Tidak semua orang memiliki ruang dapur yang luas, rata-rata kebanyakkan rumah di Malaysia mempunyai ruang yang agak terhad termasuk dapur. Sinonim dengan sifat rakyat Malaysia yang suka membeli, lambakan peralatan di dapur buat ia kelihatan semakin sempit.

Dalam tips ini, kami akan kongsikan khas buat suri rumah yang suka duduk di dapur bagaimana untuk jadikan dapur anda kelihatan lebih luas, kemas dan menyelerakan pandangan. Ya! Yang pertama, mari kita kembali kepada konsep minimalis iaitu gunakan apa yang perlu sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Gunakan Warna Putih

Gunakan warna putih sebagai sentuhan warna utama pada dapur anda. Terutama pada warna dinding dan juga warna kabinet atau ruang simpanan. Warna putih akan membuatkan ruang dapur anda kelihatan lebih luas dan bersih.

Anda boleh masukan sedikit warna pilihan lain hanya sebagai penyeri untuk kelihatan ceria, tetapi jangan pula gabungan dengan warna yang terlalu banyak sehingga nampak celaru.

2. Gunakan Rak Simpanan Jenis Terbuka

Kalau sebelum ini dapur anda dipenuhi almari jenis terutup, sebaiknya tukar kepada yang jenis terbuka. Ini untuk mengelakan dapur anda kelihatan padat dan sesak. Selain itu, ia lebih mudah untuk anda mencapai barang apa yang diperlukan ketika memasak!

Tidak lah tercari-cari sampai goreng ikan pun boleh hangit. Ops! Bukan hangit, tetapi terlebih garing.

3. Pintu Kaca

Anda boleh tukar pintu atau tingkap kayu kepada yang berkaca. Kesan dari pencahayan dari luar buat ruangan dapur anda kelihatan lebih luas. Sudah semestinya ia memberikan anda mood yang lebih segar dan bertenanga. Memasak pun seronok.

4. Simpan Barang Yang Tidak Digunakan

Simpan peralatan yang jarang digunakan, contohnya pembakar roti, coffee maker, blender. Elakan menyimpan peralatan seperti ini di atas meja, simpan di satu tempat dalam ruangan khas. Anda boleh mengeluarkan semula ketika diperlukan.

5. Makismum Ruangan Pada Dinding

Gunakan ruang kosong pada dinding dengan bijak seperti membuat tempat menyimpan pisau megnatik atau rak letak bahan asas masakan seperti gula, garam atau rempah ratus. Tapi jangan terlalu banyak sehingga boleh membahayakan. Suaikan mengikut bentuk dapur dan tempat memasak.