Nota Editor: Terima kasih kepada Tuan Firdaus Pay kerana sudi menulis dan berkongsi tip yang berguna ini di Vocket.

Beliau baru sahaja berjaya mendapatkan rumah PR1MA @ Alam Damai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tip Undian Pemilikan Rumah PR1MA

Okey, hari ini saya nak berkongsi tip untuk meninggikan peluang anda untuk terpilih dalam cabutan pemilihan Rumah PR1MA.

1. Isi Borang.

firdauspay
Firdaus Pay

Isi borang pendaftaran rumah PR1MA di laman web Rumah PR1MA selengkapnya.

2. Lampiran.

pr1ma
PR1MA @ Port Dickson

Lampirkan semua borang-borang dan semua salinan yang dikehendaki seperti salinan Mykad, slip gaji, penyata KWSP, penyata cukai tahunan dsb.

3. Daftar.

pr1ma
PR1MA @ Setapak (Wangsa Maju / Maluri)

Daftarkan untuk rumah PR1MA yang kita minati.

4. Hanya Satu Rumah.

pr1ma
PR1MA @ Rantau, Nilai

Pastikan anda hanya memohon satu rumah PR1MA pilihan dalam satu-satu masa. Contohnya, saya hanya memilih satu lokasi iaitu rumah PR1MA @ Alam Damai.

5. Jangan Tamak.

pr1ma
PR1MA @ Cyberjaya Lakefront

Jangan sesekali tamak dengan memohon beberapa rumah PR1MA secara serentak. Contohnya anda mohon rumah PR1MA @ Alam Damai, PR1MA @ Cyberjaya dan PR1MA @ Bukit Bintang. Tetapkan matlamat kawasan yang anda betul-betul minat.

Mohon satu sahaja dalam satu-satu masa!

Menurut pemerhatian dan kajian yang saya jalankan, pihak pengurusan rumah PR1MA menggunakan "sistem update".

Apa yang dimaksudkan dengan "sistem update"?

Ia bermaksud jika rumah pertama kita pohon adalah rumah PR1MA @ Alam Damai, kemudian kita pohon lagi rumah PR1MA @ Bukit Bintang (siapa tak mahu rumah di Bukit Bintang? Saya nak sangat!).

Sistem rumah PR1MA akan kemaskini permohonan kita mengikut yang terkini (latest). Dengan ini, bermakna anda telah terlepas peluang untuk memiliki rumah PR1MA @ Alam Damai.

Pastikan kita mula memohon rumah PR1MA baru setelah cabutan undian telah selesai dan keputusan keseluruhan undian telahpun diumumkan dan dikemaskini!

6. Rumah Berkepadatan Tinggi.

pr1ma
PR1MA @ Alam Damai

Peluang lebih cerah jika anda memilih rumah PR1MA yang berkepadatan tinggi contohnya rumah PR1MA @ Alam Damai mempunyai 2,074 unit, maksudnya peluang kita lebih tinggi berbanding di kawasan yang unitnya lebih terhad sebagai contoh, rumah PR1MA @ Bukit Bintang.

Namapun Projek Perumahan Mampu Milik (PR1MA), memang tak sesuailah nak jadikan rumah idaman anda!

Kita daftar untuk beli rumah PR1MA kerana kita ingin beli rumah di bawah harga pasaran. Betul tak?

Okey, sekian terima kasih.

Firdaus Pay

BACA: Terkejut Dengan Tunggakan, Lelaki Ini Dedah Cara Beliau Urus Hutang PTPTN

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram