Alhamdulillah saya baru saja kembali dari mengerjakan umrah bersama suami, ibu dan anak saya Amjad Hawari yang berusia 3 tahun 3 bulan. Amjad sudah diapers free.  Route kami adalah KL – RIYADH – MADINAH – MAKKAH – KL.

Semoga sedikit tips ini bermanfaat untuk kawan-kawan yang berhajat membawa anak kecil menunaikan umrah. Ini perkongsian yang biasa-biasa saja dari seorang yang sedikit saja pengalaman menjejakkan kaki di sana. Moga ada kebaikan.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

1. Doa dan persiapan

tip-umrah-dengan-anak-1

Doa sebelum pergi sana lagi. Solat hajat. Moga Allah lindung dan tolong kita sepanjang di sana. Doa details. Moga sihat. Moga kuat. Moga larat. Moga tahan cuaca apa saja. Moga makan apa saja yang ada. Dan lain-lain lagi.

Since Amjad dah betul-betul diapers free sejak 2 tahun 10 bulan, doa juga moga dia dapat tahan nak buang air besar kalau waktu toilet jauh atau perjalanan dalam bas. Moga dia tak terkencing dalam masjid. Ha. Doa macam tu. Selebihnya, buat persiapan.

2. Mentally prepared

tip-umrah-dengan-anak-2

Seminggu sebelum berangkat kami banyakkan bercakap-cakap dengan Amjad tentang Madinah dan Mekah. Tentang masjid. Tentang Kaabah. Tentang tawaf. Tentang makam nabi. Kisah-kisah nabi.

Tunjukkan video dan gambar-gambar di sana, terutama gambar budak-budak yang dah pernah pergi sana. Cakap nanti Amjad macam ni juga. Pakai ihram macam ni. Duduk masjid macam ni. Terpulang kepada kreativti masing-masing.

Bila sampai sana nanti dia akan teruja dan akan ulang-ulang apa yang kita sebut sejak di Malaysia lagi.

3. Penerbangan yang lama

tip-umrah-dengan-anak-3

Mentally prepared juga untuk penerbangan yang panjang masanya. Alhamdulillah hasil didikan travel sebelum-sebelum ini, part naik aeroplane lama-lama ni Amjad tiada masalah.

Sampai kami kena sorok dulu part ni. Sehari sebelum pergi baru kami inform dia. Kalau tak asyik tanya je “bila nak naik aeroplane. Aeroplane dah datang ke?” Allah. Pandai pulak sendiri jawab “aeroplane mahal, ak boleh naik selalu”.

Bila dia dah naik ibu boleh berehat sekejap sebab dia layan diri hehe. But still, ibu sediakan juga satu busy bag dia.

4. Busy bag

tip-umrah-dengan-anak-4

Dalamnya ada:
Lego
Cars
Block
Puzzle
Drawing board yang boleh padam-padam tu.
Kebanyakannya ibu beli di Mr DIY dan mainan yang sedia ada. Bawa masa naik aeroplane dan masa pergi masjid. Bagi main sejenis dulu. Bila bosan barukeluarkan lagi yang lain.

5. Ubat

tip-umrah-dengan-anak-5

Aku senang bawa First Aid Kit ni. Pergi travel sebelum-sebelum ni pun memang bawa yang ni je. Semua ada dalam. Ubat demam, strepsils, ubat cirit birit, ubat sumbat bontot kalau suhu tinggi, handy plast dll. Semua sumbat. Senang cari.  Setiap kali nak travel, check ubat-ubat ni dan pastikan belum expired.

6. Stroller

tip-umrah-dengan-anak-6

Stroller ni kami beli masa nak pergi India bulan 1 tu. Stroller yang sedia ada selesa tapi agak besar, berat, makan ruang bila lipat. So beli satu stroller ni dekat Aeon Big Rm100. Alhamdulillah senang.

