Tips buat ibu muda yang bakal menunaikan haji & mempunyai anak yang masih menyusu badan.

Semalam isteri saya beritahu ada seorang ibu muda masej bertanyakan pendapat persediaan meninggalkan anak yang masih menyusu badan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh sebab kami dapat panggilan haji sewaktu Ulwan Mukhlis berumur 1 tahun 3 bulan dan masih lagi menyusu badan, dan kami juga bertekad untuk lengkapkan kitara  2 tahun menyusu, kami kongsikan sedikit pengalaman meninggalkan anak yang menyusu dan kemudiannya kembali menyusu semula setelah ditinggalkan selama 51 hari.

Moga ada manfaat untuk semua.

1. Bila dah confirm kami berdua dijemput sebagai tetamu Allah(sekitar bulan Feb 2014) setiap hari kami akan bercakap dengan Hulwan Mukhlis.

‘Bulan 9 nanti mak dan ayah nak pergi haji,Mukhlis duduk dengan Wan dan Shetek dengan Mami tau’ – ini dialog yang kami ulang-ulang selama 7 bulan even Mukhlis ketika itu baru sekitar umur 8 bulan.

2. Yakin dan kuatkan hati yang kita ini dijemput sebagai tetamu Allah. InsyAllah anak yang ditinggalkan sentiasa dalam pemeliharaanNya. Sebenarnya saya yang risau lebih tapi isteri saya steady je.

2. Rezeki kami kakak ipar ada anak yang menyusu dan adik ipar yang baru melahirkan anak. Bagi yang tiada saudara mara ataupun yang ingin mencari ibu susuan kami cadangkan cari ibu susuan yang anaknya yang sekitar umur 1 tahun lebih.

Kuantiti dan psikologi ibu yang anak dah 1 tahun ke atas lebih stabil jika dibandingkan dengan ibu yang baru melahirkan baby.

3. Jika anak yang hendak ditinggalkan itu anak lelaki kami cadangkan carilah ibu susuan yang anaknya perempuan kerana anak lelaki lebih kuat menyusu berbanding anak perempuan.

Kes kami ibu susuan Mukhlis anaknya juga lelaki. Jadi bayangkanlah pengorbanan beliau. Semoga Allah membalas jasa & pengorbanan beliau.

4. Sepanjang berada di Madinah istri saya sentiasa perah susu untuk pastikan susu tidak kering tetapi memang normal susu akan berkurang atau mungkin kering kerana tiada ‘direct ‘ontact’ dengan anak yang menyusu.

5. DOA. Kami tak putus-putus berdoa. Di raudhah, kaabah, sewaktu wuquf di Arafah (iaitu di tempat dan waktu mustajab) agar Allah berikan peluang untuk Mukhlis dapat minum susu badan kembali kerana tekad kami cycle 2 tahun menyusu mesti dipenuhi.

6. 2 Minggu sebelum penerbangan balik isteri saya ambil pil hormon (dapat dari klinik Tabung Haji) untuk boost kembali susu badan.

7. Sepanjang berada di Tanah Suci kami hanya berkomunikasi melalui whatsap dengan ahli keluarga. Seingat saya tiada sekali pun saya dan isteri buat sebarang panggilan telefon untuk bercakap dengan Mukhlis. Kami anggap everythng ok since Mukhlis dah terbiasa dengan ketiadaan kami.

8. Masalah mula timbul selepas habis musim haji. Kami ada lebih kurang 2 minggu sebelum penerbangan pulang. Isteri yang pada awalnya steady tiba-tiba bersentimental pulak apabila mengenangkan anak ditambah kerisauan susu takkan keluar lagi.

Baca: Peluang Tunaikan Haji Menggunakan Kuota UK Yang Ramai Pelajar Malaysia Tidak Tahu

tunai-haji-1

tunai-haji-2

tunai-haji-4

9. Kami putuskan untuk berjumpa wakil Tabung Haji di Maktab kami menginap dan memohon untuk diawalkan penerbangan pulang. Jawapan daripada ustaz ketika itu buat kami betul-betul insaf dan membetulkan kembali nawaitu kami.

“Allah jemput kamu 51 hari tapi kamu mohon nak balik awal?”

Kami fokus kembali walaupun perasaan homesick dan rindu tak boleh nak digambarkan. Allhamdulillah kami dapat melengkapkan 7 kali umrah sepanjang baki kami berada di Mekah sebelum penerbangan pulang.

10. Cabaran sebenar apabila tiba tanah air. Setelah 51 hari ditinggalkan Mukhlis benar-benar merajuk. Masih lagi menyusu dengan ibu susuan dan seolah-olah memboikot emaknya.

11. Beberapa hari di rumah mertua dan Mukhlis masih lagi tidak berkurang merajuknya kami ambil keputusan untuk balik ke rumah dengan harapan memori dia refresh kembali.

12. Sangkaan kami meleset apabila sampai dirumah makin kuat protesnya. Menangis yang seolah-olah menggambarkan rasa marah kerana  ditinggalkan. Perasaan kami ketika itu risau yang amat sangat.

13. Usai maghrib ketika itu, isteri masih berusaha pujuk Mukhlis tapi masih tak berhasil. Di offer menyusu dan no respon.

14. Tiba-tina entah dari mana datang idea saya cakap dengan isteri cuba minta maaf dengan Mukhlis. Dialognya begini;
“Mukhlis, mak mintak maaf tinggalkan Mukhlis. Lepas ni mak janji tak tinggalkan Mukhlis lama-lama. Mak janji bawak Mukhlis”.

15. Allah maha besar. Tak diduga Mukhlis datang terus menyusu dengan muka yang ceria. Tak sangka anak berumur 1 tahun 5 bulan menanti ucapan maaf dari kami. Bukan takat air mata isteri yang berderai, air mata saya yang macho ni pun turut berderai. Betapa kami underestimate perasaan anak kecil ini.

16. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janji. Malahan sekembali dari Mekah isteri telah mengandung adik Mukhlis,  susu tetap ada dan cycle 2 tahun menyusu dapat kami penuhi. Bukan setakat 2 tahun tetapi 2 tahun ++ Mukhlis dapat full brestfeed. Alhamdulillah.

Buat semua pasangan muda yang dijemput menjadi tetamu Allah tahun ini tetapkan hati dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Nikmati lah pengalaman menunaikan haji sebaiknya.

Baca lagi: Perkongsian Pengalaman Seorang Gadis Tunaikan Haji Di Usia 21 Tahun