Indonesia menawarkan banyak keunikan alam yang belum begitu diterokai oleh pelancong luar. Antaranya adalah Kepulauan Derawan yang masih asing di kalangan backpackers di Malaysia. Tapi saya pasti selepas ini anda bakal menjadikan Derawan sebagai salah satu lokasi mahu dikunjungi.

Terletak di Kalimantan Timur, Indonesia, empat pulau yang terkenal di kepulauan ini adalah Pulau Maratua, Derawan, Sangalaki, dan Kakaban.

Tarikan utama di sini antaranya adalah penyu hijau, penyu sisik, ikan paus yang anda boleh berenang bersama (dan bergambar), ikan lumba-lumba, obor-obor yang tidak berbisa yang boleh anda dekati, serta sungai yang berlapis 2 antara air tawar dan air masin.

Pada minggu lepas, Cik Ma Zainal dan Nolly Yusof bersama rakan mereka telah ke pulau ini selama 6 hari 5 malam. Berikut gambar dan itinerari yang telah dikongsikan bersama Vocket untuk rujukan anda:

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-1

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-2

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-3

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-4

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-5

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-6

Perjalanan

1. Penerbangan: KL – Tawau (2 jam 30 minit)

2. Boat transfers
Tawau – Tarakan, Indonesia (3 jam)
Tarakan – Derawan (3 jam)

Hotel

Tawau (jika perlu bermalam)
Tarakan : Grand Citra Hotel
Pulau Derawan : water cottage

Itinerari

Hari 1
KUL – Tawau: Penerbangan petang. Lepas sampai di Tawau Airport, ambil Grab ke bandar, check in di MB hotel Tawau.

Hari 2 (Tawau – Tarakan)

Dari hotel terus ke Tawau Ferry Terminal. Beli tiket feri di kaunter. Jam 11 pagi feri bertolak ke Tarakan. Tiba jam 4 petang di Tarakan.

Naik motor, bayar 10k Rupiah ke hotel. Check in di Grand Citra (pre-book Agoda). Lepas dah selesai check in kami jumpa dan bincang dengan guide yang buat trip ke Derawan. Untuk booking tour guide sebaiknya hubungi dorang paling lambat 2 minggu sebelum tarikh travel. Tapi trip kami ni last minute sebab kenal kawan dia.

Hari 3 (Tarakan – Derawan)

Guide ambil dari hotel bawa ke terminal feri. Bot bertolak lebih kurang jam 2 petang. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam. Berapa lama perjalanan ni turut bergantung kpada faktor cuaca. Jadi sila bersedia untuk berjoget dalam bot, enjoy the thrills. Sila kencing berak siap-siap sebelum naik bot dan jangan lupa bawa makanan ringan.

Bila sampai je, segala penat lelah mengharungi perjalanan tak tau hilang ke mana. Terus rasa berbaloi bila dapat nikmati pemandangan yang cantik dan tenang.

Check in di water cottage.

Plus point: Selalunya dipulau-pulau bekalan elektrik terhad. Tapi di Derawan bekalan elektrik ada 24 jam. Mandi pakai air bersih, bukan air masin. Bilik ada aircond.

Petang kami lepak di deck. Jalan-jalan atau sewa basikal di kampung yang cantik dan bersih. Makan bakso.

Makan malam (termasuk dalam pakej)

BBQ, (menu tambahan, bayar asing) lobster sebesar lengan, harga sangat berpatutan.

Hari 5 dan 6 : Island Hopping

1. Pulau Maratua. Ini yang macam Maldives tu.

Mesti pergi jika ke sini adalah Maratua Paradise Resort. Resort ala-ala Soniva Jani yang Hanis Zalika check in versi recon. Di resort ni boleh turun mandi, terjun, bergambar. Ramai orang datang untuk bulan madu atau diving. Harga agak mahal berbanding chalet-chalet di Derawan.

2. Green Nirvana Resort. Di sni ada top view deck untuk tengok keindahan Maratua dari atas. Di sini juga ada bathroom boxes berwarna warni macam di Brighton Beach, Australia. Boleh juga snorkeling. Cantik dunia bawah laut dia, masih suci. Kalau bernasib baik boleh nampak ikan lumba berenang bahagia.

3. Pulau Kakaban. Tempat tengok obor-obor yang tak berbisa. Bila sampai di pulau ni kena panjat tangga dalam 15 minit. Nanti akan nampak satu danau macam tasik di tengah-tengah laut. Memang unik betul.

Kakaban bermaksud ‘memeluk’, tasik terbentuk dari air laut yang terperangkap, dah bercampur dengan air dari dalam tanah dan air hujan sejak berjuta tahun lalu. Dalam tasik ni kita boleh berenang dengan beribu obor-obor yang dikatakan tersesat masuk ke dalam tasik, membiak dan hidup tanpa dapat berinteraksi dengan hidupan laut lain. Itu sebabnya tak berbisa. Ada banyak jenis obor-obor di dalam tasik ni. Kakaban telah disenaraikan sebagai warisan dunia oleh UNESCO.

4. Pulau Sangalaki. Tempat penyu bertelur. Ada pusat ternakan penyu dan hamparan laut yang bisa melelehkan air liur. Air biru dan pantai yang lawa. Cuaca di sini panas. Kena pakai sandal atau slipar bila pijak pasir pantai.

5. Kehe Daing (Goa Ikan). Terletak di belakan Kakaban. Ia adalah satu lagoon terbentuk hasil dari air yang masuk melalui satu gua laluan ikan yang kecik. Seronok mandi di sini sebab macam kolam renang. Warna air pun cantik. Tapi kena berhati-hati masa mandi sebab mungkin ada jurang air di dalamnya.

6. Gusung Pasir Sanggalau. Sebuah pulau kecil yang terbentuk dari pasir halus. Pulau ni akan tenggelam bila air pasang. View memang cantik jika datang awal pagi. Air laut akan nampak beberapa lapis antara hijau dan biru.

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-28
Tasik Kakaban. Oborobor berenang manja geli-geli.

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-7

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-9

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-10

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-11

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-12

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-13

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-14

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-15

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-16

Aktiviti lain (optional jika ada masa sehari lagi atau lebih).

1. Labuan Cermin. Adalah whale shark point. Labuan Cermin atau orang tempatan panggil Danau 2 Rasa. Ada sungai air tawar, di bawahnya air masin. Boleh snorkeling dan bergambar ala-ala nampak bayang-bayang bot di bawah.

2. Lepas selesai di Danau 2 Rasa, kami bertolak ke Whale Shark Point. Asalnya dulu nelayan suka buang ikan yang kecil-kecil di sekitar sangkar mereka. Hinggalah pada satu hari ada whaleshark datang ‘sarapan’. Ikan paus ni hanya datang waktu pagi dalam pukul 5 – 10 pagi. Lepas makan dia akan turun ke dasar laut.

Kos ke Labuan Cermin, berenang dengan whale shark di Whale Shark Point = RM315. Harga agak mahal sebab lokasi ni jauh dari Derawan. Tak semua orang pergi ke 2 tempat ni.

Anggaran bajet

RM1300 untuk dari Tawau ke Derawan, termasuk aktiviti dan penginapan. Tak termasuk tiket penerbangan dari KL – Tawau – KL.

Kos di atas termasuk

  1. Ferry transfer : Tawau > Tarakan (pergi balik dan tax)
  2. Boat transfer, minyak, island hoping untuk 3 hari : Tarakan > Derawan
  3. Hotel di Tarakan (1 malam)
  4. Water Lodge di Derawan untuk 2 malam
  5. Sarapan, makan tengahari, makan malam, permit, alatan snorkeling di Derawan
  6. Perbelanjaan island hoping aktiviti selama di Derawan
  7. Tour guide dan teman sepanjang trip

Nota dan tips

1. Ada banyak pilihan pengangkutan untuk ke Tarakan Indonesia. Antaranya:

i. Penerbangan Mas Wing : Tawau > Tarakan (ambil masa 45 minit penerbangan saja)
ii. Penerbangan Kul – Jakarta – Tarakan
iii. Naik feri adalah pilihan paling murah.

2. Sila rancang lebih awal sebelum pergi.

3. Bajet RM1300 di atas tak termasuk tiket KL-Tawau. Nak jimat kena buru tiket penerbangan AirAsia masa promo.

4. Pilihan untuk jalan terus tanpa transit pun boleh.

5. Jika di Bandar Tarakan, makan ketam adalah pilihan yang sangat murah.

6. Perjalanan ke Derawan agak meletihkan dan mencabar. Tapi biasalah nak tengok benda cantik kena bersusah-susah dulu.

7. Travel agent / trip arrangement ada banyak di website atau cari di Bandar Tarakan.

Akhir kata, selamat jatuh cinta dengan pesona Derawan.

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-17

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-18

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-19
Air kelapa dalam RM10 sebiji.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-20
Air jernih membiru.

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-21

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-22

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-23

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-24
Gusung Pasir Sanggalau

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-25

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-26

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-27

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-28

tip-bercuti-di-derawan-indonesia-29
Maratua Island : bathing boxes ala-ala di Australia.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-30
Gusung Pasir Sanggalau ; Pulau Pasir Putih
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-31
Maratua Island : Green Nirvana.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-32
Tasik Kakaban: Inilah danau yang terbentuk di tengah lingkungan laut — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-33
‘Kehe Daing’ ; Goa Ikan. Air Paras lutut. Ikan masuk dari lubang kecil dari laut — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-34
Talisayan: Berenang dengan whale shark. Kena bangun awal jika nak tengok ini — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-35
Pulau Sangalaki : The Indonesian Buddies — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-36
Talisayan : Photographer pandai dive. Untunglah — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-37
Labuan Cermin : Danau Dua Rasa. Rasa lawa rasa tak mau balik — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-38
Maratua Paradise Island : Bird-eye-view — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-39
Maratua Paradise Island : Maratua bukan Maldives — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-45
Maratua : Lagi pandangan atas. Terima kasih pilot — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-44
Green Nirvana Resort : Port baik nak selfie, record video, record slow mo, nak lompat bintang — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-43
Green Nirvana : Lepak gaya orang ada-ada — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-42
Pulau Sangalaki : Sunyi sepi. Layan perasaan — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-41
Maratua : Cantik atas darat cantik bawah laut — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-40
Tasik Kakaban : Ye. Ye. Yang warna orange tu adalah obor-obor — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-46
Water Cottage : Inilah tempat tinggal yang bak kata orang cukup makan pakai mandi tidur lena. — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-47
Gusung Pasir Sangalau : datang la korang buat video honeymoon. — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-48
Pulau Sangalaki : Kawan-kawan seronok mandi, pilot terbang lagi — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-49
Maratua : Selagi langit cerah posing lah macam mana — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-50
Penyu di pusat penjagaan Pulau Sangalaki — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-51
Labuan Cermin : pintu masuk — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-52
Goa Ikan : Kena panjat tangga sikit — at East Kalimantan.
tip-bercuti-di-derawan-indonesia-53
Kreatifnya orang Indonesia — at East Kalimantan.

Baca lagi: 8 Lokasi ‘Syurga Tersembunyi’ Di Indonesia Buat Anda Terus Mahu Ke Sana