Walaupun tak selesa macam stroller sedia ada tapi asal Amjad boleh duduk dan tidur dalam tu kira ok dah. Ibu abah pun senang nak bawa.
Stroller tak boleh bawa masuk dalam masjid. Jadi soroklah mana-mana kat luar masjid, boleh.

Masjid Nabawi –  Kami tak sorok. Kami buat giliran masuk masjid. Bila time jaga anak solat bawah payung je dengan Amjad di sebelah duduk dalam stroller.
Mekah – kami suka solat dalam masjid. Stroller kami tinggal je dekat luar. Nampak ada orang park stroller, kami pun park tempat sama.
Tapi ada sekali tu stroller hilang! Dalam hati siapalah yang ambil ni.

Walaupun stroller murah je tapi sangatlah berguna buat kami. Huhu. Nak ke masjid memang wajib bawa. Amjad dah nangis tanya stroller dia mana.

Terus doa kalau ada rezeki stroller tu jumpa kembali walaupun jauh sudut hati rasa macam mustahil je dengan lautan manusia di situ.

Esoknya masa pergi solat maghrib kami keluar lewat, terpaksa solat di luar di celah-celah kabin. Sekali tengok-tengok ada stroller Amjad kat situ.  Mashaallah tak tahu nak kata apa. Syukur & Happy.

So maybe another tips kalau stroller hilang boleh cuba cari dekat belakang toilet ladies yang berdepan dengan bangunan menara jam tu. Banyak stroller lain depa lambak dekat situ.

Baca: 7 Tip Pilih Pakej Umrah Dan Ziarah

7. Baby carrier

tip-umrah-dengan-anak-7

Kami guna masa tawaf sahaja. Wajib bawa tau sebab selesa tawaf sambil carry je anak kita. Kalau berhimpitpun dia masih inshaallah selamat dengan kita.  Boleh juga nak pinjam wheelchair masjid,tapi husband malas nak tolak2 dan makan space juga bila tawaf,baik carry aje.

8. Makanan

tip-umrah-dengan-anak-8

Bab makan ni aku tak ada bersedia sangat dari Malaysia. Since memang travel sebelum-sebelum ni pun dah latih Amjad makan apa saja yang ada di destinasi yang dituju tu. Cuma masa dia belum 1 tahun je aku bekal macam-macam.

Nak ke umrah ni aku bawa susu kambing Wildan dia dan 1 bekas air. Itu saja. Tapi kalau nak well prepared, bolehlah stanby roti, biskut dan kudap-kudap dari sini.

Madinah – kami menginap di Hotel Karam. Kedai runcit sebelah je. Sampai hotel Amjad awal-awal pergi kedai tu dulu. Hehe.

Mekkah – kami menginap di Hilton Towers & Hotel. Bawah tu sepanjang jalan nak ke Masjidil Haram memang kedai aje. Jadi Alhamdulillah, tiada masalah.

Sebelum masuk masjid bawa bekal makan siap-siap. Tapi jangan nampak sangat makanan banyak-banyak tu. Hehe. Tutup-tutup sikit dengan baju ke apa.

Kami beli kebab / ayam goreng / nugget ayam / potato je untuk Amjad dan kami sekali kalau duduk masjid lama. Malas nak keluar-keluar bila dah masuk masjid. Sayang masa.

Susu pulak bancuh sikit je dengan air panas. Sampai masjid top up dengan air zam zam.

Kudap-kudap boleh beli kurma, buah tin, kekacang dan macam-macam dekat kedai sepanjang nak ke masjid.

Travel umrah ni ibu paling seronok sebab tak perlu fikir bab makan hehehe. Semua halal. Of course. Lainlah travel sebelum-sebelum ni dengan rice cooker bagai. Hihihi.

9. Pakaian

tip-umrah-dengan-anak-9

Pakaian Amjad aku bawa extra. Sebab tak nak fikir bab baju tak cukup dan kena basuh baju. Lagipun baju dia banyak pun tak makan ruang.
Bawa baju sejuk 2 helai. In case terkotor ada ganti.
Baju tidur lengan panjang. Untuk tahan sejuk aircond.
Baju siang hari-hari pakai jubah je.
Nak ziarah pakai t-shirt sebab cuaca panas. But still bawa baju sejuk ke mana-mana sebab dalam bas sangatlah kuat aircond dia.
Kalau takde jubah jangan risau. Beli dekat Madinah nanti. Murah sangat. Rm10 je sehelai. Cantik.
Stoking.
Pampers. Mulanya aku tak nak bawa tapi aku bawa juga standby untuk kecemasan.

Masjid Nabawi ok lagi, senang nak pergi toilet luar masjid dekat je.  Tapi di Masjid Haram, fuuhhhh. Baik balik hotel terus dari cari toilet haha. Jadi standby lah pampers. Kalau dia nak membuang, pakaikan. Tapi kena cakaplah sebab musababnya supaya dia faham.

Sebenarnya jarak hotel masa di Makkah tak lah jauh pun, 200 mter sahaja. Tapi disebabkan construction yang masih berjalan, adakala pintu yang kita masuk tu ditutup, jadi kena cari laluan lain pula. Tu yang jadi rasa jauh pulak bila nak balik.

Alhamdulillah selama di sana Amjad bila nak pergi masjid dia buang air kecil dan besar siap-siap. Dia tak request nak membuang pun walau duduk masjid lama-lama. Alhamdulillah.

Ada sekali tu dia belum buang air besar lagi. Ibu cakap pada dia, kalau nak berak cakap ye. Nanti nak pergi masjid. 2 minit lepas tu, memang dia nak berak dan banyak plak tu haha. Sorry kalau disgusting. Tapi aku rasa Allah kabulkan doa aku time tu jugak.

Pampers tu sangat berguna masa kami pergi ziarah. Amjad kenca cirit birit. Allah. Haru gak masa ni, tengah nak romantika dengan abahnya dekat Jabal Rahmah, sekali Pok Teh beritahu Amjad terberak. Allah, hahaha. Cobaan. Terus pakaikan pampers lepas tu.

Alhamdulillah 2 kali je dia cirit petang tu. Bagi minum air zam-zam. Biiznillah, baik dah. Itulah. Minum oren jus banyak sangat malam tu. Kesian dia.

10. Beg Doraemon

tip-umrah-dengan-anak-10

Beg Doraemon ni bag serbaguna dan serba ada. Dalamnya aku dapat sumbat:
Pampers.
Training pants.
Krim pelembap
Lip balm
Instac camera
Spray wuduk
Susu Amjad
Bekal makanan
Quran.
Mainan.
Pengenalan diri.
Pakaian Amjad in case of anything.
Dan lain lain lagi.
Ibu bawa beg ini kemana-mana. Never miss

11. Rancang jadual ibadah

tip-umrah-dengan-anak-11

Bila ada anak kita tak bolehlah expect perjalanan ibadah kita macam orang yang pergi sendiri tanpa anak. Macam aku dengan suami, plan. Malam sebelum tidur plan esok macam mana.

Nak keluar awal ke masjid sama-sama atau suami pergi dulu kemudian isteri pula. Zohor biasa panas sangat jadi suami je pergi. Isteri dan anak rehat dulu. Asar baru keluar sama-sama. Stay sampai isyak.

Part ni aku tak detailkanlah. Terpulang kepada keadaan keluarga masing-masing.  Cuma banyakkan doa agar Allah bagi kita luangkan masa di masjid lama-lama dan dapat beribadah semaksimum mungkin. Mudah nak pergi masjid.

Ada sekali tu aku nak sangat solat asar di masjid. Amjad tidur. Suami pula agak keletihan hari tersebut. Kami bilik berlainan. Tak lama lepas tu mak aku balik shopping dan tolong jagakan Amjad. Dapatlah aku ke masjid. Alhamdulillah. Rasa sangat again time tu juga Allah kabulkan doa aku.

