana saya ada belajar sedikit bahasa Hindi, jadi apabila ingin memasuki ke tempat-tempat tourist attraction (Qutb Minar, Red Ford, Humayun Tomb, Agra Fort), saya mencuba nasib beratur dibarisan kaunter untuk pengunjung tempatan.

Nasib baik, semua nya lepas! Haha kecuali Taj Mahal kerana kawalan nya agak ketat dan mereka meminta kita untuk menunjuk kan bukti ID/Passport. Harga tiket sangat jauh berbeza diantara pelancong tempatan dan pelancong asing, sekitar 8-10 kali ganda.

tip-travel-ke-india-13

tip-travel-ke-india-14

tip-travel-ke-india-15

tip-travel-ke-india-16

tip-travel-ke-india-17

tip-travel-ke-india-18

tip-travel-ke-india-19

tip-travel-ke-india-20

Itu sahaja lah kot tips yang saya rasakan berguna setakat ini. Sangat panjang sebenarnya untuk saya cerita kan semuanya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh dm or komen dibawah. InsyaAllah saya akan cuba jawab. Anyway walaupun orang kata macam-macam benda buruk pasal India, saya tetap tak serik.

It may annoy you like hell when you are there but as soon as you leave you will be already planning your next trip to go back! Kalau ada rezeki saya nak pergi lagi mungkin ke bahagian Selatan dan Barat India.

Baca lagi: Ini Yang Jadi Bila Aku Kena Scam Semasa Travel Di India