Nike adalah antara jenama terkemuka dunia dalam bidang sukan dan juga fesyen. Tahun lepas saja, Nike mencatatkan jualan paling tinggi mereka iaitu sebanyak USD30.6 bilion dan harga saham mereka turut melonjak sebanyak 32 peratus. Nike terus berkembang di bawah sayap CEO mereka, Mark Parker.

Nike sedang mengembangkan pejabat mereka di Beaverton, Oregon. Kriteria apa yang dicari Nike untuk mengambil pekerja baru? Mark Parker memberi sedikit tips kriteria yang beliau cari pada bakal pekerja baru Nike.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Di Nike, kami membina satu suasana kerja yang menarik individu cerdik dan kreatif untuk bekerja dengan kami. Kami mencari mereka yang sangat berminat dengan sukan kerana walau di mana –mana bahagian anda bekerja di Nike ini – di bahagian rekaan, jualan atau di bahagian kedai jualan, fokus utama kami adalah untuk memberi yang terbaik kepada atlet.

Kami turut mencari individu yang boleh menyeimbangkan antara kerja yang ditugaskan kepada mereka dan mereka perlu sanggup melepasi batasan mereka. Dengan cara ini, mereka dapat mengembangkan karier mereka di Nike. Saya dahulu bermula di bahagian rekaan tetapi saya selalu mencari cara untuk menyumbang kepada syarikat dalam pelbagai cara yang lain.

Dan kami di sini mempercayai kuasa kolektif, di mana kami mengumpul individu yang berlainan kekuatan, pengalaman, kreativiti dan cara berfikir. Kemudiannya, ‘chemistry’ dari gabungan kumpulan individu-individu ini membuatkan kami lebih kuat berbanding jika kami bekerja berseorangan,” terang Mark Parker.

nike-ceo-mark-parker-talks-nikelab-with-032c-0

Sumber