Pernah terfikir bagaimana caranya akaun-akaun online seller ataupun jenama kegemaran yang anda ikuti di media sosial terutamanya Instagram kelihatan sangat kemas dan tersusun?

Malah, jika dilihat kepada feed peniaga-peniaga atas talian ini, sudah pasti kita akan merasakan mereka melakukan satu kerja yang sangat hebat dan kerana profile mereka bukan saja tersusun tetapi posting mereka juga dilihat sangat konsisten setiap hari.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Jadi, jika anda adalah salah seorang online seller ataupun freelancer yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk mempamerkan produk atau hasil kerja anda, apa kata anda ikuti tiga tip penting yang dikongsikan jurugambar ini.

Dalam satu perkongsian yang dibuat di Twitter oleh Dyeana Rose ini, beliau berkongsi tip yang boleh dicontohi untuk menguruskan feed media sosial anda dengan lebih kemas dan tersusun.

Bila menggunakan media sosial untuk memasarkan produk serta servis yang ditawarkan, konsistensi adalah kunci untuk segalanya seperti yang dikongsikan Dyeana untuk tips pertamanya.

Selain konsisten melakukan posting, anda juga dinasihatkan untuk melakukan persiapan dengan turut menyediakan kapsyen untuk disertakan bersama gambar-gambar yang akan digunakan nanti.

Selepas menyiapkan gambar dan kapsyen untuk digunakan dalam tempoh sebulan, itu Dyeana juga mengesyorkan agar bahan-bahan tersebut disimpan di aplikasi Telegram.

Perkara ini katanya adalah bagi memudahkan anda untuk memuat turun kembali gambar beserta caption yang telah disediakan bagi melakukan posting di media sosial pilihan anda.

Dengan langkah ini juga, pengguna tidak perlu untuk memikirkan padanan bagi setiap gambar dan kapsyen kerana ia sudah pun disimpan di Telegram dan anda hanya perlu muat turun bahan-bahan tersebut untuk dikongsikan.

Jadi, jika anda sudah pun menggunakan platform media sosial untuk melakukan perniagaan atas talian atau mempamerkan hasil kerja anda sebagai seorang freelancer, anda boleh mengikuti tiga tips  mudah ini bagi memastikan feed anda sentiasa kemas.

Sudah pasti, feed yang kemas dan tersusun akan menarik lebih ramai pengguna untuk membeli produk dan servis yang ditawarkan oleh anda kelak.

Tetapi jika anda masih belum memulakan perniagaan, usah risau kerana kajian menunjukkan mereka yang memulakan perniagaan di usia yang lebih matang sebenarnya berpeluang lebih cerah untuk berjaya. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Kajian Menunjukkan Mereka Yang Memulakan Perniagaan Diusia 45 Tahun Keatas Lebih Berjaya

Usahawan Muda Ini Jawab Serta Kongsi Pengalaman Dibantu Ahli Politik

Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan

 

 

 

Anda Mungkin Suka