12. Ihram

tip-umrah-dengan-anak-12

Amjad tak buat umrah. Ihram dia tu sekadar untuk photoshoot. Haha duniawi sungguh. Tapi kami punya excited, kami beli set ihram kanak-kanak RM50. Oh sangat besar. Tapi takpe. Boleh simpan.

Jadi kalau mommies nak pakaikan ihram juga nanti, beli je tuala putih, kerat 2. Letak pin. Ada juga aku tengok yang kain tu dorang jahitkan getah. Senang sarung je nanti tak londeh-londeh dah.

13. Gadget

tip-umrah-dengan-anak-13

Bab gadget kami prepare juga. Last minute kami tak jumpa tab abah. Kami letak siap-siap video Upin Ipin dalam phone abah.

Masa duduk masjid lama-lama dan tak ada geng, Amjad bosan, baru kami bagi. Dapatlah kita fokus ibadah sambil dia duk fokus Upin Ipin. Hehehe. But most of the time banyak dia bermain dan bila jumpa kawan-kawan baru bersosial sekejap-sekejap.

14. Create activity

tip-umrah-dengan-anak-14

Masa menunggu waku solat buatlah apa-apa aktiviti juga pada anak kita. Contohnya tukang ambil air am-zam.

Dah penat dia berlari ke hulu ke hilir, waktu solat ada masa dia terlena, ada masa dia menangis. Part ni aku confuse sangat kenapa Amjad menangis setiap kali ibu nak solat. Abah solatdia tak nangis pun.

Jadi most of the time bila solat Amjad stay dengan abah. Ibu menyorok ke saff belakang hehe.

Ada juga masa tak sempat menyorok, start je nak menangis ada je jemaah lain bagi makanan dekat Amjad. Terus senyap. Banyak kali juga. Alhamdulillah thank you Allah.

15. Barakah anak

tip-umrah-dengan-anak-15

Setelah segala tips dikongsikan, finally back to basis. Niat. Pengharapan. Positive thinking and words. InshaAllah.

Selalu ingat bawa anak ke umrah bukan beban, bukan susah, bukan masalah, tapi kita yang menumpang barakah anak. Bersamanya di sana Allah banyak tolong ibu dan abahnya. Diakan Ahli Syurga.

OK gambar seterusnya sekadar perkongsian aktiviti best anakanda di sana.

tip-umrah-dengan-anak-16

Aktiviti lepas subuh di Madinah

tip-umrah-dengan-anak-17

Ibu diketepikan.

tip-umrah-dengan-anak-18

Ziarah. Naik bas. Bila penat tidur sendiri.

tip-umrah-dengan-anak-19

New car. 4 buah kereta sport berjaya dikumpul sepanjang di sana. Pheww. Asal behave. Hehe.

tip-umrah-dengan-anak-20

Bermain di luar Masjid Nabawi memang seronok.

tip-umrah-dengan-anak-22

While ibu dan nenek shopping ramai layan Amjad. Saya sukalah. Orang sana sangat sukakan budak-budak. lLyan budak-budak dengan baik. Salam, peluk. cium tangan Amjad. dukung, layan bermain. MashaAllah. So lovely.

tip-umrah-dengan-anak-23

Suka sangat kasut ni. Rasanya ni untuk baby yang baru pandai jalankan. Haha! Tapi senanglah sebab sekali sarung je, siap. Jimat masa.

tip-umrah-dengan-anak-21

Done 1st umrah. Thank you mak dan suami tolong tengokkan Amjad. Moody sikit masa ni. Jadi duk tepi je tunggu ibu siap.

tip-umrah-dengan-anak-24

Nak balik dah.  Semoga Allah jemput kita lagi jadi Dhuyufurrahman.  Tengoklah Amjad punya excited nak naik aeroplane.

Baca lagi: 23 Tip Tunaikan Umrah Di Mekah Dan Madinah

Artikel di atas disumbangkan oleh Ain Soalati. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka