Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai perbandingan realiti gaji engineer di Jepun dengan Malaysia. Anda boleh baca dengan klik di sini. Jelas engineer di Malaysia rata-ratanya underpaid. Tidak kurang juga yang berpendapat saya menipu dengan mengatakan engineer di Jepun berpeluang menerima gaji sehingga RM20,000 sebulan.

Lagi sekali saya tekankan. Tidak pernah saya katakan gaji fresh graduate adalah RM20,000 sebulan sebaliknya gaji tersebut boleh dicapai menerusi pemilikan beberapa skil dan juga pengalaman.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Dalam pada itu, tahukah anda terdapat banyak syarikat sanggup bayar sehingga RM30,000 sebulan untuk ambil mengambil pekerja daripada agensi pekerjaan.

109847783_337852860575844_7413144260856055753_n

Sumber: Facebook Ahmad Sabri

Saya mulai tahu mengenai perkara ini apabila keluar bersama kawan-kawan saya sewaktu bergelar pelajar di sini. Ada sorang kawan kami maklumkan gaji kakak beliau yang bekerja di Jepun adalah sebanyak 600,000yen (RM23,786.17) sebulan.

Dalam hati saya masa itu, tertanya-tanya juga mampukah seorang engineer berumur sekitar 30-an berjaya capai gaji setinggi itu. Rasa macam mustahil namun takut nak tanya lebih-lebih.

Untuk pengetahuan semua. Gaji fresh graduate sini untuk diploma ke bawah 150,000~200,000yen. Untuk degree sekitar 200,000~220,000yen manakala untuk master sekitar 220,000~240,000yen. Ya, sangat jauh beza dengan gambaran gaji yang diterima kawan kakak saya iaitu 600,000yen sebulan bukan?

Saya juga mula dari bawah. Masuk syarikat biasa. Kerja macam biasa. Gaji 205,000yen (~RM8,122.42) sebulan. Suatu hari, saya mula bosan dengan kerja sedia ada sebab tak nampak peluang untuk naikkan skil lagi.

Saya berhenti kerja. Pulang balik beraya dengan isteri. Kemudian datang Jepun balik tanpa sebarang kerja. Dalam masa menganggur, sambil upgrade diri, saya cari dan intai sebarang peluang yang ada.

98338313_295109944850136_2111307761236049920_n (1)

Sumber: facebook Ahmad Sabri

Kemudian jumpa satu info. Gaji pengiraan mengikut jam. Tengok-tengok, gaji yang ditawarkan agak lumayan. Jauh lebih tinggi dari yang pernah saya dapat.
Sebulan 300,000yen itu seakan mudah sangat untuk dapat. Tak tercapai dek akal masa tu boleh capai gaji sebanyak itu. Iyalah, dari 200,000yen terus melompat kepada 350,000yen. Banyakk kenaikan yang dapat.

Secara asasnya gaji yang ditawarkan adalah sekitar 1,600-2,300yen sejam. Sebulan 170jam secara purata. Tambah overtime sekitar 20-30jam maka sebulan dapatlah sekitar 477,000yen (~RM18,899.49). Ini gaji di Hamamatsu. Bandar yang kurang atau lebih macam Seremban.

Kalau di bandar- bandar besar, kerja dengan 2,500-3,000yen sejam tu berlambak. Campur dengan overtime, mudah sangat nak dapat lebih 500,000yen. Apa lagi, terus apply and grab the chance. Mohon dengan ejen pula. Peluang nak diterima masuk itu lebih tinggi dari mohon sendiri.

Temuduga pun masuk sekali dengan ejen. Tak cemas langsung. Alhamdulillah rezki kahwin, dapat terus job. Oh ya, memang nampak gaji tinggi kan? Ini pula beberapa kekurangan yang datang bersama kerja yang dimohon.

Kekurangan kebanyakan syarikat yang menawarkan gaji yang tinggi
japan-country-page-valeo-02 (1)

Sumber: Valeo

1. Kontrak

Sering kali kerja yang dimohon hadir dengan kontrak. Ditambah lagi dengan kita sebagai foreigner, takde keperluan untuk nak jadi permanent. Dalam pada itu, sekiranya buat kerja dengan baik pasti syarikat akan perbaharui kontrak.

Kontrak tak diperbaharui? Cari sahaja kerja lain. Sejujurnya sangat banyak kerja melibatkan kejuteraan di Jepun. Do your job and let’s Him decide.

2. Tiada elaun rumah

Sesetengah kerja sememangnya menawarkan gaji yang tinggi namun tidak menawarkan elaun rumah. Walau bagaimanapun, dengan gaji yang tinggi rasanya elaun rumah seakan kurang perlu.

3. Tiada bonus.

Ini bahagian tricky yang ramai orang triggered. Sebenarnya gaji sebagai pekerja akhirnya sama sahaja dengan permanent kalau kira dalam setahun. Biasanya kalau gaji 200,000yen bonus setahun adalah sekitar 4 bulan. Dalam erti kata lain, pekerja tersebut setahun akan menerima sekitar 3.5juta yen bercampur dengan pelbagai elaun.

4. Kurang peluang untuk menambah skil

Biasanya kita cuma akan disuruh buat kerja yang sama berulang-ulang. Pekerja kontrak kurang diberi perhatian dan kurang peluang untuk tingkatkan skil. Dalam pada itu, pekerja kontrak juga akan kurang kena marah sebab tak ada sesiapa nak pantau dan tingkatkan skil nurture kita. Hanya perlu buat kerja kita dan balik.

Sebenarnya bila dah ada pengalaman kerja 5 tahun dan ke atas, banyak sahaja yang tawarkan gaji 5juta-6juta yen setahun atau sekitar RM20,000 sebulan. Daripada asyik merungut lebih baik buka minda dan cari peluang lain.

Nak dapat gaji tinggi di Jepun sama sahaja macam di Malaysia. Lompat kerja. Kalau duduk setia satu syarikat, lambat kenaikan dia. Akan tetapi, tidak semua juga. Tahun lepas, saya cakap dengan naib presiden syarikat hasrat untuk dinaikkan gaji. Kalau tidak, saya tak boleh fokus kerja sebab gaji sikit dan saya akan angkat kaki. Bos terus setuju tanpa banyak cakap.

Satu perkara mengenai Jepun, sekiranya anda kerja kuat mereka akan menghargai anda dan susah untuk lepaskan anda. Berbeza dengan Malaysia. Ada kawan saya yang bekerja sebagai engineer diberikan Gaji dalam RM3000 sebulan.

Apabila maklumkan kepada bos hasrat untuk naik gaji maka dapatlah gaji RM3,600 sebulan. Akan tetapi masih berhenti dan masuk kepada bidang customer service dan menerima gaji RM8,000 sebulan.

Apa kita nampak dekat sini?
japan_quake_hardhats1-scaled-e1582186712299

Sumber: Microsoft News

1. Work hard, gain trust, you’ll able to negotiate your value. You know your value the best.
2. Ada sesetengah syarikat, ada sahaja budget untuk kenaikan gaji tetapi tidak pasti atas alasan apa tidak dinaikkan gaji.
3. Engineer memang underpaid di malaysia. Malaysia bakal hadapi brain dead kelak kalau situasi ini berlanjutan.

Masih tak percaya boleh capai gaji RM20,000 di Jepun? Saya kongsikan pula 6 tips untuk para engineer di Malaysia mencuba nasib di Jepun serta memperoleh gaji seperti yang disebutkan.

6 tips yang boleh dicuba rakyat Malaysia untuk dapatkan gaji tinggi di Jepun
12

Sumber: Honda global

1. Tingkatkan Japanese skill. Ada kawan belajar TESL, belajar Jepun sendiri lepas tu mengajar English dekat sini.

2. Belajar basic Japanese dan kerja kilang Jepun. Work hard and appeal your Japanese skills. Work hard pays.

3. Sambung belajar di sini. Ada banyak sebenarnya biasiswa belajar di sini. Akan tetapi sejak COVID-19 ini, tak banyak yang ditawarkan. Dahulu ada MEXT, JASSO. Boleh cuba.

4. Design. Draughtsman. CAD user sangat banyak opening. CATIA, AutoCad, SolidWorks memang teman baik anda. Tapi masih kena pandai cakap Jepun.

5. Kerja bidang IT seperti programming merangkumi Java, Python, Matlab. Kuasai ini. Ada kemungkinan boleh kerja walaupun sekadar N3/N4

6.Nak kerja haram boleh, banyak sahaja kerja kedai halfcut. Tapi tak berani cadangkan sebab kalau ditipu atau dibuli tidak ada sesiapa yang akan bantu.
Ada lagi beberapa yang lain. Apa-apa pun saya doakan anda semua berjaya.

Sebelum berhasrat kerja di Jepun, saya cadangkan untuk baca dahulu perkongsian saya dengan klik di sini.

Ingat satu benda. Karier anda, anda tentukan. Nak gaji tinggi? Upgrade diri anda, buka minda dan berusahalah. Gaji yang tinggi mesti bersebab. Nak kerja untuk karier masa panjang, gaji tak kisah? Cantik juga perancangan itu, kelak pengalaman anda akan sangat berharga.

Nak kerja senang, gaji tak kisah asalkan ada masa dengan keluarga. Ini juga pilihan yang baik. Family always first policy never goes wrong.

Nak kerja sapu sampah? Satu pekerjaan yang mulia. Walaupun duit dapat tak seberapa, pahala yang dapat sememangnya tidak terkira. Bidang pekerjaan yang penting dalam sesebuah negara. Akhirnya, ini semua sekadar perspektif masing-masing. Tidak ada salah dan tidak juga ada yang betul.

Duit bukan segalanya. Pangkat tidak dibawa ke kubur. Last but not least, semuanya ini rezeki dari yang Maha Esa. Mungkin juga ini rezeki anak. Selalu buat baik kepada orang. InsyaAllah orang akan doakan untuk kita juga. Mengecam tak membawa apa-apa.

Ketahui juga luahan penulis ini mengenai perbadingan realiti gaji sebagai engineer di Jepun dengan Malaysia. Beliau juga pernah berkongsi beberapa tips sebelum mendapatkan kereta di Jepun.

Lelaki Ini Terkejut Selepas Bandingkan Realiti Gaji Sebagai ‘Engineer’ Di Jepun Dengan Malaysia

Sebelum Beli Kereta Di Jepun, Ini 6 Perkara Anda Wajib Tahu

Artikel di atas disumbangkan oleh Ahmad Sabri. Beliau merupakan pemastautin Jepun yang sudah berada di sana selama berbelas tahun.. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka