Sharing info kepada yang nak ke Kashmir. Ini adalah dari pandangan peribadi saya. Mungkin ada yang tak sependapat dengan saya.

1. Book tiket Kul Delhi return tu kalau nak murah memang terbaik beli tiket AirAsia tetapi bersedialah hadap bau spesial dan suasana ‘little India’ terutama masa penerbangan balik.

Tetapi kalau on budget hadap saja lah. Hehee. Penerbangan MAS dan Malindo pun kadang ada offer, kena selalu check di CHEAPFLIGHT

2. Flight local Delhi-Srinagar return paling baik ambil Air India. Ada makan dan 25kg + 7kg luggage free berbanding penerbangan airline lain hanya bagi 15kh + 7kg. Tetapi kalau tak dapat flight murah Air India boleh ambil flight Vistara sebab ada makan juga.

Flight pilihan paling akhir adalah Go Air sebab selalu reschedule dan delay. Proses nak dapatkan balik duit kalau kita batalkan tempahan juga lambat.

3. Juga seboleh mungkin ambil flight yang sama terminal dengan flight Kul- Delhi iaitu Terminal 3. Hanya  penumpang Jetstar, AirAsia, Air India dan Vistara berada di terminal sama. Kalau flight lain kena naik shuttle bus ke terminal 1 dan 2.

Sekarang Go Air dah pindah ke terminal 2. Tolong check terminal ketika book tiket. Nanti takut keluar dari terminal terpinga-pinga pula.

4. Sekiranya ambil flight dari KUL ke Delhi dan tidak berhajat untuk tidur di Delhi atau mana-mana tempat pastikan ambil flight paling lewat pada jam 6.30 atau 7.00pm.

Jadi kita akan sampai jam 11malam dan boleh rehat di airport sehingga pagi esok. Jangan ambil flight awal seperti tengahari dari KUL sebab nanti sampai awal dan masa menunggu amat lama di airport kecuali jika nak sewa bilik di hotel berhampiran airport.

5. Pilih flight paling pagi selalunya sekitar 5am ke -7.30 am. Jadi akan sampai di Srinagar awal pagi. Sila pilih flight yang direct bukan ada transit di mana-mana walau murah.

Ini juga untuk elak jetlag sebab terlalu lama di atas pesawat. Nanti sampai Kashmir akan keletihan pula. So mood nak bercuti dah hilang.

6. Ketika masuk ke Srinagar Airport anda akan disambut oleh porter. Sila beri sedikit tip atas susah payah beliau. Dia akan bantu anda isi borang istihar masuk. Benda yang perlu di isi adalah nama, visa no, visa expired, flight number, hotel tempat kita menginap dan lain-lain.

Borang tersebut hendaklah kita bagi kepada pegawai yang ada di dalam bilik khas. Masa balik juga kita kena isi borang yang sama. Iaitu selepas scan beg terus isi borang istihar dan proceed untuk check in.

tip-travel-ke-kashmir-27

tip-travel-ke-kashmir-26

tip-travel-ke-kashmir-25

tip-travel-ke-kashmir-24

tip-travel-ke-kashmir-23

tip-travel-ke-kashmir-22

tip-travel-ke-kashmir-21

tip-travel-ke-kashmir-20

7. Pilih hotel atau houseboat di Srinagar kerana di situlah pusat bandar. Sekiranya ke Pahalgam, Gulmarg atau Sonamarg pun biarlah balik dan tidur di Srinagar kerana dapat jimatkan masa dan duit. Kos hotel di 3 lokasi tersebut agak mahal.

Dan perjalanan balik pun akan ambil masa dan sudah tentu tak dapat nak ke salah satu tempat major tourist spot pada hari balik tu. Rugilah kalau dua hari di tempat yang sama sedangkan banyak lagi tempat boleh di lawati dengan suasana yang berbeza.

8. Pilih houseboat di Dal Lake sekiranya mahukan kelainan dan penginapan lebih unik berbanding di tempat lain seperti Jehlum River. Nigeen Lake pula jauh dari bandar dan kos pengangkutan lebih tinggi sekiranya mahu ke bandar, tetapi lebih sunyi dan cosy.

Sekiranya ada banyak hari bolehlah pilih tidur 1 malam di Dal Lake, 1 malam di Nigeen Lake. Harga setiap bilik bergantung kepada taraf houseboat itu sendiri kerana mereka juga ada kategori bintang tersendiri.

Sekiranya tinggal dengan ornag tempatan tentu harga lebih murah. Di mana kita akan makan masakan tuan rumah houseboat. Tetapi sesekali cuba tinggal di houseboat yang mahal sedikit supaya dapat rasakan kemewahan houseboat. Di saat makan nasi kita disendukkan, air dituangkan ala-ala zaman british punya pembantu rumah.

Mereka berdiri dibelakang memerhati kalau apa-apa kita perlukan. Lagipun pengalaman ini bukan selalu. Juga terasa sekejap kita ni macam King or Queen di houseboat walaupun hanya satu malam. Once in lifetime kan.

9. Sekiranya ketika ber-shikara (bersampan di Dal Lake), akan ada penjual yang cari makan di situ. Untuk elakkan dari ditipu ketika membeli terutama safron, boleh praktis dengan menyuruh mereka sebut “wallahi, this safron is original”.

Kalau mereka tidak berani sebut Wallahi, sah mereka menipu. Kerana walau menipu dalam jualan mereka amat akut dengan perkataan Wallahi. In syaa Allah saya sudah cuba kaedah ini.

10. Sekiranya kita naik auto rickshaw tanya betul-betul sama ada dia tahu atau tidak tempat kita mahu pergi, dan tanya juga berapa kos. Kadang ada juga yang menipu bawa kita pusing jauh-jauh dan caj mahal.

tip-travel-ke-kashmir-19

tip-travel-ke-kashmir-18

tip-travel-ke-kashmir-17

tip-travel-ke-kashmir-16

tip-travel-ke-kashmir-15

tip-travel-ke-kashmir-14

tip-travel-ke-kashmir-13

tip-travel-ke-kashmir-12

11. Setiap yang bekerja untuk kita akan menanti tips. Gaji mereka amatlah rendah jadi tips ada

lah penyambung hidup lebih selesa. Kadang musim winter kawasan di Sonamarg ditutup, jadi mereka hilang mata pencarian.

Jadi fahamlah kenapa mereka seolah meminta simpati buat mata layu seperti patung “Garfield” dan kadang bercerita kesusahan mereka. Ya mereka memamg susah dan itu tidak dinafikan. Anggaplah tips itu sedekah.

12. Pihak penguasa tempatan menetapkan setiap van atau bas tidak boleh memasuki kawasan pelancongan. Jadi sekiranya kita memasuki Pahalgam, bas atau van akan berhenti di tourist point dan di situlah kita boleh memilih samada hendak ke mana-mana dengan kenderaan Taveira atau berkuda. Setiap point harga telah ditetapkan oleh penguasa.

13. Di Gulmarg, sekiranya syarikat yang menguruskan kita tiada deal dengan pihak tempatan, kita hanya akan sampai di tourist point dan perlu berjalan kaki atau berkuda sekitar 1.5km ke Gondola Station.

Kos berkuda sekitar RS600-800 bergantung dengan keadaan seperti ketika musim sejuk, atau musim panas. Jadi untuk mengelakkan dari perlu bayar ke stesen atau berjalan kaki jauh, haruslah cari ejen yang ada contact direct dengan pihak penguatkuasa tempatan supaya ketika kita sampai, kenderaan kita dibuka pintu masuk hingga ke hotel didalam kawasan Gulmarg Gondola Station.

14. Di Sonamarg, mahu tidak mahu haruslah berkuda, kerana dengan berkuda kita dapat enjoy tengok view indah di Thajiwas Glacier. Dengan berkuda pun hampir dua jam perjalanan. Satu orang satu kuda sahaja.

Kalau ada anak umur bawah dari 2 tahun boleh lah bersama kita. Tetapi kalau lebih dari umur itu, agak tidak selesa tahap duduknya. Tetapi untuk sesiapa yang lutut kuat bolehlah berjalan kaki. Free sahaja.

15. Sekiranya pergi musim sejuk cukuplah naik gondola fasa 1 sahaja kerana view nya hampir sama. Cubalah gelunsur papan turun bukit, kalau tak mampu untuk ski. Tetapi ski di Gulmarg antara paling murah di dunia. Mesti cuba.

tip-travel-ke-kashmir-11

tip-travel-ke-kashmir-10

tip-travel-ke-kashmir-9

tip-travel-ke-kashmir-8

tip-travel-ke-kashmir-7

tip-travel-ke-kashmir-6

tip-travel-ke-kashmir-5

tip-travel-ke-kashmir-4

tip-travel-ke-kashmir-3

tip-travel-ke-kashmir-2

tip-travel-ke-kashmir-1

16. Kalau di musim panas atau musim luruh, belilah walnut atau epal di kawasan kampung di Pahalgam. Serius setengah harga berbeza daripada beli di kedai atau pekan dan yang nyata lebih fresh.

17. Di airport Srinagar masa balik tiada handcarry yang 7 kilo ya. Semua kena masuk kabin. Jadi cabin luggage akan jadi 15kg + 7kg atau 25kg + 7kg. Kita hanya dibenarkan bawa gajet seperti powerbank, handphone, cable wire, laptop, camera, beg duit dan charger.

Jadi jangan letak seluar atau baju dalam beg tangan atau backpack untuk hand carry. Kerana mereka akan suruh kita tuang dalam satu tray. Segala isi di dalam serta kamera juga kadang dibuka dan mereka tengok apa kandunganya. Bersedialah menjawab setiap soalan dengan tenang.

18. Selesai urusan imigresen dan polis airport, kita harus keluar ke foyer luar mengadap flight. Disitu ada staf yang akan bertanya mana satu kita punya luggage. Kita harus membuat pengecaman luggage dan kapal terbang mana yang kita akan naiki. Selesai membuat pengecaman barulah kita naik eskalator ke atas untuk menunggu flight boarding.

Okay sehingga ini sahaja. Semoga bermanfaat kepada semua. Selamat mengembara ke Kashmir yang cantik di semua musim. Baca lagi berbagai tips dan pengalaman kembara di Kashmir di sini.