Memandangkan saya ada banyak masa terluang atas bot ni, marilah saya kongsikan macam mana nak belayar di Sungai Amazon. Secara ringkasnya, saya telah travel selama sebulan setengah merentasi sungai Amazon bersama rakan saya Kim.

Selama sebulan lebih ni ada 4 leg untuk belayar dari satu bandar ke satu bandar lain sepanjang Sungai Amazon merentasi 3 negara, iaitu Peru Colombia dan Brazil.

Route kami adalah Pucallpa – Iquitos – Santa Rosa/Leticia/Tabatinga – Manaus – Belem. Jaraknya mungkin lebih kurang 6000 kilometer.

tip-travel-di-amazon-16
First leg journey with Carlos Antonio ETD 1930H but I guess we may need to wait longer since the cargo is half empty

Dan ini 10 tips untuk rujukan jika ada antara pembaca yang mungkin bercadang nak travel ke Amazon, macam kami.

1. Iquitos cuma boleh diakses melalui udara dan air saja. Tiada jalan darat, bermakna tiada bas untuk sampai ke Iquitos.

Jadi, disebabkan itu kami namakan perjalanan untuk sampai ke Iquitos sebagai leg pertama.

Kami pilih Pucallpa disebabkan Pucallpa paling dekat dengan Huanuco, tempat kami buat urusan jual beli motorsikal.

Coincidentallly, Pucallpa terletak di tepi Sungai Uyacalli yang mengalir hingga bertemu dengan Sungai Marañon.

Pertemuan 2 sungai inilah yang membentuk Sungai Amazon. Jadi, kalau anda nak completely sails in the Amazon, Pucallpa adalah starting point yang terbaik.

Tapi, ini tak bermakna anda harus bermula di Pucallpa. Iquitos juga boleh diakses melalui mana-mana navigable ports.

Bukan setakat Pucallpa saja. Contohnya Yurimaguas, Lagunas ataupun kalau anda mahu anda juga boleh bermula dari Quito, Ecuador.

Dari Pucallpa, bot belayar dari Port Henry. Pelayaran akan mengambil masa paling kurang 4 hari 3 malam bergantung kepada muatan kargo.

Kalau banyak kargo lamalah perhentiannya sebab kerja-kerja memunggah kargo yang dibuat secara manual. Pelayaran bukan straight sampai ke Iquitos ye saudara saudari.

Nama pun kargo bot, jadi banyaklah perhentian di kampung-kampung sepanjang sungai yang kelangsungan hidup penduduknya sangat bergantung dengan bot-bot ini.

Tambang dari Pucallpa ke Iquitos berharga 100 soles termasuk 3 meals daily. Tapi air minuman sila bawa sendiri melainkan anda sanggup minum air sungai.

Makanan yang disediakan pun tak boleh pilih. Apa mereka masak, itulah kau makan. Selalunya, nasi dengan kacang dalam tin, pisang goreng (Peruvian memang makan nasi dengan pisang goreng) dan juga ayam.

Oh btw, kami cheat leg pertama dengan naik flight terus ke Iquitos. Hahahaha. Flight 45 minit, naik bot 4 hari. Harga tiket flight paling murah ialah lebih kurang US$50 oleh Star Peru yang terkenal suka delay berkali-kali.

Selain Star Peru, Peruvian Airlines pun terbang ke Iquitos tapi tambangnya lebih mahal sedikit.

tip-travel-di-amazon-2
Rio Amazonas.

tip-travel-di-amazon-4

This is Amazon. Did you know, the Brazilian called the upper streches of the Amazon River as Rio Salimōes? Aku pun baru tau bila aku sampai di Tabatinga. Tengok peta dok heran kenapakah jadi Salimōes pulak rupa-rupanya. Anyway, after the confluence between Rio Negro and Rio Salimōes, then only they called it Rio Amazonas. Gitulah ceritanya

2. Selepas anda sampai ke Iquitos dan ronda-ronda kawasan, bolehlah start leg kedua; dari Iquitos ke Leticia/Tabatinga.

Dari Iquitos, kargo bot belayar setiap hari kecuali hari Ahad dari Port Masusa. Ada beberapa company, jadi pandai-pandailah pilih bot yang nampak lawa dan beli tiket terus dari kapten kapal.

Perjalanan akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam. Kalau diikutkan, bot bertolak pukul 7.30 malam, tapi biasanya pukul 9 malam belum tentu habis punggah kargo lagi.

Dan kalau nak spot terbaik untuk gantung hammock, kenalah datang seawal jam 4 petang. Itupun dah lambat sebenarnya. Pukul 4 petang pun dah ramai yang gantung hammock. Kadang-kadang pagi-pagi lagi mereka dah mai.

Harga tiket ialah 80 soles. Kalau pandai minta kurang mungkin boleh dapat murah lagi. Tapi maksimum anda patut bayar tak lebih dari 80 soles.

Sekali lagi makanan termasuk dalam harga tiket. Sarapan pun boleh tahan sedap, bubur barli manis cecah roti. Lunch dan dinner tak sedap langsung, jadi silalah bawa makanan kalau tak nak kelaparan.

Selain bot kargo, ada 2 company yang menawarkan servis bot laju yang cuma ambil masa 10 jam untuk sampai di Leticia/Tabatinga. Harga tiket untuk bot laju ialah 200 soles.

Disebabkan kami pilih untuk ambil kargo bot, jadi kami pun tak pasti di mana nak beli tiket bot laju. Anda boleh dapatkan info di iPeru (Tourist Information Office) dekat plaza De Armaz.

Santa Rosa/Leticia/Tabatinga ialah sempadan 3 negara. Perhentian terakhir untuk bot-bot yang belayar dari Iquitos ialah Santa Rosa, sebuah pulau kecil di sempadan Peru.

Urusan imigresen untuk stamp out dari Peru mestilah diselesaikan dulu di Santa Rosa. Kemudian dari Santa Rosa kena ambil bot kecil untuk ke sempadan Colombia iaitu Leticia yang berkongsi dengan bandar di sempadan Brazil, Tabatinga.

Tak jauh pun sekitar 10 minit menyeberangi sungai. Ini ialah gray area ye saudara saudari. Tiada persempadan yang jelas antara Brazil dan Colombia, tiada no man’s land.

Anda boleh keluar masuk kedua-dua negara tanpa perlu cop sana sini. Tapi, kalau anda nak stay di Leticia, kenalah stamp in bahagian Colombia.

Imigresen Colombia juga akan minta info hostel. Jadi sila bersedia dengan semua maklumat walaupun tanpa reservation yang sah. Imigresen Leticia letaknya di Leticia Airport.

Selepas sampai di Port Leticia, kena ambil teksi/motocarro/mototaxi ke Airport yang letaknya di hujung pekan Leticia. Pekannya kecil je, lebih kurang 5-6 km sampailah airport.

Jalanraya pun ada satu je terus sampai airport di hujung jalan. Jalan kaki pun boleh sampai. Dari Leticia juga anda boleh terbang ke Bogota atau Medellin jika mahu.

tip-travel-di-amazon-3
The Human Cargo. Living with them on the boat for days was an interesting affair.

tip-travel-di-amazon-8

I wish I have better raya picture. Tapi takdo…takde baju raya, kuih raya, rendang ketupat semua takde. Yang ada cuma lagu raya je. Hri-hari dengar masa dalam boat. Kami baru sampai di Manaus selepas beberapa hari perjalanan dengan boat. Last few days of Ramadhan dalam boat.

tip-travel-di-amazon-14

tip-travel-di-amazon-13

3. Leg ketiga ialah dari Tabatinga ke Manaus. Bot belayar dari Tabatinga Port setiap hari Rabu dan Sabtu sahaja, mengambil masa selama 4 hari 3 malam.

Harga tiket ialah 200 Brazilian Reais.

Tips berjimat; kalau anda beli tiket sehari sebelum hari pelayaran mungkin boleh dapat kurang dari 200 reais. Tapi kalau beli masa hari pelayaran memang kena bayar 200 reais.

Bot ke Manaus lebih padat dari bot ke Leticia bermakna anda kenalah pergi beratur di Port awal-awal. Walaupun bot bertolak jam 3 petang, pukul 9.30 pagi dah terpacak beratur demi untuk mendapatkan spot terbaik untuk gantung hammock.

Macam sebelumnya, makanan juga termasuk dalam harga tiket dan menunya jauh lebih baik dan menyelerakan dari servis bot di Peru. Lebih banyak tandas dan bilik mandi disediakan dan lebih bersih dari Peru.

Jadi takdelah nak berebut sangat. Air minuman berfilter juga disediakan, as well as toilet rolls. Jadi, ringkasnya cuma bawa badan ajelah. Semua telah ada disediakan.

Tapi kalau nak senang, silakan bawa pinggan mangkuk sudu garpu sendiri. Lagi cepat dapat makanan, kalau tak kena beratur tunggu giliran.

Selain slow boat, ada juga speed boat yang harganya ialah US$170. Tapi tak pasti perjalanan mengambil masa berapa lama sebab tak terserempak dengan mana-mana traveler yang ambil speed boat.

Sebelum meninggalkan Tabatinga, sekali lagi anda kena pastikan urusan imigresen selesai sebelum naik bot ke Manaus.

Jangan dah naik bot baru terfikir nak cop, memang cari masalah lah tu kan. Urusan imigresen kena buat sendiri dan jarak antara pejabat imigresen kedua-dua negara boleh tahan jauh.

Sebelum beli tiket bot ke Manaus, pastikan dah stamp out dari Colombia dan stamp in di Tabatinga, Brazil. Pejabat Imigresen Tabatinga letaknya di Balai Polis.

Jangan senagaj lewatkan untuk stamp in selepas exit dari Leticia. Anda hanya ada masa 24 jam saja, kalau anda stamp in selepas 24 jam merasalah kena penalti ye.

Sepanjang pelayaran dari Tabatinga ke Manaus akan ada banyak perhentian yang mana anggota polis dan askar akan naik dan memeriksa di atas bot.

Kadang-kadang kena tunjuk passport dan tiket, jadi jangan buang tiket. Mereka akan tengok stamp masuk ke Brazil. Kalau nasib tak baik, beg kena selongkar.

Sebelum naik bot di Port Tabatinga pun kena check baggage oleh anjing narkotik, macam kat airport. Jadi, janganlah mengada-ngada nak bawa daun coca seguni masuk Brazil ye.

tip-travel-di-amazon-5
River life. I saw this view pretty much all the way from Iquitos to Manaus. These people live by the river, breath by river and die by the river.
tip-travel-di-amazon-1
River life. Again. Mencari rezeki di sungai. Mungkin dapat ikan piranha. Mungkin jugak ikan pirarucu, ikan paling besar di Amazon.

4. Leg keempat dan terakhir ialah dari Manaus ke Belem yang letaknya di pesisir Lautan Atlantik. Kami sekali lagi cheat leg terakhir dengan naik flight ke Belem sebab harga tiket kapal terbang hampir sama dengan harga tiket bot.

Dari research, kami tahu perjalanan dari Manaus ke Belem mengambil masa selama 5 hari 4 malam.

Jadi, kalau nak buat complete legs tanpa cheat naik flight perlukan sebulan, termasuk tidur beberapa malam di Leticia dan Manaus untuk tunggu bot seterusnya.

5. Ini ialah setakat pelayaran di Sungai Amazon. Sepanjang pelayaran dari atas bot nampaklah hutan Amazon. Tapi kalau nak explore masuk hutan Amazon, anda kenalah ambil jungle tour di mana-mana bandar atau perhentian.

Amazon bukanlah tempat yang anda boleh pack bag, bawa ration untuk 3-4 hari dan suka suki masuk hutan. Kalau kat Bukit Saga pun orang boleh sesat inikan pula kat hutan Amazon. Memang cari pasal lah kalau tak pakai guide.

Walaupun kami lebih suka meneroka mana-mana tempat sendiri, di Amazon kami sedar keupayaan diri terbatas dan ilmu hutan tak cukup di dada.

Lagipun takut sesat mungkin sebab banyak sangat tengok siri I Shouldn’t Be Alive kat Discovery Channel dulu. Kami pilih untuk buat jungle tour di Iquitos sebab lebih murah buat di Peru dari di Brazil atau Colombia.

Dan janganlah sangka masuk hutan terus-terus nampak anaconda ye. Jungle tour untuk menjejak sarang anaconda jauh lebih extreme dan mahal. Tour kami tengok anaconda kat sanctuary saja.

Sangat touristic tour nya maklumlah bajet terhad. Tapi you get a glimpse lah bagaimana keadaannya hutan Amazon itu.

Tolong ambil tour selepas anda dah sampai di bandarnya. Bukan booking awal-awal secara online sebab lebih murah begini. Janganlah jadi Mat Saleh yang bayar US$300 sehari untuk jungle tour yang value nya cuma 100 soles.

Kami pilih untuk ambil tour yang tidur di lodge. Tak sanggup rasanya bayar 1000 soles untuk camping. Kami tak berapa setuju untuk bayar beribu-ribu untuk enjoy nature yang sah-sah percuma dari Tuhan.

Kami tak kisah bayar entrance fee ke national park dan conservation area tapi untuk bayar sampai 1000 soles semata-mata untuk camping 4 hari dalam hutan is just way too expensive.

Baca: Catatan Perjalanan Dan Pengalaman Sewaktu Menjelajah Afrika Dari Kacamata Saya Dan Kim

tip-travel-di-amazon-6

Unlike their men who wear grass skirts, the Yaguas women dons simpler fabrics skirts usually made of red cotton and covered their chest with the same material as their men’s skirts.

p.s. Honestly, the only thing I can think about when I was there is how the hell they dodged the blood-sucking mosquitoes wearing only this?

tip-travel-di-amazon-7

YAGUA WARRIOR – The indigenous people of the rainforest.
The Yaguas live scattered throughout the Peruvian and Colombian Amazon. They hunts with blowgun and wear grass skirts. But in today’s world, the Yaguas has adopted the Western way of dressing like other people living along the river and only put on their traditional garments just for the sake of tourists.

6. Pelayaran kami berhenti di main Port di bandar utama. Kalau anda nak berhenti di mana-mana kampung sepanjang Sungai Amazon untuk meneroka lebih dalam lagi pun boleh juga.

Kenalah research nama kampungnya dan beli tiket setakat perhentian yang anda mahu dan kemudian sambung lagi perjalanan.

7. Kalau anda seorang rider, rider motor bukan cyclist ye. Cyclist boleh bawa basikal ke mana-mana pun. Tapi untuk rider, don’t let anyone stop you from riding in the Amazon.

Because you can bring your bike. It’s a cargo boat anyway, you can bring any cargo you want. Provided bukan BMW GS yang super berat itu sebab di Santa Rosa anda kena angkut motor naik sampan kecil.

Melainkan anda sanggup ambil risiko motor tenggelam setenggelamnya hatimu melihat motor tercinta dalam sungai Amazon.

Tapi kalau setakat 650cc bike should be ok. Mereka tiada proper jetty cuma letak papan-papan kayu buat jambatan untuk angkut kargo. Dari Manaus anda boleh ride sampai Venezuela.

8. Sampai saja di Belem bermakna sempurnalah sudah pelayaran menyusuri sungai Amazon dari permulaan hinggalah ke Amazon mouth di lautan Atlantik.

Amazon mouth itu ialah apabila sungai Amazon bertemu dengan lautan Atlantik yang tidak dapat dipastikan keluasan dan kelebarannya. Kalau tengok dari bot confirm tak nampak apalah, kena tengok dari udara.

tip-travel-di-amazon-10
Dah sampai Manaus, sehari sebelum raya. Lepas tu terus pegi pasar beli lemang imaginasi.
tip-travel-di-amazon-9
Good morning beautiful! Sunrise over the Amazon on the first day of Ramadhan.

tip-travel-di-amazon-12

9. Ini ialah untuk pelayaran downstream, kalau upstream dari Belem pula, jadual pelayaran sudah tentu berbeza dan mengambil masa lebih lama sebab melawan arus. Tapi route tetap sama.

Dan jangan lupa untuk beli hammock. Dah prepare semua tapi takde hammock dan tali tak guna juga. Hammock dan tali paling penting sebab itulah tempat tidur, tempat lepak sepanjang hari selama di atas bot.

Dan bawalah buku. Inilah masanya nak membaca dan membaca dan membaca sambil melepak atas hammock ditiup angin sungai diiringi permandangan sungai dan hutan Amazon.

Sambil sesekali bergosip dengan jiran sebelah dan saling cemburu mencemburui kecantikan hammock jiran-jiran yang lagi lebar dan selesa.

Walaupun Iquitos dan Leticia itu letaknya di tengah-tengah Amazon basin tanpa jalan darat yang boleh menghubungkan kedua-dua bandar ini dengan mana-mana tempat lain, masih ada bank yang anda boleh buat urusan perbankan.

Kalau tak berani nak keluar duit kat sini, ada cambio (forex) juga. Di Leticia dan Tabatinga, boleh guna currency kedua-dua negara, Colombian pesos dan Brazilian Reais ye kalau mahu untuk urusan jual beli.

Kalau tinggal di hostel kat Leticia atau Tabatinga tu adalah internet connection tapi sangat lembab sebab mereka guna satelit internet.

Tapi dah alang-alang sampai pergilah masuk hutan. Tidur dalam hutan. Disconnect sekejap dari dunia luar.

Itu lah perkongsian saya kali ini. Nanti ada masa saya kongsi lagi. Sekarang nak bertolak ke Belem pula. Salam dari Amazon.

Baca lagi:  10 Tips Sewaktu Kami Mengembara Di Amerika Selatan