Saya terpanggil untuk kongsikan tip ubahsuai rumah apabila baca posting dalam FB mengenai rumah kos rendah yang diubahsuai menjadi begitu cantik dan menarik. Tahniah kepada pemilik rumah tersebut.

Apakah ia baik dari segi pelaburan? Mungkin ya dan mungkin tidak.

Di sini saya nak kongsikan pandangan saya dan juga ‘rules of thumb’ mengenai ubahsuai rumah. Bukan apa yang nak diubahsuai tetapi berapakah nilai ubahsuai.

Secara amnya mengikut ‘Rules of Thumb’ kita tidak digalakkan ubahsuai hartanah kita melebihi 30% harga pasaran.

Ini kerana harga jualan akan mengikut harga pasaran atau kurang lebih harga pasaran.

Jadi jika kita belanja keterlaluan, kemungkinan untuk rugi adalah sangat besar.

Tidak mengapa jika anda nak tinggal di rumah tersebut.

Anda boleh belanja sebanyak mungkin, kata anda, untuk puas hati dan lebih selesa.

Tapi ingat, langit bukan sentiasa cerah. Kadang-kadang mendung dan ada kalanya hujan sangat lebat sehingga banjir.

Jadi kita perlu bersedia untuk hadapi ‘hujan lebat atau banjir’.

Jika perlu dan terdesak, boleh jual rumah kita untuk kelangsungan hidup.

reno-rumah-02

Jangan menyesal kerana kita hanya boleh jual pada lebih kurang harga pasaran.

Percayalah, nilai ubahsuai yang melampau tidak diambil kira oleh bakal pembeli.

Ini cuma pandangan saya. Kalau anda ada duit lebih, buatlah ikut suka hati anda. Duit anda, bukan duit saya.

Ikut logik, jika harga rumah anda RM75,000 di kawasan yang purata harga rumahnya RM75,000, kemudian anda belanjakan RM100,000 untuk ubahsuai rumah anda, adakah anda boleh jual pada harga RM175,000 atau lebih?

Lihat kawasan kejiranan kita. Siapakah yang tinggal disitu.

Adakah mereka tergolong daripada golongan yang mampu beli rumah dalam harga RM175,000 ke atas?

Adakah ada orang luar yang mampu beli rumah pada harga lebih RM175,000 akan beli di kejiranan kita?

Fikir-fikirkan.

Ada yang bertanya mana tipnya? Itulah salah satu tip yang perlu anda tahu.

Lain-lain tip ubahsuai rumah:

1. Cari kontraktor berpengalaman. Kalau boleh minta dia tunjukkan hasil kerja yang pernah dia buat.

2. Perlu ada bajet tambahan kerana pada kebiasaan kita akan dapat idea baru semasa kerja-kerja ubah suai sedang dibuat.

3. Perlu pantau kerja-kerja kontraktor untuk elakkan di-‘curi’ bahan.

4. Bayaran perlu ikut progres. Jangan bayar selagi tidak capai tahap tertentu.

5. Jangan minta terlalu banyak diskaun. Perlu ingat, mereka pun perlu makan. Jika murah sangat, kualiti akan berkurangan.

6. Minta pendapat kontraktor kerana dia ada pengalaman. Kita cuma ada idea. Contoh saiz pintu dan tingkap agak standard, jika buat saiz berbeza mugkin kos meningkat kerana perlu buat frame khas untuk anda.

7. Banyak lagi … lu fikirlah sendiri.